Monday, October 7, 2013

Kelebihan Susu Ibu

Teks: Nurnadia Md Jaini
Sumber : Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya

Bismillahirrahmanirrahim.
   Selamat sejahtera semua. Malam ini saya tergerak hati untuk menambah satu lagi ruangan mengenai kesihatan. Saya akan cuba sediakan tips-tips atau maklumat-maklumat berkaitan dengan kesihatan memandangkan saya juga seorang kakitangan kesihatan.
   Untuk entri yang pertama tentang perkongsian kesihatan ini saya ingin kongsikan sedikit tentang kelebihan susu ibu. Seperti mana yang kita semua ketahui terutama para wanita, susu ibu merupakan satu-satunya susu yang terbaik buat anak-anak kita. Tiada susu yang boleh menggantikan keistimewaan susu ibu yang Allah SWT jadikan buat ibu-ibu di dunia ini,
   Susu ibu mengandungi antibodi yang mampu mencegah anak-anak kita dari dijangkiti sebarang penyakit. Antibodi inilah yang akan melawan sebarang kuman yang mahu menyerang tubuh badan anak kita. Sememangnya kita tahu bahawa seorang bayi mempunyai sistem imun yang rendah dan sangat mudah dijangkiti penyakit.
   Komposisi susu ibu itu sendiri sememangnya cukup dan sesuai untuk bayi. Suhu susu itu juga memang sesuai dengan ketahanan bayi. Kadang-kadang bila kita renungkan betapa besarnya kuasa Allah SWT dengan kehadiran susu yang' cukup pakej 'ini untuk anak-anak kita.
   Bayi yang meendapat susu ibu dikatakan mempunyai daya intelek(IQ) yang baik dan tinggi. Pengambilan susu ibu ini juga menggalakkan pertumbuhan anak-anak kita. Bagi kes-kes tertentu, susu formula terpaksa diberikan kepada bayi yang baru lahir. Mengikut fakta, pemebria susu formula pada bayi akan merencatkan tumbesaran bayi. Ini kerana, perutnya yang kecil tidak sesuai menerima susu formula. Bayi memerlukan susu ibu yang kaya dengan pelbagai khasiat.
   Ada juga petua di mana untuk meredakan demam bayi, ibu perlulah menyusukan bayi dengan lebih kerap supaya bayi mendapat khasiat dan antibodi dari susu ibu. Jadi, ibu juga haruslah mendapatkan sumber makanan yang berkhasiat kerana nutrien dari pemakan ibu akan diserap oleh anak.
   Satu lagi yang dikaitkan dengan penghasilan susu ibu adalah emosi ibu. Ibu tidak boleh tertekan dan stress. Ini dapat membantutkan penghasilan susu. Ini terjadi kepada saya semasa anak pertama dahulu. Sebaik sahaja mula bekerja susu terus merudum akibat tekana kerja sedangkan sebelum mula bekerja susu memang sangat meriah.
   Baiklah. Nanti kita akan bincangkan pula tentang perkara lain melibatkan penyusuan ibu. Semoga sedikit maklumat ini dapat menambahkan pengetahuan anda semua.
Salam kasih sayang..NAdia
Wassalam.
  

No comments:

Post a Comment