Monday, October 21, 2013

Dropship

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Sekiranya diajak atau dicadangkan untuk berniaga bagi menambahkan sumber kewangan, sesetengah individu sering memberi alasan tidak ada modal untuk mulakan perniagaan. Namun masalah ini telah ada solusinya. Yang penting cuma komitmen dan disiplin untuk berniaga. Bagaimana? Jawapannya dengan menjadi agen dropship.
   Sebelum saya ada perniagaan saya sendiri saya sering terjumpa dengan perkataan dropship ini bila saya mencari jenis bisnes di internet. Pada mulanya saya juga tidak memahaminya. Rupanya droship ini adalah salah satu cara juga kita nak perolehi wang tanpa keluarkan modal kita sendiri. Banyak juga perniagaan yang menawarkan program dropship ini. Jadi, tiada alasan lagi jika kita mahu berniaga. Tiada lagi alasan tiada modal yang kita keluarkan. Nak seribu daya tak nak seribu dalih.
   Berbalik kepada istilah dropship itu semula. Dropship ini adalah satu bentuk perniagaan yang melibatkan penjualan suatu produk atau perkhidmatan dengan pengedar. Keuntungan adalah berdasarkan jualan yang kita dapat. Kelebihannya kita tak perlu menyimpan stok, tak perlu membalut stok atau mengepos stok sendiri. Kita hanya perlu mencari pelanggan, mendapatkan bayaran bagi produk atau servis yang kita tawarkan dan memindahkan bayaran produk atau servis kepada pengedar dan sebelum itu kita sudah menerima untung kita sendiri.
   Dari segi jumlah keuntungan adalah mengikut syarat yang ditentukan oleh pengedar. Contohnya, harga agen dropship bagi baju muslimah A adalah RM40 dan anda dibenarkan meletakkan harga anda sendiri mengikut keuntungan yang anda mahukan contohnya RM50. Jadi untung atas angin yang anda akan terima adalah RM10 dan selebihnya dipindah ke akaun pengedar. Ada sesetengah pengedar meminta anda membayar sedikit wang pendaftaran. Ini sebagai tanda yang anda akan memberi komitmen pada jualan anda itu.
   Anda boleh mempromosikan produk tersebut di facebook, blog dan sebagainya. Asalkan anda tahu untuk menguruskan jual beli tersebut.

Salam sayang...Nadia
Wassalam

No comments:

Post a Comment