Sunday, October 6, 2013

Bisnes Online

Teks : Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Malam ini saya cuma mahu bersembang-sembang dan bercerita pendapat saya mengenai bisnes online. Sepertimana yang kita ketahui, sudah menjadi trend zaman ini berniaga secara online. Bisnes online ini selalunya melibatkan suatu urusan jual beli hanya di hadapan komputer tanpa perlu bersua muka. Bagi saya ini satu kelebihan bagi individu yang pemalu tetapi mempunyai produk yang hebat.
   Selain itu, bisnes online banyak dipelopori oleh golongan muda belia. Mereka mempunyai pengetahuan yang lebih dalam urusan melibatkan penggunaan komputer dan internet. Walaubagaimnapun, tidak bermakna golongan yang lebih tua tidak mampu membuat bisnes online kerana kini banyak sumber yang boleh didapati untuk belajar bisnes secara online contohnya ebook.
   Bisnes online juga dapat dilakukan tanpa adanya sekatan atau tekanan dengan masa. Sekiranya kita ada masa terluang bila-bila masa sahaja kita boleh berniaga. Semuanya di hujung jari. Yang penting ada laptop dan juga talian internet. Kadang-kadang sambil menyusu anak pun masih boleh menjana pendapatan. Oh...bahagia sungguh rasanya hidup.
   Walaubagaimanapun, selepas kita ambil keputusan untuk berniaga sama ada online atau offline kita perlulah memberi sepenuh komitmen dan perhatian untuk menjaga serta mengembangkan bisnes kita. Maknanya, walaupun bisnes hanya secara online, tiada siapa yang pantau kita, kita tetap perlu berdisiplin menguruskan bisnes kita. Kita perlu ada jadual, perlu ada dokumen-dokumen perniagaan, perlu ada buku stok atau apa-apa sahaja perkara yang menunjukkan bisnes yang kita jalankan adalah bisnes yang profesional.
   Bahagian akaun juga perlu kita titikberatkan. Dropship juga kita istilahkan sebagai bisnes juga. Walaupun keuntungan yang diperolehi dari bisnes dropship tidak sebanyak mana, kita tetap perlu ada satu akaun. Selalunya, bisnes dropship ini tidak memerlukan kita mengeluarkan modal. Kalau ada pun mungkin sekali seumur hidup atau dalam tempoh tertentu sebagai wang pendaftaran. Itupun sebagai perjanjian komitmen terhadap bisnes dropship kita. Kalau bisnes kita sendiri lagilah kita perlu ada akaun yang lebih terperinci dan lebih kemas. Sudah tentu akaun kita melibatkan banyak keluar masuk wang. Walaupun hanya secara online dan kecil-kecilan kita tetap perlu ada sisem untk bisnes kita.
   Inilah sedikit sebanyak pendapat saya mengenai bisnes online ini. Secara kesimpulannya, bisnes online ini sangat mudah untuk kita mulakan tetapi jangan kita pandang ringan dengan istilah bisnes online ini. Sekali pelanggan tidak puas hati dengan kita, kita tidak akan mampu lagi memujuknya. Jagalah bisnes anda seperti anda menjaga pelanggan anda.

Salam kasih sayang..Nadia.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment