Thursday, October 31, 2013

Jom Kenal-Kenal Dengan Demam Campak

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Entri sebelum ini sudah saya sentuh sedikit sebanyak mengenai tanda dan gejala yang saya hadapi sebelum penyakit saya didiagnos sebagai Demam Campak. Jadi hari ini mari kita berkenal-kenalan dengan demam campak ini supaya sekiaranya ada di antara kita atau anak-anak atau saudara-mara kita yang ada tanda-tanda bagi penyakit ini dapat kita jadikan panduan sedikit sebanyak.
   Maklumat klinikal ini saya perolehi dari www.myhealth.gov.my
   Demam campak atau juga dikenali sebagai Rubella merupakan salah satu penyakit berjangkit yang sangat mudah berjangkit dari satu individu ke satu individu lain terutama yang tinggal serumah.(Ahli keluarga/Housemate dll) Jangkitan ini merupakan jangkitan akut yang berlaku pada kanak-kanak disebabkan virus Measles.




Antara gejala-gejala penyakit Demam Campak ini adalah jangkitan respiratori dan ruam pada kulit. Seperti yang saya nyatakan di atas tadi penyakit ini sangat mudah berjangkit dari satu individu ke individu lain. Ia menular melalui cecair dari mulut dan hidung sama ada semasa bercakap, bersin atau batuk.
   Dalam tempoh selepas 10-12 hari selepas dijangkiti seseorang itu akan mula menunjukkan tanda-tandanya seperti demam dengan suhu yang tinggi, batuk, selsema, sakit tekak, mata berair dan sensitif pada cahaya serta sakit otot. Selepas 2-3 hari barulah ruam akan timbul bermula pada muka, kepala seterusnya ke badan, tangan dan kaki. Kalau ikutkan kata-kata orang lama sebelum nak berubat(minum air kelapa) biar ruam ni tumbuh dari kepala sampai ke kaki dulu baru boleh ke langkah rawatan seterusnya. Selalunya ruam ini akan kekal dalam tempoh 4-7 hari.(Sebab itu saya dapay MC 7 hari). Semasa ruam timbul selalunya suhu badan memang akan tinggi. Demam campak ini boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.
   Selalunya penyakit demam campak ini akan sembuh sepenuhnya cuma mungkin parut sahaja yang tinggal. Walaubagaimanapun, terdapat sesetengah kes keadaan kesihatan pesakit menjadi lebih teruk. Ini kerana sistem imunisasi badan yang lemah atau tidak cukup zat makanan. Keadaan ini boleh menyebabkan jangkitan pada telinga, jangkitan pada otak (encephalitis), jangkitan pada paru-paru(pneumonia) dan cirit-birit. Bagi wanita hamil pula boleh menyebabkan keguguran atau lahirkan bayi yang pramatang.
   Demam campak tidak ada rawatan yang spesifik. Lebih kepada pemberian panadol untuk legakan demam panas dan beberapa langkah pencegahan untuk elak gatal/sakit mata dan yang penting rehat yang cukup serta minum air yang mencukupi untuk badan.
   Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperkenalkan Program Campak Kebangsaan dengan pemberian suntikan imunisasi. Jadi,kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah imun dengan penyakit ini. Walaubagaimanapun, di kawasan bandar utama kes demam campak meningkat disebabkan kebanjirn orang asing. Bagi kanak-kanak yang masih belum mendapat imunisasi ini, risiko untuk dijangkiti penyakit demam campak ini agak tinggi. Pemberian suntikan imunisasi MMR (Measles, Mumps dan Rubella) yang diperkenalkan oleh KKM akan diberi ketika usia 12 bulan dan dos tambahan pada usia 7 tahun.


Bahagian rawatan yang agak menarik untuk saya kongsi. Setelah saya google dan ada beberapa petua yang saya ikut Alhamdulillah ada yang nampak perubahan positif. Petua tradisional masih belum saya ikuti. Banyak juga petua yang saya jumpa.

1) Seperti yang saya kongsikan sebelum ini, saya hanya mengambil panadol 2 kali. Itupun sebab disuruh suami dan ibu mertua.(Sebab kesiankan saya). Saya mengambil suplemen SHAKLEE. Hari pertama demam saya ambil B-Complex Shaklee. Alhamdulillah  tak lama lepas tu dah boleh bangun. Yang penting saya tak ambil ubat.(Ubat + drug - tak banyak tapi kalau amalkan selalu memang tak elok) Kemudian kawan saya cadang untuk cuba Nuriferon Shaklee. Dia bagi saya 5 sachet.(Kecil je packet dia) Saya disarankan ambil 1 sachet 4 jam sekali. Alhamdulillah lepas 2 sachet pertama badan tak teruk sangat sakitnya dari sebelumnya. Kalau ikutkan hati memang tak larat langsung nak gerak badan. Nak jadikan cerita malam saya demam dan sakit badan teruk tu Zara meragam. Dalam keadaan badan yang teramat sakit dapat juga saya dodoikan dia. Alhamdulillah hari ini badan memang makin sihat. Banyak perubahan cuma biji-biji ini makin banyak dan dah mula ada pada kaki. Gatal tapi tak gatal sangatlah terutama bahagian kepala dan paha. Sambil-sambil itu saya teruskan makan Sustained Released Vitamin C dan Vita E dari Shaklee untuk elak parut. Harap-harap menjadi. Ada juga sedia awal-awal Herbal Blend Shaklee yang dikatakan baik untuk parut demam campak.


2) Ada juga terima maklumbalas dari kawan lama bahawa pengasuh beliau pernah menyapukan abu ranting kayu (bukan abu sampah) di seluruh badan semasa beliau kecil. (Terima kasih Mohd Zulhafiz)

3) Dari pencarian google jumpa macam-maca petua antaranya yang biasa kita dengar adalah menggunakan air buah kelapa fresh.

Selain untuk diminum ia juga sesuai untuk buat air mandian serta disapu pada badan. Sama ada dengan air sahaja atau dicampur dengan bedak sejuk. Tau tak bedak sejuk macam mana rupa dia?
Tengok ini.
Pernah jumpa? Rasanya kalau pergi pasaraya Mydin pun boleh jumpa. Ni saya nak cuba sekejap lagi.

3) Penggunaan daun semambu. Yang ini saya sendiri tak pernah jumpa dan nak cari juga. Yela. Kalau kita tak pernah kena memang kita tak ambil tahu tapi bila dah kena diri sendiri yang tak tahu pun leh jadi pakar. Hehe. Daun semambu ini boleh guna untuk lapik tidur. Kalau diikutkan lebih baik letak terus atas tilam tapi mungkin anak-anak tak selesa, jadi bolehlah dilapik dengan sehelai kain.

Daun semambu ini berfungsi untuk membuang miang-miang di badan kita. Ada juga petua yang menggunakan daun semambu ini untuk disapu pada badan dengan cara menumbuk daun semambu yang telah dibersihkan bersama sedikit beras dan kunyit.

4) Ada juga yang menggunakan oat sebagai penghilang miang dan gatal. Oat diletak di dalam incang dan disapu pada badan atau boleh direndam bersama-sama air mandian. Selepas mandi dengan air rendaman oat tidak perlu dibilas.

Bagi mengelakkan badan menjadi gatal dan miang elakkan dari suasana yang boleh mnyebabkan badan berpeluh. Selain itu, elakkan diri dari terkena bahang cahaya matahari. Ada juga nasihat-nasihat yang menganjurkan pesakit supaya tidak berada di dapur ketika orang sedang memasak mungkin kerana bahang api boleh menyebabkan rasa gatal. Pada masa ini, pesakit dilarang untuk mengambil makanan berminyak dan bergoreng. Kena berpantang lebih sedikit dari segi pemakanan. Lebihkan makanan yang direbus dan dibakar.

Untuk elakkan parut pula disarankan supaya tidak terkena hujan. Selepas semua sembuh barulah mula mencari krim/suplemen untuk hilangkan parut.

Semua yang dikongsi adalah salah satu usaha untuk merawat atau mengurangkan sakit kita. Selebihnya kita perlu berdoa kepada Allah SWT. Kita hanya merancang dan Dia saja yang menentukannya. Wallahualam.

Salam kasih sayang...Nadia
Wassalam.



No comments:

Post a Comment