Wednesday, September 25, 2013

Murah Rezeki Kak Yah

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya saya masih lagi mampu menaip satu lagi entri untuk tatapan bersama.
   Semalam saya ditugaskan untuk menjalankan siasatan satu kes penyakit berjangkit di sebuah kampung, Kampung BP. Saya pergi bersama beberapa orang sahabat. Sementara menunggu saya menyiasat kes tersebut, sahabat saya duduk jauh sedikit dari rumah kes tersebut.
   Kelihatan seorang wanita menunggang motosikal seperti mencari seseorang. Wanita tersebut datang menghampiri sahabat saya. Rupanya, wanita tersebut mencari orang untuk diberikan buah rambutan yang ada banyak di kebunnya. Subhanallah.
  Sahabat saya pergi ke rumahnya tidak jauh dari rumah yang saya kunjungi itu. Di belakang rumah wanita tersebut ada terlalu banyak pokok rambutan, berekar-ekar. Ada rambutan kuning dan merah.(Saya pun tak arif tentang jenis rambutan ni.)
  Wanita itu juga menyediakan 2 guni untuk memuatkan rambutan yang ada.'Ambillah banyak-banyak rambutan ni. Membazir kalau tak ada sape nak makan. Kalau nak panggil orang lain pun panggillah. Tak habis Kak Yah berdua nak habiskan.'Allahuakbar. Jarang rasanya saya nak jumpa orang sebaiknya. Pusing keliling kampung semata-mata nak cari orang untuk ambil buah rambutan di rumahnya.
   Selepas mengambil rambutan sebanyak 2 guni itu wanita tersebut tersenyum.'Lega Kak Yah dah susut rambutan ni.' Saya turut tersenyum tapi bukan sebab dapat rambutan tapi bersyukur dapat jumpa orang sebaik Kak Yah. Sambil jalan terhencut-hencut, dia tunduk mengutip rambutan-rambutan di atas tanah.
  Selesai semuanya kami letak 2 guni buah dalam kereta. Niat di hati nak agih-agihkan di pejabat rezeki ni. Moga berpanjangan rezeki dan pahala Kak Yah. Sempat pula Kak Yah beri lagi 2 sikat Pisang Nangka.(Nama pisang ini pun saya tanya pada Kak Yah. Harapkan saya memang saya tak kenal).Allah. Betapa tersentuh hati saya semalam terbawa-bawa ke hari ini. Saya berharap saya juga mampu mencontohi Kak Yah.

Memberi itu lebih baik dari menerima.
Salam kasih sayang..Nadia

Wassalam.

No comments:

Post a Comment