Tuesday, September 24, 2013

Rancang Perniagaan Online Anda

Teks: Nurnadia Md Jaini
Sumber Rujukan: Buku Rumahku Ofisku(Mazneera Zainal)

Bismillahirrahmanirrahim.
   Sebelum mengambil keputusan untuk membuat bisne(online dan offline) saya banyak membuat rujukan pelbagai sumber rujukan. Contonya buku-buku, ebook dan juga artikel-artikel di internet. Tidak lupa juga di blog naufalsayang.blogspot.com.
   Sebelum mulakan apa-apa perniagaan sama ada online mahupun offline kita perlu membuat perancangan yang rapi dan teratur supaya apa yang kita usahakan tidak berhenti di tengah jalan.
  Dalam buku Rumahku Ofisku, terdapat tiga perkara yang perlu difikirkan sebelum sesebuah perniagaan boleh dimulakan.
   Pertama, kita perlu fikir sama ada perniagaan kita melibatkan produk untuk dijua atau perkhidmatan yang nak kita berikan. Saya ambil contoh diri saya sendiri. Saya meminati pakaian baby yang comel-comel. Saya ingin menjalankan perniagaan berkaitan pakaian baby. Jadi,pakaian baby merupakan produk yang saya nak jual. Sekiranya saya ada kemahiran menjahit saya nak buat perniagaan perkhidmatan jahitan pakaian baby. Ini bermakna saya tidak perlukan produk untuk saya niagakan.
   Kita juga perlu lihat kepada permintaan sesuatu produk atau perkhidmatan sebelum memulakan perniagaan. Kita tidak boleh mengikut apa yang kita suka sahaja tanpa memikirkan permintaan semasa. Prospek kita juga perlu kita kaji sebelum mula mempromosi. Contohnya, dalam senarai sahabat kita dalam facebook majoritinya adalah wanita. Disebabkan minat kita dalam permainan bola kita jual bola atau jersey bola. Sudah tentu susah kita nak dapat jualan sebab wanita lebih cenderung kepada pakaian, tudung atau beg tangan.
  Perkara kedua yang kita perlu fikir adalah sumber untuk mendapatkan bekalan. Sudah semestinya kita perlu mencari pemborong yang boleh memberi harga yang paling rendah supaya kita boleh mendapat keuntungan yang berpatutan. Sekiranya anda memilih untuk menyediakan perkhidmatan, anda juga memerlukan pembekal untuk perniagaan anda. Contonhya anda menyediakan perkhidmatan urutan. Sudah tentu anda memerlukan minyak, kain dan sebagainya. Anda juga dinasihatkan untuk cuba berurusan dengan beberapa pembekal supaya anda dapat membandingkan harga dan membuat pilihan yang terbaik untuk perniagaan anda.
   Yang ketiga pula, anda perlu juga mengenalpasti siapa pesaing anda. Mengapa perlu kita kenalpasti pesaing kita? Sudah tentu sebelum kita memilih produk apa yang hendak diniagakan kita perlu tahu berapa ramai lagi pesaing yang menjual barang yang sama dengan anda. Contohnya, terdapat 10 orang yang menjual baju kurung dari jenama yang sama dengan anda. Harga pun sudah tentu tidak jauh berbeza. Jadi, sebagai langkah persaingan yang bijak anda tidak perlu menurunkan harga untuk memancing pembeli tetapi anda boleh membuat sedikit kelainan dari 10 orang pesaing anda. Contohnya, 'dengan pembelian 2 pasang baju kurung anda layak menerima sehelai tudung percuma dari pihak kami'.
   Selepas kita sudah tetapkan perniagaan apa yang hendak dijalankan, jangan lupa pula fikir strategi nak promosi pulaperniagaan kita. Ini sekadar perkongsian dari saya. Semoga kita sama-sama dapat praktikkan dalam perniagaan kita. Sekiranya ada kesilapan harap dimaafkan.

 Salam kasih sayang...Nadia
Wassalam.

No comments:

Post a Comment