Saturday, October 5, 2013

Ikan Keli Masak Cili

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Baru sudah makan tengah hari berlaukkan Ikan Keli Masak Cili dari Kedai Kak Ni Jelira Rasa. Memang buatkan air liur meleleh bila datang sahaja kedai Kak Ni. Lauk-lauk disusun di depan kedai. Lauk diletak dalam rak hidangan makanan. Bertutup dan bersih.Walaupun banyak lauk lain, mata saya hanya tertumpu lauk ikan keli masak cili Kak Ni. Memang sedap tak terkata. Pedas tapi manis-manis.
   Selama saya makan di Kedai Kak Ni , jarang sekali tak ada pelanggan. Kadang-kadang terpaksa menunggu giliran nak makan di situ dan akhirnya bungkus sahaja bawa pulang. Tapi, lauk ikan keli jugalah yang saya bawa pulang.
   Apa yang saya perhatikan, Kak Ni mesra pelanggan. Tempahan diambil segera dan siap pun cepat. Lauk memang sedap dan yang penting dimasak waktu itu. Makanan yang dihidang panas-panas. Senyuman tak lekang di bibir. Senyuman tu pun sebenarnya pembawa rezeki juga ye.Bahn mentah juga segar-segar sahaja. Ingat lagi, Kak Ni kata ikan kembung yang dimasak pada hari itu ikan segar dan baru naik dari laut. Saya pun cuba sebab nak tahu apa rasa ikan segar. MasyaAllah, lain rasanya dengan ikan yang beli kat pasar. Manis.(Manis ikan)
   Sekarang memang pelanggan setia Kedai Kak Ni Jelira Rasa. Sebenarnya, pelanggan setia lauk ikan keli masak cilinya. Esok nak makan lagi lauk ikan keli masak cili. Hehe.

Salam kasih sayang.. Nadia
Wassalam.
 

No comments:

Post a Comment