Monday, September 30, 2013

Masa...oh masa.

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Sudah 5 hari saya tidak dapat meneruskan tugasan saya di sini. Pukul 3 petang tadi saya baru tiba dari Negeri Sembilan. Saya pergi mengikut rombongan pengantin sepupu suami saya. JAdi, terpaksa mengambil cuti selama 2 hari. Cuti-cuti pun kepala saya ligat fikir tentang kerja. Manakan tidak, hari Sabtu ini saya akan menganjurkan satu program berkaitan dengan kesedaran dadah serta HIV bersama-sama NGO dan AADK Daerah Setiu. Cuti ni dah lama saya mohon tapi tarikh program baru sahaja ditetapkan hari Khamis lepas. Esok mula kerja dan esok mula la hari yang sangat sibuk buat saya.
   Perjalanan yang jauh beberapa hari lepas saya jadikan terapi kepada saya untuk menghilangkan tekanan. Baru 2 minggu saya masuk bekerja selepas cuti bersalin, macam-macam benda yang perlu saya selesaikan. Masa 8 pagi hingga 5 petang rasa cukup singkat buat saya. Dari sini saya mula fikir tentang pentingnya pengurusan masa.
   Seperti yang disarankan oleh Kak Masayu Ahmad, kita perlu sediakan buku catatan untuk kita catat aktiviti seharian kita seperti diari. Bagi saya, catatan itu bukan sahaja tertumpu kepada perkara yang telah kita lalui tetapi juga apa yang kita nak buat pada hari tersebut. Ini dapat memebantu kita menguruskan jadual harian kita dengan lebih fleksibal. Lebih-lebih lagi individu seperti saya yang mempunyai 2 fasa kehidupan iaitu fasa bekerja di pejabat dan fasa bekerja di rumah.
   MASA ITU EMAS. Jadi, hargailah masa yang ada. Jangan sampai kita tak mampu nak mengejar masa yang bergerak laju ke hadapan.

Salam kasih sayang...NAdia.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment