Wednesday, October 9, 2013

Idola 1

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Cemburu betul hati melihat kejayaan seorang demi seorang sahabat dalam bidang perniagaan. Cemburu inilah menjadikan mereka adalah idola saya. Contoh tauladan saya dan berharap mampu mengikut jejak langkah mereka.
   Saya mengenali En. Kaparom dari pejabat saya. Semasa mula-mula saya bekerja di Setiu saya tidak pernah bertemu dengannya. Rupanya beliau mengambil cuti tanpa gaji dan menjalankan bisnes hartanah. Dalam organisasi pejabat beliau merupakan orang bawahan saya tapi hakikatnya dari segi kejayaan beliau berada jauh beribu batu dari saya.
   Orangnya memang peramah. Sebab itu saya tidak terlalu segan mencungkil kisah hidupnya sebelum beliau bergelar jutawan.'Jutawan Senyap'. Sebelum beliau bekerja dengan kerajaan(makan gaji) beliau hanya menjual air di tapak berdekatan dengan Pasaraya Econjaya di Jerteh, Terengganu. Melalui beliau, dengan hasil jualan beliau mampu memiliki sebuah kereta Proton Saga yang ketika itu dianggap mahal dan hanya mampu dimiliki oleh golongan yang berpendapatan tinggi.
   Tidak lama kemudian, beliau mendapat tawaran bekerja dengan kerajaan. Dengar memang gah namun ketika itu gaji yang diperolehi sangatlah sedikit berbanding ketika beliau menjaja dahulu. Kehidupannya menjadi agak susah ketika itu. Isterinya seorang guru. Ibu mertuanya nampak akan masalah yang melanda mereka sekeluarga. Mengikut beliau, insan yang sangat berjasa atas kejayaan beliau adalah ibu mertuanya.
   Ibu mertuanya menawarkan wang RM10000 untuk dijadikan modal apa-apa perniagaan untuknya. BEliau mengambil keputusan untuk berniaga emas. Beliau mengagihkan tugas menjaga bahagian akaun kepada isterinya memandangkan isterinya seorang guru Matematik. Tugas promosi pula digalas oleh beliau. Beliau menjual dari rumah ke rumah. Ketika itu harga emas tidak semahal sekarang tetapi tetap mendapat sambutan yang agak baik. Beliau menyediakan beg untuk mengisi emas dengan sempurna, membuat akaun dengan sempurna dan beberapa perkara asas untuk perniagaannya. Beberapa lama kemudian, beliau berjaya mendapat semula modal pertama yang dilaburkan.
   Setelah beberapa lama beliau menjalankan perniagaan emas, beliau mula merisik-risik tentang bisnes hartanah memandangkan beliau ada membeli sebidang tanah hasil perniagaan emasnya.(Saya kurang pasti berapa luas tanahnya) Katanya, tanahnya ketika itu berada di kawasan tinggi. Beliau sendiri yang membersihkan tanah beliau dengan tulang empat keratnya. Beliau selalu memberi inspirasi melalui tanah pertama yang dibeli beliau. Sekiranya semangat beliau turun, beliau akan pergi ke tanah beliau dan beliau akan tersenyum semula.
   Kemudian, beliau mula nampak tentang masa depan bisnes hartanah untuk jangka masa panjang. Beliau ada juga meminjam dengan jumlah yang banyak untuk mendapatkan tanah baru. Kemudian beliau akan jualkannya dengan harga yang lebih tinggi. Katanya, harga tanah tidak akan turun naik seperti harga emas. Harga tanah akan sentiasa naik selaras dengan pertambahan tahun demi tahun. Walaubagaimanapun, pelbagai kesusahan yang beliau hadapi untuk berjaya seperti hari ini. Tangan beliau pernah retak akibat terhentak kayu semasa membersihkan sendiri tanahnya. Ketika itu, beliau sudah memiliki 2 buah kereta yang mahal. Tapi, masih merendah diri.
   Kini, asetnya sudah berjuta-juta ringgit. Saya betul-betul kagum dengan semangat yang dimilikinya. Yang penting, jangan putus asa dan perlu ada perancangan yang baik dalam apa-apa perniagaan yang diceburi. Untuk berjaya seperti hari ini, beliau banyak berkorban masa, tenaga, wang ringgit dan sebagainya. Saya sangat hormat kepada peniaga yang berjaya tetapi sebelumnya seorang yang susah dan perlu mengharungi pelbagai cabaran untuk berjaya. Inilah peniaga yang sebenar bagi saya. Sukarnya untuk mencapai kejayaan seperti hari ini akan membuatkan mereka menghargai tiap satu usaha mereka.
   Mari kita sama-sama merancang langkah kita yang seterusnya. InsyaAllah.
Salam kasih sayang..NAdia
Wassalam.

No comments:

Post a Comment