Monday, October 7, 2013

Nak bekerja di rumah? Ada caranya.

Teks: Nurnadia Md Jaini
Sumber: Buku Jana RM Dari Rumah(Masayu Ahmad)

Bismillahirrahmanirrahim.
  Siang tadi saya ada ceritakan impian saya untuk menjadi WAHM. Saya sudahpun memulakan sedikit demi sedikit langkah untuk saya mencapai impian saya itu. Cuma sekarang, masa dan usaha saya yang akan menentukan kejayaan saya mencapai impian tersebut.
  Jadi, malam ini saya ingin berkongsi sedikit info yang saya perolehi dari buku yang tidak asing lagi buat wanita-wanita yang mempunyai keinginan yang sama seperti saya iaitu Jana RM dari Rumah. Baiklah. Sebelum kita mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan hanya menjalankan kerja di rumah (bos kepada diri sendiri) kita perlu buat persediaan yang rapi. Ini bagi mengelakkan kita tersungkur di tengah jalan dan akhirnya menyesal dengan tindakan yang kita ambil
   Apa sahaj pekerjaan yang ingin kita lakukan kita perlu membuat penyelidikan terlebih dahulu. Kita perlu sediakan senarai pekerjaan atau bisnes yang ingin kita ceburi. Sama ada kita ingin membuat bisnes produk atau bisnes perkhidmatan. Selepas kita senaraikan (perlu dicatat di atas kertas, bukan senarai di dalam otak sahaja)kita perlu buat perbandingan antara pilihan -pilihan yang kita senaraikan. Mungkin lebih baik, kita catatkan pula kelebihan atau keburukan pilihan yang kita senaraikan supaya kita dapat lihat yang mana satu adalah terbaik.
   Beberapa perkara perlu kita ambil perhatian sebelum menyenaraikan pilihan kerja kita. Kita perlu minat kita, kemahiran kita, pengalaman yang kita ada, pengetahuan yang kita miliki dan kekuatan kita sendiri. Ini akan membantu kita membuat pilihan yang tepat dan yang mampu kita lakukan. Kita akan gembira sekiranya kita lakukan perkara yang kita minat, suka dan tahu sedangkan kita hanya akan tertekan dengan perkara yang kita tidak tahu atau perkara yang kita tiru dari orang lain.
   Kemudian, kita perlu selaraskan semula segala sumber pendapatan kita, segala perbelanjaan bulanan kita serta segala hutang-piutang yang kita ada. Ini dapat membantu kita lihat di mana paras kewangan kita sebenar. Sekiranya kita berhenti kerja dalam keadaan hutang yang banyak, tiada sandaran kewangan mungkin kita akan mempunyai masalah kewangan yang serius selepas kita berhenti kerja.
   Selepas memilih kerja apa yang kita nak lakukan kita  perlu tetapkan masa untuk kita mulakan kerja kita. Sama ada sebulan dari sekarang atau setahun lagi. Tapi semua ini mestilah berpandukan perkara-perkara yang kita bincang di atas tadi. Selepas kita telah menetapkan tarikh yang lebih spesifik untuk mulakan kerja kita, kita perlu sediakan keperluan asas sedikit demi sedikit, langkah demi langkah. Jangan tergopoh-gapah dan jangan lintang pukang. Semuanya mestilah satu persatu dan terurus.
   Sekiranya, kerja yang hendak kita lakukan adalah bisnes yang melibatkan produk, mungkin kita boleh mulakan dengan modal yang rendah. Seperti yang saya lakukan, modal pertama saya hanyalah RM1500.
   Perkara yang paling penting sebelum kita mengambil keputusan untuk mula bekerja dari rumah ialah kita perlu lakukannya secara sambilan dahulu. Kemudian kita perlu ada langkah-langkah yang jelas dan yang paling penting perlu konsisiten. Janganlah kita cepat melatah keran dunia pekerjaan sendiri ini ada turun dan naik. Semua itu perlu kita tanggung sendiri.
  Sekian untuk waktu ini. Ada masa saya akan sambung lagi perkongsian ini.
Salam kasih sayang..Nadia
Wassalam

No comments:

Post a Comment