Thursday, October 3, 2013

Belajar dari orang lain.

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Baru-baru ini saya ada pergi ke kedai komputer untuk membeli sebuah printer peribadi. Sesampainya saya di kedai tersebut saya disambut oleh 2 orang wanita. Mereka adalah pekerja di kedai komputer tersebut. Kemudian, mereka mempersilakan saya duduk di meja di hadapan mereka dan bertanya apa yang saya ingin dapatkan. Saya pun memaklumkan mereka bahawa saya ingin mencari printer.
   Beberapa minit kemudian, salah seorang daripada mereka menghulurkan katalog printer kepada saya untuk saya pilih. Saya rasa amat selesa dengan layanan dari mereka. Sebelum ini saya telah 'survey' di beberapa kedai komputer model yang saya ingini. Alhamdulillah, di kedai itu saya mendapat harga yang amat berpatutan. Dengan model yang sama saya boleh mendapat harga dua ratus lebih di kedai tersebut berbanding 2 buah kedai sebelum ini saya hanya ditawarkan paling rendah dengan harga RM350.
   Saya pun bersetuju untuk membeli printer tersebut. Disebabkan keramahan wanita tersebut saya pun berkira-kira untuk mendapatkan beberapa barang lagi seperti dakwat printer, kertas A4 dan beg notebook. Pembelian 4 barang ini bersamaan harga printer di 2 buah kedai yang saya tanya sebelum ini. Rezeki saya. Alhamdulillah.
  

Salam kasih sayang...NAdia
Wassalam. 
  

No comments:

Post a Comment