Sunday, January 26, 2014

Senyum jangan tak senyum..

Teks: Nurnadia Md Jaini
Sumber : Nota Jutawan Nota Perniagaan (Irfan Khairi)

Topik: Senyuman Dalam Perniagaan
Senyuman amat penting dalam menjalankan perniagaan terutama perniagaan Offline.
Bilakah masa yang sesuai untuk kita senyum ni?
  • Sebaik sahaja pelanggan masuk ke kedai kita. (Berhadapan dengan pelanggan)
  • Apabila pelanggan dah membeli barangan kita (Menghargai)
  • Apabila pelanggan keluar/beredar dari kedai kita
 Dalam Islam sendiri dianjurkan untuk kita sentiasa tersenyum. Senyum tu kan sedekah.
Jangan kata perniagaan online tak perlu senyum pula. Senyuman tu sebenarnya boleh terbitkan aura positif dalam kehidupan dan perniagaan kita. InsyaAllah.

Wassalam

Monday, January 13, 2014

Solat Sunat Dhuha






Bismillahirrahmanirrahim..
Di pagi yang hening ni sambil-sambil menyiapkan tugasan pejabat saya tertarik untuk berkongsi bersama-sama tentang Solat sunat Dhuha. Pelbagai manfaat yang boleh diperolehi dari amalan Solat sunat Dhuha ini. Solat sunat Dhuha ini juga merupakan solat sunat yang sering disebut kebaikan dan fadhilatnya oleh Nabi Muhammad SAW.
Apa kebaikan solat sunat ini?


1.Solat Sunat Dhuha adalah Sedekah
.Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda, maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.

2.Allah SWT mengurniakan rezeki yang cukup setiap hari
Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman, maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.

3.Pahala Seperti Mengerjakan Haji dan  Umrah 

Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah,no: 535.

4. Solat Dhuha adalah solat orang-orang bertaubat
Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda, maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, KitabSholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.

Credit to teamhijrah.my

Cara Solat Dhuha




 Doa




InsyaAllah..sebagai hambaNya ditambah lagi dengan nikmat yang diberi olehNya untuk menjalankan bisnes mari sama-sama kita cuba praktikkan..Untuk menambah dan meurahkan rezeki kita.

Waalhualam.

Friday, January 10, 2014

Kisah susah untuk senang..

Bismillahirrahmanirrahim..

Baru-baru ini saya sempat mendengar kisah seorang sahabat yang juga saya anggap sebagai kakak memandangkan perbezaan umur 3 tahun dengan saya.
Kisah yang dikongsikan saya rasa sangatlah menyentuh hati kecil saya dan timbul pula perasaan kagum terhadapnya.
Tatkala melangkah ke alam persekolahan, beliau sudah mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Tapi matlamatnya bukan seperti saya. Bukan kerana minat dan bukan kerana suka. Tujuan utama hanya ingin mendapatkan duit belanja sekolahnya. Si ibu orang susah ditambah dengan si ayah yang tidak sihat. Segala tanggungjawab di galas oleh ibu seorang diri. Kesusahan hidup menjadikan si ibu terlalu tertekan dan tidak boleh pula meluahkan pada sesiapa. Si anak faham dan menuruti perintah si ibu.
Setiap hari, si ibu sudah bekalkan beliau makanan untuk dijual di sekolah. Sekiranya laku maka ada lah duit belanja pada hari tersebut. Jika tidak maka tiadalah duit poketnya. Namun, sahabat saya ini saya kira gigih orangnya. Kuat semangatnya. Dijaja juga makanan yang dijual sehingga mampu mendapt duit belanja.
Katanya, orang lain ke sekolah menggalas buku-buku sekolah tapi beliau menggalas makanan untuk dijual. Tak tamat di situ sahaja. Bermula cuti sekolah bermulalah rutin hariannya berkampung di dapur siang dan malam. Memenuhi tempaha kuih goyang@kuih ros@ macam-macam nama lagi. Dari siang sampai ke malam kehidupannya hanya di tepi dapur. Kiri kanan tangan bersilih ganti menggoreng kuih. Tak dapat di kira lagi air mata yang menitis. Masa mudanya hanya dengan mencari duit. Tiada masa bersenang-lenang seperti orang lain.
Bertambah sedih lagi ketika orang lain sibuk mengambil keputusan peperiksaan, dia hanya boleh menangis di tepi dapur kerana tidak punya masa untuk ke sekolah untuk melihat keputusan peperiksaannya. Sampaikan apabila sahabatnya telefon ke rumahnya untuk bercakap dengannya, dia masih tidak boleh bercakap kerana sibuk di dapur. Alhamdulillah keputusan baik-baik sahaja.
Sekolah rendah dan sekolah menengahnya dihabiskan dengan mencari duit belanja dan simpanan sahaja.
Selepas habis SPM, ibunya memberi pilihan kepadanya. Sekiranya dia tidak dapat masuk maktab dia perlu khawin. Hatinya sedih bukan kepalang kerana hati masih mahu belajar. Masih muda untuk menjadi isteri. Doa pada Allah SWT tak pernah kurang. Alhamdulillah, beliau dipanggil untuk ke maktab. Walaubagaimanapun, wang menjadi penghalang. Dengan keazaman yang kuat beliau sanggup untuk bersusah asalkan dapat menjejak kaki ke maktab tersebut. Di sana, kehidupan masih seperti dulu. Setiap hari berfikir untuk mencari duit. Belajar jatuh ke tempat kedua.
Di maktab, beliau mencari duit dengan menjual alat-alat tulis. Kawan-kawan memang tidak gemar dengannya. Tapi beliau pekakkan telinga, butakan mata. Apa yang dibuat bukan kerana suka-suka. Semuanya untuk menanggung kesusahan hdupnya. Doa memang tidak henti-henti. Menjadi perisai hidup seharian.
Satu hari, beliau berjumpa dengan insan senasib dengannya. Mereka berbincang cara untuk mencari duit. Lantas, mereka yang masih baru di bandar mencari jalan untuk ke syarikat Akhbar.(NSTP)Setelh berbincang dengan pihak NSTP mereka membeli suratkhabar dan dijual di maktab dengan mengambil sedikit komisyen. Suratkhabar yang tidak habis dijual pula untuk dikitarsemula.
Kemudian, beliau mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Australia. Memang seronok tapi macam biasa wang menjadi penghalang. Walaubagaimanapun, insan ini diberi kecekalan yang sangat tinggi. Pergilah beliau dengan duit biasiswa RM1200 pada waktu itu. Pada waktu itu, beliau tidak memiliki laptop. Beliau terpaksa meminjam pada orang lain. Kali pertama pinjam, masih senyum. Kali kedua sudah tidak senyum. Kali ketiga sudah masam muka sahabatnya. Pada waktu itu, tekadnya untuk mencari duit untuk membeli laptop. Duit biasiswanya dikirim RM300 setiap bulan pada ibunya di Malaysia.
Pada cuti semester, beliau diajak oleh kawan dari U lain untuk bekerja sebagai pemetik buah. Walaupun badannya agk kecil digagahi jua. Katanya, kerja ini lumayan juga gajinya. Setelah dikira-kira gaji selama beliau bekerja, beliau menjangkakan memang mampu untuk menanggung semester akan datang. JAdi, beliau kirimkan semua duit yang ada pada ibu di kampung.
Malangnya, disebabkan fizikal yang kecil berbanding kerja yang dilakukannya, memang tidak termampu lagi untuk teruskan kerja beliau. Akhirnya beliau berhenti kerja. Dalam tempoh seminggu bekerja beliau ada berjumpa dengan sahabat-sahabt dari Korea. Dari mereka tidak tahu berbahasa Inggeris, beliau ajar sehingga boleh berkomunikasi sedikit-sedikit dalam BAhasa Inggeris. Mereka bercerita bahawa mereka ingin melanjutkan pelajaran di Aiutralia tetapi duit tiada.Datang ke Australia juga tidak tahu apa-apa. Tapi sebabkan semangat yang tinggi untuk belajar mereka redah juga dan amat bernasib baik bertemu dengan sahabat saya. Sebelum sahabat saya berhenti kerja, beliau memberi alamat dan no telefon pada sahabat-sahabat Korea tadi. Niatnya, sekiranya mereka perlukan pertolongan beliau akan cuba bantu.
Selepas itu, beliau mencari kerja lain. Kali ini beliau mengambil upah mencuci rumah serta menggosok baju. Upahnya gak tinggi tapi sahabat-sahabatnya memandang rendah kepada beliau. Beliau tidak peduli asalkan rezekinya halal. NAk dijadikan cerita, sahabat-sahabt Korea beliau akhirnya tinggal bersama beliau di Australia dan dapat belajar di U di sana.Berbalik kepada kerja beliau tadi. LAma-lama beliau dapat mengumpul wang yang banyak hasil mencuci rumah dan menggosok baju. Sahabat-sahabat yang pada mulanya menghina beliau akhirnya datang kepada beliau untuk meminta bantuan kewangan. Kali ini beliau membuka 'francais' pula. Apabila mendapat baju-baju untuk digosok beliau akan agih pada 'downline-downline' beliau.
Suatu hari, beliau terfikir untuk mengajak ibunya datang ke Australia. Dikira-kira wang sudah mencukupi, maka diajak si ibu datang. Sungguh tidak disangka. Hasil kerja sampingannya untuk menampung kos hidup di Australia mampu membawa si ibu terbang ke Australia. Sampai di Australia, beliau membawa si ibu berjalan-jalan dan membeli buah tangan untu satu kampung. Bagi beliau, beliau banyak terhutang budi dengan orang kampung. Selama kehidupan beliau, beliau hanya menjadi insan penerima. Tapi kini beliau ingin menjadi insan yang memberi pula. Sebelum ini, laptop pun tak mampu beli. Tapi selepas itu, beliau mampu membeli 3 buah laptop dan komputer untuk diberi kepada adik-beradiknya.
Sehingga kini beliau masih memberi. Tidak henti memberi. Dipohon agar insan-insan yang menerima pemberiannya terimalah dengan ikhlas. Beliau pohon untuk beri peluang kepadanya menjadi insan yang memberi kerana dulu dia memang tidak berpeluang memberi.
Kini, beliau hanya membantu sahabat-sahabat yang ingin berniaga tapi beliau sudah tidak mahu berniaga. Baginya, cukuplah dunia beliau dulu penuh dengan dugaan untuk mencari duit dan berniaga.
Memang terharu saya dengar ceritanya. Sekadar ingin berkongsi sedikit cerita di pagi hari.