Sunday, March 23, 2014

Fokus!!!

Bismillahirrahmanirrahim..


Malam ni fikiran saya agak bercelaru..Saya perlu keluar dari rumah sewa ini secepat yang mungkin kerana tuan rumah nak jualkan rumah yang saya diami sekarang ini. Masalahnya di Setiu ini susah sangat nak dapatkan rumah sewa. Disebabkan masalah ini saya dan suami mengambil keputusan untuk membeli rumah kami sendiri secepat mungkin supaya duit tak dibazirkan kepada bayaran sewa rumah tetapi dilaburkan pada aset kami sendiri.Doakan semuanya lancar.

Satu lagi perkara yang bermain di fikiran saya sudah tentu pada bisnes yang sudah 2 tahun saya jalankan. Sejak beberapa bulan ini, nampaknya perniagaan kurang memberangsangkan. Saya percaya ini berpunca pada kurangnya promosi dan fokus terhadap perniagaan ini memandangkan sejak akhir tahun sehingga beberapa ketika ini masa banyak ditumpukan kepada perkara lain yang saya rasa lebih penting. Saya perlu cari jalan untuk mengembalikan semula kepercayaan pelanggan kepada jualan saya.

Fokus...apa sahaja yang kita lakukan kita perlu fokus. Kadang-kala secara tidak sengaja fokus saya memang bersimpang -siur. Entah kenapa hati tak macam dulu lagi. Saya perlu cari jalan dan cuba cari semula fokus atau sasaran yang saya telah tetapkan. Ya..menulis sasaran adalah salah satu cara yang efektif untuk kita mendidik hati bagi mencapai sasaran kita.

Jadi, mari ambil pen dan kertas tulis sasaran kita semula sebelum ia menjunam ke bawah dan tak jumpa jalan kembali. InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment