Wednesday, October 9, 2013

Mudahnya bisnes online untuk si pemalu

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Bisnes online ini dikatakan lebih sesuai kepada individu yang pemalu. Saya ada seorang sahabat yang sangat pemalu, Kak Ida namanya. Kemahirannya adalah membuat kek dan biskut yang sedap. Kelemahannya, dia seorang yang sangat pemalu sehinggakan suatu hari dia membuat kek dan memberi kawan-kawan sepejabat menikmatinya. Salah seorang sahabat, Wadi bertanya siapa gerangan yang membuat kek tersebut kerana terlalu sedap dan dia ingin menempahnya. Kak Ida hanya berdiam diri dan tidak mengaku. Nasiblah Kak Yan memaklumkan bahawa kek itu dibuat oleh Kak Ida. Wadi pun menempah kek tersebut.
   Dalam keadaan ini, bisnes online (blog, FB) sangat memainkan peranan bagi mempromosikan produk Kak Ida tadi. Dia tidak perlu melihat muka pelanggan dan berinteraksi secara bersemuka dengan pelanggan. Jadi, tidak perlulah malu-malu nak berniaga. Urusan jual beli juga akan jadi lebih mudah. Jika dia masih berniaga dalam keadaan malu-malu susahlah untuk promosi produknya.
   Ada situasi di mana pelanggan menolak produk kita. Sekiranya ia berlaku secara bersemuka, rasanya memang semangat kita akan menurun terutama bagi yang baru menapak dalam dunia perniagaan. Dengan adanya sistem perniagaan secara online, masalah ini dapat diatasi. Contohnya, anda berbalas mesej dengan pelanggan melalui facebook. Pelanggan anda menolak produk anda. 'Saya tak berminat dengan produk yang awak jual. Harga terlalu mahal'. Sekiranya anda membaca mesej ini dengan bersahaja anda tak akan rasa seperti ditolak. Walaupun mungkin realitinya pelanggan menolak produk anda dengan kasar.
   Untungnya sekarang ada pelbagai medium berbisnes tanpa perlu bersua muka. Jadi, bagi peniaga yang pemalu mari sama-sama kita ambil peluang yang ada untuk memasarkan produk kita.

Salam kasih sayang..NAdia
Wassalam.
  

No comments:

Post a Comment