Friday, October 4, 2013

Matlamat Perniagaan

Teks: Nurnadia bt Md Jaini
Sumber : Urus Sendiri SOHO Anda oleh Mohd Zulfadli dan Malina J.

Bismillahirrahmanirrahim.
   Setiap perniagaan sama ada online mahupun offline, kita perlu tetapkan matlamat spesifik berkaitan dengan perniagaan yang kita ceburi. Dari buku yang saya baca ini terdapat satu formula mudah bagi menetapkan matlamat sesuatu perniagaan itu. Formula tersebut adalah seperti berikut :

 S-Specifik (Spesifik)
     MAtlamat sesebuah perniagaan perlulah spesifik. Contohnya, matlamat kita pada bulan Oktober ingin menjana keuntungan sebanyak RM500. Bulan Oktober dan RM500 adalah spesifik.

M- Measurable (Dapat diukur)
      Matlamat perlulah jelas dan tepat. Contohnya, RM500 yang ingin kita dapat itu adalah jumlah wang.

 A-Attainable (Mampu Dicapai)
      Matlamat yang ingin kita capai perlulah bersesuaian dengan kemampuan dan keadaan kita sekarang. Janganlah menetapkan matlamat yang tidak terjangkau akal. Contohnya, kita mahu pada Bulan Oktober keuntungan RM100000 sedangkan kita baru mulan berniaga pada bulan Oktober itu.

R- Realistic (Realistik)
      Maknanya kita mampu dan tidak mustahil untuk capai matlamat itu. Sama seperti di atas.

T- Time(Masa)
     Kita perlu tetapkan masa bagi kita capai matlamat perniagaan kita. Contohnya, kita menjangkakan dalam masa setahun kita mampu menjana keuntungan sehingga RM10000.


Dalam apa jua perniagaan kita perlu tetapkan matlamat terlebih dahulu. Ini berguna untuk kita lihat sejauh mana pencapaian kita dari masa ke semasa. Semoga sedikit perkongsian ini berguna buat anda semua.
Salam kasih sayang..Nadia
Wassalam.

No comments:

Post a Comment