Tuesday, October 29, 2013

Demam Campak

Teks : Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Sudah lama benar saya tidak menulis di blog kesayangan saya ini. Macam-macam rintangan terpaksa saya hadapi ehinggalah ke hari ini dan Alhamdulillah pada hari ini dalam keadaan yang masih tidak sihat saya diberi kesempatan untuk menulis semula.
   Beberapa hari sebelum ini saya diserang demam panas dan sakit-sakit badan yang melampau. Waktu ini suami 'outstation' dan saya tinggal sebentar dengan ibu mertua di Besut. Saya hanya diamkan sahaja sakit saya sehingga satu malam lepas balik dari kerja saya menggigil di bawah selimut. Waktu itu badan saya memang panas tapi saya yang rasa sejuk sangat. Kepala dan badan sakit sangat macam kena pukul. Waktu itu saya ingat saya diserang demam denggi. Risau juga. Lepas telan panadol yang mertua bagi demam pun hilang. Badan pun sudah kurang sakit. Pada malam itu perasan ada satu bintik berisi air tumbuh di bahagian dada saya dan saya masih tidak terfikir tentang demam campak.
    Keesokan harinya saya mula perasan di telinga dan bahagian dada ada lagi beberapa ketul biji berisi air ini tumbuh pula. Saya nekad nak pergi klinik sebab kalau betul-betul demam campak saya kenalah dikuarantin dari anak-anak saya sebab demam campak ini adalah salah satu penyakit berjangkit yang sangat mudah merebak. Selepas pergi ke klinik Doktor masih tidak mendiagnos penyakit saya sebagai demam campak. Sekiranya biji-biji bertambah dia minta saya datang semula. Waktu itu, saya dibekalkan dengan ubat sapu(Calamine), paracetamol(demam) dan ubat untuk tahan gatal.
   Semalam pula biji-biji ini makin banyak, atas kepala, muka, badan, tangan dan paha. Saya ke klinik sekali lagi dan doktor mendiagnos penyakit saya sebagai Demam Campak dan telah bagi saya MC 7 hari mengikut prosedur. Ini hari kedua cuti sakit saya. Semalam saya langsung tak boleh bangun dan Alhamdulillah hari ini saya makin segar tetapi biji-biji ini semakin banyak. Selama saya demam dan sakit ini baru 2 kali saya makan ubat dari klinik dan selebihnya saya makan suplemen SHAKLEE. Alhamdulillah ada perubahan yang baik sehingga ke hari ini. Cuma sekarang nak tunggu biji-biji ini tumbuh habis dan sembuh sepenuhnya. Jadi saya bercadang nak kongsi dengan anda semua tentang Demam Campak pada hari ini. Semoga ia dapat menjadi panduan ketika anda atau anak-anak anda dijangkiti dengan penyakit ini.
Jom ke Entri seterusnya.

Salam kasih sayang...Nadia.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment