Monday, October 7, 2013

Pemberian Manusia

Teks:Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Memberi itu lebih baik dari menerima. Sememangnya manusia dilahirkan suka dan senang jika diberikan sesuatu. Saya juga suka jika ada orang yang sanggup memeberikan wang ringgit atau kekayaan kepada saya. Saya juga yakin anda juga seperti saya. Tapi, pernah tak anda terfikir yang sebenarnya memberi itu adalah lebih indah dari menerima?
   Saya pernah membuat kajian sendiri tentang perasaan peribadi saya apabila saya menerima sesuatu dari orang lain dan perasaan saya apabila memberi kepada orang lain terutama orang yang susah. MasyaAllah. Memang berbeza sekali perasaan tersebut. Sukar digambarkan. Seharian saya akan tenang apabila saya ada memberi sesuatu kepada orang lain. Itulah sebenarnya nikmat yang digambarkan apabila kita memberi.
   Apabila kita memberi kadangkala kita ikhlas dan kadangkala kita berbelah bahagi. Saya juga pernah rasa perasaan berbelah bahagi untuk memberi terutama memberi wang pada peminta sedekah yang saya lihat sihat tubuh badannya. Entah mengapa setiap kali memberi pada golongan ini hati rasa tidak tenang. Iman saya masih goyah rasanya. Susahnya untuk ikhlas jika beradapan dengan keadaan sedemikian. Moga saya mampu berubah. Harta di dunia ini milik Allah SWT. Sepatutnya saya tak perlulah nak berfikiran begitu kerana apa yang saya ada ini pun bukan milik saya. Allah SWT bagi pinjam sahaja. Astaghfirullah.
   Ikhlas itu digambarkan seprerti seekor semut kecil yang bewarna hitam yang berada di atas seketul batu yang hitam di dalam sebuah bilik yang gelap. Hanya Allah SWT yang dapat tentukan keikhlasan seseorang. Ada juga yang mengatakan sekiranya kita menyebut kebaikan/pemberian yang kita lakukan bermakna kita sebenarnya tidak ikhlas. Tanamkan dalam hati selepas ini setiap pemberia kita biarlah antara kita dan Tuhan sahaja.

Salam kasih sayang..Nadia
Wassalam.
  

No comments:

Post a Comment