Tuesday, October 15, 2013

Bagaimana saya kenalpasti baki stok

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Untuk memeriksa baki stok pakaian, saya ada membuat senarai pakaian yang saya jual. Dari yang kecil shingga yang besar. Saya juga membuat kod mengikut jenis contohnya kod 'BK" untuk baju kemeja dan ditag dengan warna hijau jika untuk lelaki. Jika untuk perempuan saya tag dengan warna oren.

    

   Lihat seperti dalam gambar pada kad yang berwarna hijau itu. Saya tiada modal yang besar untuk buat kad tersebut seperti di kedai-kedai besar. Jadi, saya hanya gunakan apa yang ada.  
   Saya akan gantungkan 1 saja saiz bagi 1 pakaian bermula saiz paling kecil. Sekiranya pelanggan mahu saiz lain saya akan periksa pada kad yang saya gantung pada penyangkut baju tersebut. Pada kad tersebut saya letakkan kod baju, saiz yang masih ada dan harga baju. Sekiranya pelanggan membeli baju kemeja 'BK0001' bersaiz XL saya akan potong pada kad tersebut saiz XL. Ini bermakna saiz yang masih ada adalah S, M, L, dan XXL.
   Dengan cara ini saya tak perlu mencari pakaian yang diminta dalam simpanan stok yang banyak itu. Jika saiz tersebut masih ada saya hanya perlu lihat pada kad dan jika stok tiada pun hanya boleh dikenalpasti melalui kad tersebut sahaja. Masa dapat dijimatkan. Ini adalah inovasi yang saya buat dalam menentukan baki stok pakaian saya.
   Setakat ini sahaja perkongsian yang mampu saya beri pada anda. Terima kasih kerana sudi baca.
Salam kasih sayang...Nadia
Wassalam.

No comments:

Post a Comment