Showing posts with label Muhasabah. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah. Show all posts

Monday, January 13, 2014

Solat Sunat Dhuha






Bismillahirrahmanirrahim..
Di pagi yang hening ni sambil-sambil menyiapkan tugasan pejabat saya tertarik untuk berkongsi bersama-sama tentang Solat sunat Dhuha. Pelbagai manfaat yang boleh diperolehi dari amalan Solat sunat Dhuha ini. Solat sunat Dhuha ini juga merupakan solat sunat yang sering disebut kebaikan dan fadhilatnya oleh Nabi Muhammad SAW.
Apa kebaikan solat sunat ini?


1.Solat Sunat Dhuha adalah Sedekah
.Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda, maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.

2.Allah SWT mengurniakan rezeki yang cukup setiap hari
Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman, maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.

3.Pahala Seperti Mengerjakan Haji dan  Umrah 

Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah,no: 535.

4. Solat Dhuha adalah solat orang-orang bertaubat
Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda, maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, KitabSholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.

Credit to teamhijrah.my

Cara Solat Dhuha




 Doa




InsyaAllah..sebagai hambaNya ditambah lagi dengan nikmat yang diberi olehNya untuk menjalankan bisnes mari sama-sama kita cuba praktikkan..Untuk menambah dan meurahkan rezeki kita.

Waalhualam.

Friday, January 10, 2014

Kisah susah untuk senang..

Bismillahirrahmanirrahim..

Baru-baru ini saya sempat mendengar kisah seorang sahabat yang juga saya anggap sebagai kakak memandangkan perbezaan umur 3 tahun dengan saya.
Kisah yang dikongsikan saya rasa sangatlah menyentuh hati kecil saya dan timbul pula perasaan kagum terhadapnya.
Tatkala melangkah ke alam persekolahan, beliau sudah mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Tapi matlamatnya bukan seperti saya. Bukan kerana minat dan bukan kerana suka. Tujuan utama hanya ingin mendapatkan duit belanja sekolahnya. Si ibu orang susah ditambah dengan si ayah yang tidak sihat. Segala tanggungjawab di galas oleh ibu seorang diri. Kesusahan hidup menjadikan si ibu terlalu tertekan dan tidak boleh pula meluahkan pada sesiapa. Si anak faham dan menuruti perintah si ibu.
Setiap hari, si ibu sudah bekalkan beliau makanan untuk dijual di sekolah. Sekiranya laku maka ada lah duit belanja pada hari tersebut. Jika tidak maka tiadalah duit poketnya. Namun, sahabat saya ini saya kira gigih orangnya. Kuat semangatnya. Dijaja juga makanan yang dijual sehingga mampu mendapt duit belanja.
Katanya, orang lain ke sekolah menggalas buku-buku sekolah tapi beliau menggalas makanan untuk dijual. Tak tamat di situ sahaja. Bermula cuti sekolah bermulalah rutin hariannya berkampung di dapur siang dan malam. Memenuhi tempaha kuih goyang@kuih ros@ macam-macam nama lagi. Dari siang sampai ke malam kehidupannya hanya di tepi dapur. Kiri kanan tangan bersilih ganti menggoreng kuih. Tak dapat di kira lagi air mata yang menitis. Masa mudanya hanya dengan mencari duit. Tiada masa bersenang-lenang seperti orang lain.
Bertambah sedih lagi ketika orang lain sibuk mengambil keputusan peperiksaan, dia hanya boleh menangis di tepi dapur kerana tidak punya masa untuk ke sekolah untuk melihat keputusan peperiksaannya. Sampaikan apabila sahabatnya telefon ke rumahnya untuk bercakap dengannya, dia masih tidak boleh bercakap kerana sibuk di dapur. Alhamdulillah keputusan baik-baik sahaja.
Sekolah rendah dan sekolah menengahnya dihabiskan dengan mencari duit belanja dan simpanan sahaja.
Selepas habis SPM, ibunya memberi pilihan kepadanya. Sekiranya dia tidak dapat masuk maktab dia perlu khawin. Hatinya sedih bukan kepalang kerana hati masih mahu belajar. Masih muda untuk menjadi isteri. Doa pada Allah SWT tak pernah kurang. Alhamdulillah, beliau dipanggil untuk ke maktab. Walaubagaimanapun, wang menjadi penghalang. Dengan keazaman yang kuat beliau sanggup untuk bersusah asalkan dapat menjejak kaki ke maktab tersebut. Di sana, kehidupan masih seperti dulu. Setiap hari berfikir untuk mencari duit. Belajar jatuh ke tempat kedua.
Di maktab, beliau mencari duit dengan menjual alat-alat tulis. Kawan-kawan memang tidak gemar dengannya. Tapi beliau pekakkan telinga, butakan mata. Apa yang dibuat bukan kerana suka-suka. Semuanya untuk menanggung kesusahan hdupnya. Doa memang tidak henti-henti. Menjadi perisai hidup seharian.
Satu hari, beliau berjumpa dengan insan senasib dengannya. Mereka berbincang cara untuk mencari duit. Lantas, mereka yang masih baru di bandar mencari jalan untuk ke syarikat Akhbar.(NSTP)Setelh berbincang dengan pihak NSTP mereka membeli suratkhabar dan dijual di maktab dengan mengambil sedikit komisyen. Suratkhabar yang tidak habis dijual pula untuk dikitarsemula.
Kemudian, beliau mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Australia. Memang seronok tapi macam biasa wang menjadi penghalang. Walaubagaimanapun, insan ini diberi kecekalan yang sangat tinggi. Pergilah beliau dengan duit biasiswa RM1200 pada waktu itu. Pada waktu itu, beliau tidak memiliki laptop. Beliau terpaksa meminjam pada orang lain. Kali pertama pinjam, masih senyum. Kali kedua sudah tidak senyum. Kali ketiga sudah masam muka sahabatnya. Pada waktu itu, tekadnya untuk mencari duit untuk membeli laptop. Duit biasiswanya dikirim RM300 setiap bulan pada ibunya di Malaysia.
Pada cuti semester, beliau diajak oleh kawan dari U lain untuk bekerja sebagai pemetik buah. Walaupun badannya agk kecil digagahi jua. Katanya, kerja ini lumayan juga gajinya. Setelah dikira-kira gaji selama beliau bekerja, beliau menjangkakan memang mampu untuk menanggung semester akan datang. JAdi, beliau kirimkan semua duit yang ada pada ibu di kampung.
Malangnya, disebabkan fizikal yang kecil berbanding kerja yang dilakukannya, memang tidak termampu lagi untuk teruskan kerja beliau. Akhirnya beliau berhenti kerja. Dalam tempoh seminggu bekerja beliau ada berjumpa dengan sahabat-sahabt dari Korea. Dari mereka tidak tahu berbahasa Inggeris, beliau ajar sehingga boleh berkomunikasi sedikit-sedikit dalam BAhasa Inggeris. Mereka bercerita bahawa mereka ingin melanjutkan pelajaran di Aiutralia tetapi duit tiada.Datang ke Australia juga tidak tahu apa-apa. Tapi sebabkan semangat yang tinggi untuk belajar mereka redah juga dan amat bernasib baik bertemu dengan sahabat saya. Sebelum sahabat saya berhenti kerja, beliau memberi alamat dan no telefon pada sahabat-sahabat Korea tadi. Niatnya, sekiranya mereka perlukan pertolongan beliau akan cuba bantu.
Selepas itu, beliau mencari kerja lain. Kali ini beliau mengambil upah mencuci rumah serta menggosok baju. Upahnya gak tinggi tapi sahabat-sahabatnya memandang rendah kepada beliau. Beliau tidak peduli asalkan rezekinya halal. NAk dijadikan cerita, sahabat-sahabt Korea beliau akhirnya tinggal bersama beliau di Australia dan dapat belajar di U di sana.Berbalik kepada kerja beliau tadi. LAma-lama beliau dapat mengumpul wang yang banyak hasil mencuci rumah dan menggosok baju. Sahabat-sahabat yang pada mulanya menghina beliau akhirnya datang kepada beliau untuk meminta bantuan kewangan. Kali ini beliau membuka 'francais' pula. Apabila mendapat baju-baju untuk digosok beliau akan agih pada 'downline-downline' beliau.
Suatu hari, beliau terfikir untuk mengajak ibunya datang ke Australia. Dikira-kira wang sudah mencukupi, maka diajak si ibu datang. Sungguh tidak disangka. Hasil kerja sampingannya untuk menampung kos hidup di Australia mampu membawa si ibu terbang ke Australia. Sampai di Australia, beliau membawa si ibu berjalan-jalan dan membeli buah tangan untu satu kampung. Bagi beliau, beliau banyak terhutang budi dengan orang kampung. Selama kehidupan beliau, beliau hanya menjadi insan penerima. Tapi kini beliau ingin menjadi insan yang memberi pula. Sebelum ini, laptop pun tak mampu beli. Tapi selepas itu, beliau mampu membeli 3 buah laptop dan komputer untuk diberi kepada adik-beradiknya.
Sehingga kini beliau masih memberi. Tidak henti memberi. Dipohon agar insan-insan yang menerima pemberiannya terimalah dengan ikhlas. Beliau pohon untuk beri peluang kepadanya menjadi insan yang memberi kerana dulu dia memang tidak berpeluang memberi.
Kini, beliau hanya membantu sahabat-sahabat yang ingin berniaga tapi beliau sudah tidak mahu berniaga. Baginya, cukuplah dunia beliau dulu penuh dengan dugaan untuk mencari duit dan berniaga.
Memang terharu saya dengar ceritanya. Sekadar ingin berkongsi sedikit cerita di pagi hari.

Friday, November 1, 2013

Termenung Sejenak Melihat Kejayaan Orang Lain

Saya rasa sangat kagum bila bertemu dengan insan-insan yang punya hati yang tabah dalam kehidupannya. Saya sering 'terserempak' dengan individu yang bagi saya sangat berjaya tapi di sebalik kejayaan mereka terselit kesusahan yang terpaksa ditanggung mereka. Rupanya bukan senang untuk mereka mencapai kesenangan seperti hari ini. Disebabkan ketabahan mereka Tuhan kurniakan mereka kelebihan dalam perkara lain.
Kita sebagai hambaNya memang sepatutnya menerima apa jua yang Tuhan beri pada kita. Rezeki, nikmat, kesusahan, musibah, anak yang sakit, suami yang sakit dan sebagainya. Kadangkala saya rasa apa yang Tuhan bagi pada saya sudah cukup berat tapi rupanya ada lagi yang lebih berat ditanggung oleh orang lain. Dengan ketabahan mereka dan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi kepada Allah SWT, mereka layak mendapat kejayaan dan kebahagian seperti hari ini.
Apa perniagaan yang mereka ceburi, mereka berjaya. Apa produk yang mereka jual, ada pembelinya. Alhamdulillah.

Wednesday, October 23, 2013

Jom Rebut Peluang Tambah Ilmu

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim...
   Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi. Syukur dengan limpah dan kurnia dari Yang Maha Esa pintu hati ini terbuka untuk menambah ilmu yang tak pernah habis dituntut selagi nyawa dikandung badan. Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad.
   Ilmu ini terlalu luas. Tiada batasan. Semakin kita menuntut ilmu semakin rasa tak cukup ilmu tersebut. Ilmu dunia, ilmu akhirat, ilmu mendidik anak-anak, ilmu berniaga dan banyak lagi.
    Hari ini saya berdepan dengan situasi di mana perlu menaikkan semula semangat sahabat saya untuk meneruskan perniagaan yang baru beberapa bulan diceburinya. Ini pentingnya ilmu di dada. Sebelum kita mangambil keputusan untuk berniaga kita perlu sediakan mental dan fizikal kita sepenuhnya untuk menghadapi apa jua masalah dan rintangan yang bakal kita hadapi sepanjang perniagaan kita. Jika kita tiada ilmu kita memang akan cepat mengalah.
   Pada mula perniagaan saya, saya banyak laburkan duit untuk membeli buku-buku rujukan kerana saya memang 'zero' dalam dunia perniagaan. Tiada seorang pun ahli keluarga saya seorang peniaga. Ilmu yang saya perolehi hampir 100% dari hasil pembacaan sahaja. Walaubagaimanapun, hasil motivasi dari buku-buku yang saya baca saya cuba tetapkan hati. Saya juga tak menyangka sebenarnya saya masih mampu bertahan sehingga hari ini. Pada saya, ini semua sebab ilmu yang saya perolehi hasil dari pembacaan saya dari buku, bolg dan artikel-artikel pernigaan.
   Selepas kita memulakan perniagaan, kita perlu buang jauh-jauh satu sikap ini. Kita tidak boleh bertapi-tapi untuk mengubah diri kita. Maksud saya, kita tak boleh memberi terlalu banyak alasan untuk buat sesuatu. Perancangan yang baik dalam perniagaan akan menjamin perniagaan itu lebih lama bertapak dan mungkin akan terus bertambah maju. Semua ini kita akan dapat daripada ilmu yang kita cari.
   Apa beza ilmu dengan pengalaman pula? Tak dinafikan kadang-kadang orang lebih mementingkan pengalaman berbanding ilmu yang kita ada. Ini kerana, tak semestinya kita ada ilmu kita mampu praktikkan dalam perniagaan kita. Oleh itu, ilmu dan pengalaman pelu bergerak seiring. Sambil mempraktikkan ilmu sambil menjadikan ia pengalaman untuk masa depan juga. Dalam situasi tertentu pengalaman akan diambilkira bagi menetukan satu-satu keputusan. Saya bercerita kepada orang pun dengan pengalaman yang ada bukan semata-mata ilmu. Tapi pengalaman juga datang dari ilmu yang dituntut. Faham tak?
   Nak berniaga? Nak buka kedai? Nak tambah ilmu perniagaan? Nak mula belajar selok belok perniagaan? Jom saya bagi satu cara.





Anda boleh dapatka ilmu dari ebook ini untuk mulakan bisnes anda. Pake ini adalah promosi untuk bulan Oktober. Untuk mendapatkan pakej ini anda hanya perlu membayar RM100(harga asal RM130) dan percuma ebook 101 Idea Home Based Bisnes(Akan diterbitkan pada 30.11.2013). Ini lah salah satu pelaburan perniagaan anda atau anda ada pilihan untuk menyertai kelas online yang disediakan untuk penulisan blog dan membina fan page di facebook untuk perniagan anda.





Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi saya ya. Saya sedia membantu anda yang ingin dibantu untuk memulakan perniagaan anda atau mengukuhkan perniagaan anda seperti saya. 
Selamat malam semua.
Salam kasih sayang... NAdia
Wassalam

Monday, October 7, 2013

Pemberian Manusia

Teks:Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Memberi itu lebih baik dari menerima. Sememangnya manusia dilahirkan suka dan senang jika diberikan sesuatu. Saya juga suka jika ada orang yang sanggup memeberikan wang ringgit atau kekayaan kepada saya. Saya juga yakin anda juga seperti saya. Tapi, pernah tak anda terfikir yang sebenarnya memberi itu adalah lebih indah dari menerima?
   Saya pernah membuat kajian sendiri tentang perasaan peribadi saya apabila saya menerima sesuatu dari orang lain dan perasaan saya apabila memberi kepada orang lain terutama orang yang susah. MasyaAllah. Memang berbeza sekali perasaan tersebut. Sukar digambarkan. Seharian saya akan tenang apabila saya ada memberi sesuatu kepada orang lain. Itulah sebenarnya nikmat yang digambarkan apabila kita memberi.
   Apabila kita memberi kadangkala kita ikhlas dan kadangkala kita berbelah bahagi. Saya juga pernah rasa perasaan berbelah bahagi untuk memberi terutama memberi wang pada peminta sedekah yang saya lihat sihat tubuh badannya. Entah mengapa setiap kali memberi pada golongan ini hati rasa tidak tenang. Iman saya masih goyah rasanya. Susahnya untuk ikhlas jika beradapan dengan keadaan sedemikian. Moga saya mampu berubah. Harta di dunia ini milik Allah SWT. Sepatutnya saya tak perlulah nak berfikiran begitu kerana apa yang saya ada ini pun bukan milik saya. Allah SWT bagi pinjam sahaja. Astaghfirullah.
   Ikhlas itu digambarkan seprerti seekor semut kecil yang bewarna hitam yang berada di atas seketul batu yang hitam di dalam sebuah bilik yang gelap. Hanya Allah SWT yang dapat tentukan keikhlasan seseorang. Ada juga yang mengatakan sekiranya kita menyebut kebaikan/pemberian yang kita lakukan bermakna kita sebenarnya tidak ikhlas. Tanamkan dalam hati selepas ini setiap pemberia kita biarlah antara kita dan Tuhan sahaja.

Salam kasih sayang..Nadia
Wassalam.
  

Monday, September 30, 2013

Insaf

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Siapalah yang inginkan kehidupan yang susah. Bukan sahaja susah wang ringgit tapi juga susah terpaksa membawa kuman itu kehulu kehilir hingga akhir hayatnya. Sudahlah dibuang keluarga yang mengalir darah yang sama, orang kampung juga turut menyisihkannya.
   Memanglah salah dia di kala mudanya terlalu ikutkan perasaan dan nafsu. Ingin berseronok. Hasil kerja kampungnya dapatlah dia membeli sedikit habuan buat dirinya puas beberapa ketika. Pergi ke dunia lain. Pada waktu itu, tiada siapa yang benar-benar pedulikan tingkahlakunya. Baginya pula keseronokan seketika itulah yang mampu menggembirakan hatinya selama-lamanya.
   Lain pula yang diharap lain pula yang diterima. Badan mula sakit-sakit. Batuk pun menjadi-jadi. Pantang ada orang sekeliling yang batuk atau selsema dia pula yang kena lebih-lebih. Akhirnya, terpaksa dia bermalam di hospital setelah lama menanggung sakit yang tidak surut-surut.
   Beberapa hari di hospital macam-macam pemeriksaan yang dibuat. Darahnya turut diambil. Begitu juga kahaknya. Ya. Positif. Lemah longlai tubuhnya. Terdiam seribu bahasa. Terlupa seketika sakit-sakit yang sebelum ini. Laju sahaja berputar di kepala sakit yang bakal diterima kelak. Teringat juga sahabat-sahabat handai yang sama-sama 'berjuang' dahulunya ada yang sudah mengadap Ilahi kerana kuman yang sama dengannya.
   Keluar dari wad, cuba untuk memulakan hidup baru. Mengikut kata Doktor ada rawatan untuk melemahkan kuman tapi bukan untuk menghapuskan terus kuman dalam badannya. Disiplin yang tinggi amat diperlukan sepaanjang rawatan. Mula mencari tikar sembahyang. Mula meneganal laluan ke masjid. Mula mencari pisau untuk kembali menoreh getah.
   Janji Tuhan pasti akan tetap ditunai. Cuma masanya sahaja hanya Dia yang tahu. Rupanya malam itulah malam terakhirnya. Pagi itu jasadnya sudah bernyawa lagi. Innalillah.
   Sekurang-kurangnya sebelum dia pergi mengadap Ilahi dia sudah sedar silapnya dan sudah berubah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Salam kasih sayang.. Nadia
Wassalam.

Wednesday, September 25, 2013

Murah Rezeki Kak Yah

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya saya masih lagi mampu menaip satu lagi entri untuk tatapan bersama.
   Semalam saya ditugaskan untuk menjalankan siasatan satu kes penyakit berjangkit di sebuah kampung, Kampung BP. Saya pergi bersama beberapa orang sahabat. Sementara menunggu saya menyiasat kes tersebut, sahabat saya duduk jauh sedikit dari rumah kes tersebut.
   Kelihatan seorang wanita menunggang motosikal seperti mencari seseorang. Wanita tersebut datang menghampiri sahabat saya. Rupanya, wanita tersebut mencari orang untuk diberikan buah rambutan yang ada banyak di kebunnya. Subhanallah.
  Sahabat saya pergi ke rumahnya tidak jauh dari rumah yang saya kunjungi itu. Di belakang rumah wanita tersebut ada terlalu banyak pokok rambutan, berekar-ekar. Ada rambutan kuning dan merah.(Saya pun tak arif tentang jenis rambutan ni.)
  Wanita itu juga menyediakan 2 guni untuk memuatkan rambutan yang ada.'Ambillah banyak-banyak rambutan ni. Membazir kalau tak ada sape nak makan. Kalau nak panggil orang lain pun panggillah. Tak habis Kak Yah berdua nak habiskan.'Allahuakbar. Jarang rasanya saya nak jumpa orang sebaiknya. Pusing keliling kampung semata-mata nak cari orang untuk ambil buah rambutan di rumahnya.
   Selepas mengambil rambutan sebanyak 2 guni itu wanita tersebut tersenyum.'Lega Kak Yah dah susut rambutan ni.' Saya turut tersenyum tapi bukan sebab dapat rambutan tapi bersyukur dapat jumpa orang sebaik Kak Yah. Sambil jalan terhencut-hencut, dia tunduk mengutip rambutan-rambutan di atas tanah.
  Selesai semuanya kami letak 2 guni buah dalam kereta. Niat di hati nak agih-agihkan di pejabat rezeki ni. Moga berpanjangan rezeki dan pahala Kak Yah. Sempat pula Kak Yah beri lagi 2 sikat Pisang Nangka.(Nama pisang ini pun saya tanya pada Kak Yah. Harapkan saya memang saya tak kenal).Allah. Betapa tersentuh hati saya semalam terbawa-bawa ke hari ini. Saya berharap saya juga mampu mencontohi Kak Yah.

Memberi itu lebih baik dari menerima.
Salam kasih sayang..Nadia

Wassalam.

Tuesday, September 24, 2013

Who Loves You?

Teks : Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Rindu rasa hati teringat mak dan ayah kat Perak nun jauh di sana. 8jam perjalanan baru boleh jumpa mak dan ayah. Dulu, saya hanya anak manja mak dan ayah. Semua benda mesti perlukan mak dan ayah. Tapi sekarang, keadaan telah berubah. Situasi sudah berbeza. Saya bukan sahaja anak mak dan ayah, saya juga isteri kepada Saifudin dan umi kepada Adam dan Zara.
     Kalau dulu saya yang mengaharapkan segalanya dari mak dan ayah tapi kini saya yang perlu sediakan segalanya untuk Adam dan Zara. Sungguh cepat masa berlalu. Sekarang saya pula yang menggalas tanggungjawab mak. Baru saya tahu betapa seorang ibu itu nak buat yang terbaik buat anak-anaknya. Terima kasih mak atas segala yang mak beri dan korbankan untuk anak mak ni. Sekarang giliran saya pula menunaikan tanggungjawab saya kepada anak-anak saya. Jasa mak dan ayah takkan sekali-kali saya lupakan.
   Disebabkan nak buat yang terbaik untuk anak-anaklah, saya memilih untuk berniaga. Betapa besarnya pengaruh kasih sayang tu dalam kehidupan kita sebenarnya.  Saya tak akan sia-siakan anugerah dan amanah Allah SWT ini. Moga Tuhan kuatkan saya setiap hari untuk meneruskan hari-hari yang penuh dugaan ini. Semuanya demi insan tersayang.
   Saya kirimkan doa buat mak dan ayah di kala rindu datang bertandang.
   Bismillahirrahmanirrahim..Ya Allah..Engkau Ampunila dosa kedua ibubapaku(Maryani bt Yahya dan Md Jaini bin Raziman).Engkau masukkanlah mereka ke dalam syurgamu. Engkau mudahkanlah hidup mereka di dunia dan akhirat. Tempatkanlah kedua ibubapaku di kalangan orang-ornag yang soleh.Amin
  Jom jadi anak solehah.
 Salam kasih sayang..NAdia.
Wassalam.