Wednesday, June 18, 2014

Mencuci Laman Bersawang

Assalamualaikum..

Lama benar rasanya tak menjengah blog kesayangan ini. Kalau nak menulis memang mudah. Saya sering menulis tentang fokus tapi adakalanya saya memang tidak berjaya untuk fokus. Alasan sahaja semua itu. Betul tak?
Tak apalah. Mungkin lepas ini saya mampu menaip lagi. Mencuci kembali blog yang penuh bersawang ini. InsyaAllah.
Baru-baru ini saya ada menyertai expo jualan di Besut. Alhamdulillah, satu peluang dan pengalaman yang menarik. Namun, yang lebih menarik adalah saya ditawarkan untuk berniaga di Bazar sepanjang Bulan Ramadhan. Memang satu peluang yang menarik tapi masih berfikir-fikir. Siang hari saya bekerja di Setiu tapi di sebelah malam perlu berniaga di Besut. Sebenarnya, fikir pon sudah mendatangkan lelah. Jauh juga nak berulang-alik.
Saja nak berkongsi. Hari saya ditawarkan peluang untuk berniaga sepanjang Ramadhan sebenarnya saya telah memohon doa supaya saya mampu membantu bapa saudara saya di kampung. Dengan gaji yang ada memang tak mampu untuk membantunya. Hasil expo yang tak seberapa dapatlah saya sumbangkan sedikit wang ringgit untuknya. Tapi tak selalu dapat membantu pun. Jadi saya berdoa untuk diberi jalan membantunya. Nak dijadikan cerita hari yang sama saya diberi peluang ini. Agak-agak adalah Tuhan sedang membantu saya menunaikan impian saya dengan cara ini?
Sekadar berkongsi tanpa sebarang niat. Harap-harap semuanya fikir positif sahaja ya bila membaca entri ini ya.:)
Rasanya cukup sekadar ini sahaja kali ini. InsyaAllah saya akan kongsi perkara-perkara yang lebih menarik lagi nanti.
Wassalam.