Monday, September 30, 2013

Semut dan Kuda

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Pernah dengar tak kisah tentang semut dan kuda? Mungkin ada dan mungkin tiada. Ataupun ada yang ingat-ingat lupa? Hehe.
   Cerita saya mungkin tidak selengkap cerita asalnya. Cuma niat di hati nak kongsi sedikit pengajaran dari cerita ini sahaja.
   Suatu hari ada seekor kuda kelihatannya sedang berehat dibawah sepohon pokok. Atas badannya terdapat barang yang tidaklah sebesar mana. Mungkin baru sahaja dapat berehat setelah lama berjalan dan mengangkut barang tuannya.
   Sambil berehat kuda ternampak semut berhampirannya membawa barang/ makanan yang lebih besar dari tubuhnya. Semut pula menyanyi-nyanyi dengan riangnya. 'Inilah barisan kita....' Kuda mula berasa pelik dengan semut yang dianggapnya kuat dan juga pelik. Manakan tak pelik, sudahlah membawa muatan/makanan yang lebih besar dari badannya boleh pula die menyanyi-nyanyi riang. Sedangkan dia yang hanya membawa barang yang lebih kecil darinya asyik mengeluh sepanjang perjalanan.
   " Hai semut yang pelik. Kenapa kau riang sangat sambil angkat barang yang lebih besar dari badan kau? tak beratkah?" Kuda ramah sahaja menyapa sang semut. " Hai Cik Kuda barang/ makanan saya ni sudah tentulah berat tapi berat-berat pun barang/makanan ini adalah untuk saya juga. Kenapa pula engkau macam tidak gembira sahaja?" Kuda menjawab, " Aku penat membawa barang di atas badanku ini." Dengan pantas semut membalas." Memangla Cik Kuda tak gembira. Barang yang Cik Kuda angkat itu bukan milik Cik Kuda. Cik Kuda terpaksa penat bekerja buat tuanmu untuk mendapatkan habuanmu manakala saya pula gembira bekerja keras untuk diri saya sendiri."
    Dapat tak anda baca pengajaran dari kisah ini? Maaflah saya ada menokok tambah sedikit dari cerita asalnya cuma pengajarannya masih sama. Kuda bekerja untuk tuannya. Walaupun barang yang dibawanya lebih kecil dan ringan dari tubuhnya tapi dia merasa bebannya terlalu berat sebab apa yang ditanggungnya bukan haknya tetapi tuannya. Manakala sang semut pula gembira walaupun terpaksa mengangkat barang yang lebih besar dari tubuhnya kerana beratnya barang itu sudah tentu hasil itu adalah miliknya sendiri.
   Semoga anda memahami cerita dan pengajaran cerita ini.

Salam kasih sayang..Nadia
Wassalam.

No comments:

Post a Comment