Tuesday, October 1, 2013

Hari yang mencabar

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim
   Lewat hari ini memulakan tugasan. Sambil tidurkan anak saya turut tertidur. Kepenatan yang teramat sangat. Manakan tidak, bangun sahaja dari tidur mulalah tugasan saya sebagai seorang ibu dan isteri. Mula memasak dan menyiapkan kelengkapan anak dan suami di pagi hari.
   Seperti yang ramalkan semalam, hari ini pasti akan sibuk di pejabat. Sampai sahaja di pejabat saya mula merekod surat-surat program hari Sabtu ini untuk diedar. Sudah juga berjanji untuk bertemu Pengurus Felda bagi edaran surat jemputan dan perbincangan terakhir sebelum program berlangsung Sabtu ini.
   Usai bertemu Pengurus Felda, saya dan rakan sepejabat pergi mencari barang untuk dijadikan hamper bagi acara cabutan bertuah pada hai Sabtu ini. Lewat juga urusan sehingga pukul 3 petang. Kemudian saya solat dan bergegas semula ke pejabat.
   Sekarang urusan penyediaan hamper pula. Nasiblah ada pelatih yang membuat praktikal di pejabat saya sudi membantu saya. Kalau tidak memang penat dibuatnya. Akhirnya semua urusan selesai pada pukul 6.30 petang. Saya bergegas untuk mengambil anak pulang dari pengasuh. Hujan pula turun lebat. Suami pula terpaksa bekerja memberika  ubat kepada penduduk kampung bagi mengelakkan penyakit untut. Terpaksa ambil seorang diri kedua-dua permata hati saya tu.
   Balik sahaja rumah saya menyususkan Zara dan Adam pula melayan cerita kartunnya di tv. Itulah masa rehat saya yang ada. Selepas Isya' saya nak tidurkan Zara. Saya juga minta Adam tidur di sisi saya. Suami pula terpaksa keluar atas urusan yang lebih penting. Nasib Adam tidur dulu. KAlau tidak habis diganggunya si Zara. Rupa-rupanya selepas Adam tidur saya juga terlelap kepenatan. NAsib terjaga 11.40 malam ini. Saya perlu kejar tugasan ini sehingga lepas dari fasa pengenalan.
   Mata mengantuk semula. Badan minta untuk berehat. Otak juga minta untuk berehat. Esok juga bakal menjadi hari mencabar seperti hari ini lagi atau mungkin lebih encabar dari hari ini. Semoga saya masih kuat dan cuba buat yang terbaik. Waktu inilah hati ini meronta-ronta ingin menjadi seperti idola saya, Kak Masayu Ahmad. Penat-penat pun masih dapat lihat anak-anak membesar depan mata. JAdual juga fleksibal. Tiada tekanan irang atasan. Akan saya cuba capai impian saya untuk turut mnejejaki langkahnya sebelum umur 30 tahun, sebelum anak bersekolah.
   Doakan saya ya.
Salam kasih sayang..Nadia.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment