Tuesday, October 8, 2013

Power Pumping

Teks: Nurnadia Md Jaini
Sumber : Majalan Pa & Ma (Disember 2012)

Bismillahirrahmanirrahim.
   Saya merupakan seorang ibu yang bekerjaya. Apa yang merisaukan saya adalah apabila mula bekerja susu badan saya akan merudum. Tekanan di tempat kerja antara sebab susu saya mula merudum. Selain itu, masa yang terhad untuk mengamalkan pengepaman susu setiap 2-3 jam tidak dapat saya amalkan. Ini sangat membimbangkan saya kerana target saya ingin menyusukan anak kedua saya dengan sepenuhnya susu ibu sehingga sekurang-kurangnya 6 bulan. anak sulung saya tidak berpeluang mendapat susu badan saya sepenuhnya setelah saya mula masuk kerja.
   Saya mula mencari maklumat untuk menambahkan penghasilan susu badan. Terdapat satu teknik pengepaman yang boleh kita cuba amalkan bagi menambahkan penghasilan susu badan kita.
   Power pumping. Ia merupakan satu kaedah yang digunakan untuk menggalakkan pengeluaran susu badan. Caranya adalah dengan memperuntukkan masa 1 jam untuk mengepam susu. Jika boleh, kita perlu melakukan 'power pumping' ini seberapa kerap yang boleh tapi jika tidak ada masa sekali sehari sudah memadai.
   Walaubagaimanapun, anda jangan tertekan sekiranya pada mulanya susu hanya sedikit. Anda perlu konsisten mengepam sekurang-kurangnya seminggu hingga 2 minggu untuk mendapatkan kesan positif. Walaupun anda mungkin akan rasa agak leceh tapi ingatlah apa yang anda buat adalah untuk baby kesayangan anda yang inginkan susu dari ibunya. IsyaAllah anda akan lebih rajin.Waktu yang sesuai untuk mengepam adalah tengah malam. Sebelum memulakan teknik ini pastikan anda berada dalam keadaan selesa dan tenang.
   Terdapat 2 teknik untuk melakukan power pumping ini.:
  1. Pam tunggal - Pam payudara di sebelah kanan dahulu 10 minit. Kemudian teruskan dengan sebelah kiri selama 10 minit. Ulang langkah tersebut sehingga sejam.
  2. Pam berkembar - Pam payudara selama 10 minit. Kemudian rehat 10 minit. Sambung lagi dan ulang langkah ini sehingga sejam.
   Kita sebagai ibu hanya berusaha untuk buat yang terbaik dan hanya Allah SWT sahaja yang akan menntukan segalanya. Oleh sebab itu, sambil kita berusaha banyakkan juga berdoa untuk mampu menyusukan anak secara eksklusif sehingga sekurang-kurangnya untuk 6 bulan pertama.
Salam kasih sayang..Nadia
Wassalam.


No comments:

Post a Comment