Tuesday, October 8, 2013

Motivasi perniagaan

Teks: Nurnadia Md Jaini
Sumber : www.IrfanKhairi.com

Bismillahirrahmanirrahim.
   Apabila kita menjalankan perniagaan, kita perlu ada motivasi untuk memajukan lagi serta mengembangkan lagi perniagaan kita. Kita tidak boleh berpuas hati dengan berada di takuk yang sama.
   Pertama sekali, kita perlu ubah persekitaran kerja kita. Apa jua jenis perniagaan pasti akan menghadapi  pelbagai masalah. Yang membezakan masalah tersebut adalah kecil dan besar serta cara penyelesaian yang kita ambil bagi menangani masalah tersebut. Kita perlu anggap masalah itu sebagai satu cabaran serta pertambahan ilmu buat kita. Kenapa pertambahan ilmu pula? Sekiranya kita menghadapi masalah semestinya kita akan fikir dan akan lakukan apa sahaja untuk menyelesaikan masalah perniagaan kita. Kita akan sanggup bekorban apa sahaja dan akan berfikir 'extra' untuk cari jalan penyelesaian. Boleh dikatakan cabaran dan masalah itu merupakan cikgu kepada kejayaan kita.
   Anda pernah bertanya kepada individu yang berjaya tentang sejarah kehidupannya sebelum berjaya? Saya pernah berjumpa orang yang sudah berjaya dengan kehidupan berkali ganda lebih baik dari kehidupan dahulunya setelah beliau mengambil keputusan untuk berniaga. Dari hidup yang susah sehingga beliau menjadi 'Jutawan Senyap'. Tahu-tahu sudah ada kereta besar. Tahu-tahu asetnya sudah berjuta-juta. Tapi anda mungkin tidak tahu perjalanan hidupnya yang dipenuhi ranjau sebelum berjaya dalam perniagaannya. Alhamdulillah, saya dipertemukan dengannya dan kini menjadi idola saya.
   Sebelum anda mengecapi hidup yang lebih senang, lebih baik anda mula membina serta merangka jalan untuk menujunya. Anda bukan sahaja boleh membayangkan kehidupan yang lebih senang malah anda juga boleh berusaha bersungguh-sungguh bersandarkan kepada keinginan tersebut. Ini akan membuatkan diri anda lebih bermotivasi.
   Untunglah anda sekiranya hidup anda bermotivasi. Kekalkanlah motivasi tersebut untuk anda berjaya dan ambil tindakan segera. Jangan sekali-kali bertangguh untuk mencipta kejayaan. 
   Setakat ini perkongsian saya tentang motivasi ini,
Salam kasih sayang..Nadia
Wassalam.
  

No comments:

Post a Comment