Friday, October 4, 2013

Sejuk mata.

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Hari ini saya menghadiri satu seminar perniagaan yang bertempat di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu. Saya berkenalan dengan seorang rakan bisnes di alam maya dan berjanji ingin bertemu dengannya di seminar tersebut. Seminar bermula pukul 10 pagi. Saya tiba di perkarangan hotel lebih kurang jam 9.30 pagi. Disebabkan masih belum bersarapan saya dan suami mencari kedai makan yang terdekat untuk menjamu selera. Saya whatsapp sahabat saya untuk tahu dia ada di mana. Rupanya dia telah lama tiba.
   Apa yang menyebabkan saya terharu, sahabat yang saya tidak pernah jumpa itu menawarkan diri untuk mendaftarkan nama saya dahulu dan mendapatkan tempat duduk di dalam dewan. Baiknya dia. Alhamdulillah.
   Sampainya saya di seminar tersebut saya agak terkejut kerana ramai antara peserta seminar membawa anak-anak mereka. Anak-anak mereka terdiri daripada baby sehingga la berumur sehingga 7 atau 8 tahun saya anggarkan. Apa yang saya kagum adalah semangat mereka untuk berniaga dan belajar walaupun terpaksa menjaga anak-anak dalam masa yang sama. Saya faham kerana ada di antara mereka adalah suri rumah sepenuh masa yang turut menjalankan perniagaan bagi membantu keluarga.
   Setiap orang, Tuhan beri kekuatan dan kelebihan tertentu. HAnya diri kita sendiri yang akan tahu dan gali apa kelebihan yang kita ada. Selain itu, kita juga berpeluang membina sendiri kebolehan dan kelebihan kita. Pengalaman amat penting untuk membina kelebihan dan kemahiran ini. Ini yang saya nampak dari apa yang saya perhatikan.

Salam kasih sayang..NAdia
Wassalam.

No comments:

Post a Comment