Monday, October 21, 2013

Idola 2

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Syukur rasanya dipertemukan dengan orang-orang hebat di sekeliling saya. Saya mengenali sahabat saya ini semasa saya ingin membeli stok mainan untuk perniagaan saya. Beliau berasal dari Besut, Terengganu. Ketika itu beliau tinggal di Kemaman. Sebelum itu, beliau bekerja di sebuah syarikat di ibu kota. Selepas berkahwin dan melahirkan anak beliau tidak bekerja lagi dan mnejaga anaknya sepenuh masa.( Bagusnya kalau saya juga mampu jadi sepertinya)
   Beliau mempunyai  perniagaan online barangan baby dan kanak-kanak yang agak kukuh pada pandangan saya. Selepas kali pertama berurusniaga dengan beliau saya semakin tertarik untuk berkawan dengan beliau. Beliau seorang yang sangat ramah tetapi mungkin juga seorang yang pemalu. Dengan kemudahan online ini beliau mampu berniaga dengan jayanya.
   Tidak lama kemudian, beliau ada mewar-warkan tentang pendapatan yang beliau dapat tapi bukan dari perniagaan barang baby beliau. KEtika itu, saya ada juga merisik-risik khabar kerana agak berminat dengan pendapatan beliau setiap bulan walaupun hanya seorang suri rumah. Beliau menjual suplemen kesihatan.(SHAKLEE). Tak silap saya ketika itu pendapatannya dalam 3 angka.
   Mengikut beliau, beliau mula mepromosi kebaikan produk SHAKLEE selepas mencuba set penyusuannya. Anaknya telah berjaya menyusu badan sehingga 2 tahun. Tidak silap saya dalam tempoh setahun lebih beliau telah berjaya mendapat pendapatan bulanan dalam 5 angka. Apa yang menariknya tentang beliau, beliau tidak pernah putus asa dan tidak pernah memaksa pelanggan beliau. Seperti yang beliau kata, sekiranya pelanggan tahu kelebihan produk ini pelanggan yang akan cari beliau bukan beliau mencari pelanggan. Dalam mengikuti perkembangan semasa beliau saya dapati banyak betul dugaan yang beliau hadapi. Terpaksa berjauhan dengan suami, kehilangan kereta dan macam-macam lagi. Tapi beliau tidak pernah berkata tentang perkara yang negatif. Semuanya beliau jadikan sesuatu yang positif sahaja.
   Apa yang  lebih membanggakan saya, walaupun pada mulanya saya cuma mengenalinya melalui blognya tapi akhirnya saya boleh berkawan dengannya dan mengetahui sedikit sebanyak tentang kisah hidupnya dan usaha beliau sehingga berjaya seperti hari ini. Yang paling membanggakan saya, beliau masih menjaga, menyusukan anak-anak, melihat perkembangan dan pembesaran anak sambil mampu menjana pendapatan sebanyak itu setiap bulan. Katanya, 'bisnes online ini yang penting kena ada laptop dan talian internet. Semua boleh jalan.'
   Saya berharap suatu hari nanti saya juga mampu mengikut jejak langkah beliau. Saya juga ingin melihat anak-anak saya membesar depan mata saya.Amin.
Salam kasih sayang..Nadia.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment