Monday, September 30, 2013

Imej Peniaga Yang Baik..

Teks: Nurnadia Md Jaini
Sumber : Seni Bisnes Terhebat Tao Zhugong

Bismillahirrahmanirrahim.
  Hari ini saya ingin kongsi apa yang saya pelajari lagi dari dalam buku yang cukup menarik ini.
  Dalam urusan jual beli tidak kira sama ada online atau offline imej amat penting untuk kita ambil perhatian. Imej ini bukan sahaja tertumpu kepada peniaga sahaja. Jika anda berniaga secara offline, suasana atau persekitaran kedai atau pejabat anda adalah imej luaran kepada perniagaan anda. Jika anda berniaga secara online pula, blog atau facebook atau medium lain perniagaan anda merupakan imej kepada perniagaan anda. Jadi, perkara-perkara berkaitan dengan imej perlu dititikberatkan.
   Sekiranya pelanggan mengunjungi kedai anda yang kotor dan bersepah, semestinya pelanggan akan rasa rimas dan tidak selesa. Sama juga jika pelanggan mengunjungi blog anda yang terlalu sarat, pelanggan akan rasa kurang selesa.
   Ruang bagi sebarang jenis perniagaan perlulah dipersembahkan dengan sekemas dan sebersih yang boleh. Bak kata orang, pejabat yang kemas melambangkan pemikiran yang teratur. Persekitaran yang bersih dan kemas juga bukan sahaja mampu menarik perhatian pelanggan malahan kita sebagai peniaga juga lebih mudah menguruskan perniagaan kita. Semuana teratur dan ada sistem yang memudahkan kita sendiri.
   Bagi perniagaan yang memerlukan simpanan stok, sangat sesuailah jika mewujudkan satu sistem kemasukan serta pengeluaran stok. Ini bagi memudahkan kita engenalpasti stok yang masih ada dan stok yang sudah tiada. Contohnya, ada pelanggan yang bertanya tentang saiz M baju kurung X. Dengan mewujudkan sistem pengurusan stok anda tidak perlu memunggah semua baju kurung yang ada. Anda hanya perlu melihat sistem yang anda wujudkan untuk mengenalpasti stok yang diminta pelanggan. Jadi, anda dapat memberi maklumbalas dengan segera tanpa pelanggan perlu menunggu lama.
   Semoga perkongsian yang tidak seberapa ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat pada anda.

Salam kasih sayang..Nadia
Wassalam.

No comments:

Post a Comment