Sunday, October 20, 2013

Ulasan Kelas Blog dan Penulisan

Bismillahirrahmanirrahim.
   Alhamdulillah. Lega rasanya setelah berkejar menyiapkan 44 entri pertama bagi tugasan kelas ini. Kadang-kadang bila terfikir rasa tak sangka pula saya mendaftar diri untuk kelas ini. Manakan tidak saya seorang yang agak 'zero' tentang kemudahan internet ini. Walaupun ada akaun fb tapi sekadar melihat status orang lain. Rajin juga membaca blog tapi tak ada kemahiran langsung untuk memiliki blog sendiri.
   Sekarang semua itu berubah dengan sekelip mata. Saya biasa membaca iklan dan promosi oleh Kak Masayu Ahmad mengenai kelas yang dianjurkan beliau secara online sebelum ini tapi hati masih tak kuat untuk turut serta sebagai pelajarnya. Nak dijadikan rezeki saya, pada suatu hari dengan hanya sekali sahaja saya baca status dari fb Kak Masayu mengenai kelas online ini terus saya menaip mesej kepada Kak Mas untuk menyertai kelas beliau. Alhamdulillah saya masih berada di landasan yang saya rancangkan.
   Apa yang saya perhatikan, kelas blog dan penulisan ini bukan sahaja terbuka kepada golongan yang sudah ada asas yang kukuh dalam ilmu berblog ini malah ia juga terbuka kepada individu yang memang 'zero' tentang ilmu blog ini seperti saya. Dengan panduan satu persatu yang diberi oleh guru online, makan pelajaran dapat diteruskan walaupun gurunya tiada di depa mata. Soalan-soalan pula hanya diajukan melalui alam maya sahaja. Walaubagaimanapun, disiplin dan kesabaran amat penting dalam menuntut ilmu melalui online ini.
   Sesungguhnya, saya bersyukur menyertai kelas ini yang saya anggap saya sedang memecahkan tembok tebal dalam diri saya kerana saya benar-benar bukan tergolong dalam kategori 'orang IT'. Tak salah mencuba tapi pastikan kita dapat 'sifu' yang betul supaya kita pun tak terumbang-ambing. InsyaAllah.
Salam kasih sayang...Nadia
Wassalam.

No comments:

Post a Comment