Monday, September 30, 2013

Energizing Soy Protein(ESP) dari SHAKLEE

Bismillahirrahmanirrahim.

Anda pernah dengar tenang SHAKLEE. Saya ramalkan anda lebih dahulu kenal SHAKLEE berbanding saya keran SHAKLEE ini telah lama berada dalam pasaran iaitu lebih 50 tahun lagi.
  Berbalik kepada ESP dari SHAKLEE. ESP ini merupakan salah satu produk SHAKLEE berasaskan soya.

Sedikit perkongsian tentang kelebihan ESP ini untuk tatapan anda. ESP ini baik untuk kesihatan jantung dengan kedairan protein dari kacang soya. Protein dalam ESP ini juga membantu membaiki serta membina sel-sel badan kita. Ia juga mampu menyokong tulang supaya menjadi lebih kuat. Disebakan indeks glisemik dalam ESP adalah rendah ia mampu mengekalkan paras gula dalam darah. Sebab itu, ia sesuai  untuk pesakit diabetis. Kandungan asid amino dalamnya mampu menjadikan anda awet muda.
Saya mula mengambilnya untuk menambahkan susu badan. Alhamdulillah, ia dapat membantu mengatasi masalah kurang susu badan dengan izin Allah SWT. Juga diambil bersama beberapa produl lain untk pertambahan susu ibu.
Perkongsian ini bukan sahaja untuk tujuan promosi tetapi juga untuk memberi anda maklumat sedikit sebnyak tentang kelebihannya dalm menyelesaikan masalah anda. Oh ya. Bonus jika anda mengambil ESP untuk kulit atau tambah susu badan tetapi berjaya menurunkan berat badan.

                                          Credit to Atikah

Ini contoh testimoni penggunaan ESP ya. TApi beliau memang target nak kurus dan beliau berjaya.
Ok.Jika ada apa-apa yang anda nak tahu boleh pm saya di  FB:Jom Sihat atau Whatsapp/SMS di 0134093111.'SIHAT BERBALOI-BALOI DENGAN SHAKLEE'

Salam Kasih sayang..NAdia
Wassalam

Tak nak tertipu lagi..

Teks : Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim..

   2 tahun lalu merupakan titik permulaan saya mula berkenal-kenalan dengan dunia perniagaan. Pelbagai cabang perniagaan saya cuba. Dalam banyak-banyak percubaan ada satu perniagaan ini yang meninggalkan kenangan pahit kepada saya dan suami.
   Sebelum terlibat dengan perniagaan itu, saya dan suami pernah membaca mengenainya dalam sebuah majalah. Perniagaan ini merupakan perniagaan MLM. Waktu itu sekadar baca dan rasa minat tapi tak terlalu teruja nak turut serta dalam perniagaan tersebut. Saya namakannya perniagaan B sahaja.
   Selepas beberapa bulan, suami saya membawa pulang flyer mengenai perniagaan B yang diberi oleh sahabatnya. Sahabatnya turut menyertainya dan telah mendapat pulangan modal. Tergugat juga iman bila dengar cerita sahabat suami. Dia juga mengajak kami untuk pergi ke perjumpaan bersama Pengurus B. Puas berfikir kami pun setuju.
   Hari yang dinantikan telah tiba. Kami dengan penuh semangat berkobar-kobar ingin mendengar tentang perniagaan tersebut dengan lebih terperinci. Melihat kepada personaliti pengurus itu, memang telan air liur saya. Dengar pula cerita-cerita kejayaannya makin percayalah saya dan suami untuk mengikut jejak langkahnya.
   Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk penerangan lebih terperinci dan pendaftaran. Dek termakan pujuk dengan kejayaan anak-anak buahnya, dengan keramahannya dan anak-anak buahnya saya dan suami bersetuju memilih pakej paling mahal yang bermodalkan RM3k lebih. Waktu itu pelbagai janji manis diberi. Dengan semangat yang menggunung tinggi saya dan suami berazam nak buat yang terbaik. Tapi terpaksa tunggu flyers yang dijanjikan dalam tempoh seminggu. Flyers itu bernilai RM50 ya. Bukan percuma.
   Seminggu berlalu. Dua minggu berlalu. Sebulan berlalu. Flyers yang dijanjikan tidak kunjung tiba. Semangat pula makin luntur. Tiada pula berita dari 'cikgu-cikgu' yang mengambil nombor telefon kami dan berjanji akan hubungi kami dan sentiasa pantau kami. Waktu itu sudah mula rasa tertipu. Hampir 3 bulan barulah flyers yang ditunggu tiba. Semangat kami telah tiada tapi sebab pelaburan kami terlalu tinggi kami cuba juga mengedarkan flyers yang diberi. Namun, tiada perkabaran langsung dari pelanggan mahupun cikgu-cikgu kami.
   Kami rasa sungguh tertipu. Kami rasa dianiaya. Tapi apakan daya kami yang bersetuju menyertainya. Bukan salah orang lain. Tapi perkara ini memang cukup menjadi  pengajaran paling bermakna buat kami berdua. Perniagaan B pula makin tidak kedengaran. Dalam Majalah W juga tiada lagi iklan tentang Perniagaan B.
   Alhamdulillah. Keputusan kami membuka perniagaan pakaian baby dan kana-kanak merupakan keputusan yang betul.

Salam kasih sayang...NAdia
Wassalam
  

Semut dan Kuda

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Pernah dengar tak kisah tentang semut dan kuda? Mungkin ada dan mungkin tiada. Ataupun ada yang ingat-ingat lupa? Hehe.
   Cerita saya mungkin tidak selengkap cerita asalnya. Cuma niat di hati nak kongsi sedikit pengajaran dari cerita ini sahaja.
   Suatu hari ada seekor kuda kelihatannya sedang berehat dibawah sepohon pokok. Atas badannya terdapat barang yang tidaklah sebesar mana. Mungkin baru sahaja dapat berehat setelah lama berjalan dan mengangkut barang tuannya.
   Sambil berehat kuda ternampak semut berhampirannya membawa barang/ makanan yang lebih besar dari tubuhnya. Semut pula menyanyi-nyanyi dengan riangnya. 'Inilah barisan kita....' Kuda mula berasa pelik dengan semut yang dianggapnya kuat dan juga pelik. Manakan tak pelik, sudahlah membawa muatan/makanan yang lebih besar dari badannya boleh pula die menyanyi-nyanyi riang. Sedangkan dia yang hanya membawa barang yang lebih kecil darinya asyik mengeluh sepanjang perjalanan.
   " Hai semut yang pelik. Kenapa kau riang sangat sambil angkat barang yang lebih besar dari badan kau? tak beratkah?" Kuda ramah sahaja menyapa sang semut. " Hai Cik Kuda barang/ makanan saya ni sudah tentulah berat tapi berat-berat pun barang/makanan ini adalah untuk saya juga. Kenapa pula engkau macam tidak gembira sahaja?" Kuda menjawab, " Aku penat membawa barang di atas badanku ini." Dengan pantas semut membalas." Memangla Cik Kuda tak gembira. Barang yang Cik Kuda angkat itu bukan milik Cik Kuda. Cik Kuda terpaksa penat bekerja buat tuanmu untuk mendapatkan habuanmu manakala saya pula gembira bekerja keras untuk diri saya sendiri."
    Dapat tak anda baca pengajaran dari kisah ini? Maaflah saya ada menokok tambah sedikit dari cerita asalnya cuma pengajarannya masih sama. Kuda bekerja untuk tuannya. Walaupun barang yang dibawanya lebih kecil dan ringan dari tubuhnya tapi dia merasa bebannya terlalu berat sebab apa yang ditanggungnya bukan haknya tetapi tuannya. Manakala sang semut pula gembira walaupun terpaksa mengangkat barang yang lebih besar dari tubuhnya kerana beratnya barang itu sudah tentu hasil itu adalah miliknya sendiri.
   Semoga anda memahami cerita dan pengajaran cerita ini.

Salam kasih sayang..Nadia
Wassalam.

Insaf

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Siapalah yang inginkan kehidupan yang susah. Bukan sahaja susah wang ringgit tapi juga susah terpaksa membawa kuman itu kehulu kehilir hingga akhir hayatnya. Sudahlah dibuang keluarga yang mengalir darah yang sama, orang kampung juga turut menyisihkannya.
   Memanglah salah dia di kala mudanya terlalu ikutkan perasaan dan nafsu. Ingin berseronok. Hasil kerja kampungnya dapatlah dia membeli sedikit habuan buat dirinya puas beberapa ketika. Pergi ke dunia lain. Pada waktu itu, tiada siapa yang benar-benar pedulikan tingkahlakunya. Baginya pula keseronokan seketika itulah yang mampu menggembirakan hatinya selama-lamanya.
   Lain pula yang diharap lain pula yang diterima. Badan mula sakit-sakit. Batuk pun menjadi-jadi. Pantang ada orang sekeliling yang batuk atau selsema dia pula yang kena lebih-lebih. Akhirnya, terpaksa dia bermalam di hospital setelah lama menanggung sakit yang tidak surut-surut.
   Beberapa hari di hospital macam-macam pemeriksaan yang dibuat. Darahnya turut diambil. Begitu juga kahaknya. Ya. Positif. Lemah longlai tubuhnya. Terdiam seribu bahasa. Terlupa seketika sakit-sakit yang sebelum ini. Laju sahaja berputar di kepala sakit yang bakal diterima kelak. Teringat juga sahabat-sahabat handai yang sama-sama 'berjuang' dahulunya ada yang sudah mengadap Ilahi kerana kuman yang sama dengannya.
   Keluar dari wad, cuba untuk memulakan hidup baru. Mengikut kata Doktor ada rawatan untuk melemahkan kuman tapi bukan untuk menghapuskan terus kuman dalam badannya. Disiplin yang tinggi amat diperlukan sepaanjang rawatan. Mula mencari tikar sembahyang. Mula meneganal laluan ke masjid. Mula mencari pisau untuk kembali menoreh getah.
   Janji Tuhan pasti akan tetap ditunai. Cuma masanya sahaja hanya Dia yang tahu. Rupanya malam itulah malam terakhirnya. Pagi itu jasadnya sudah bernyawa lagi. Innalillah.
   Sekurang-kurangnya sebelum dia pergi mengadap Ilahi dia sudah sedar silapnya dan sudah berubah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Salam kasih sayang.. Nadia
Wassalam.

Imej Peniaga Yang Baik..

Teks: Nurnadia Md Jaini
Sumber : Seni Bisnes Terhebat Tao Zhugong

Bismillahirrahmanirrahim.
  Hari ini saya ingin kongsi apa yang saya pelajari lagi dari dalam buku yang cukup menarik ini.
  Dalam urusan jual beli tidak kira sama ada online atau offline imej amat penting untuk kita ambil perhatian. Imej ini bukan sahaja tertumpu kepada peniaga sahaja. Jika anda berniaga secara offline, suasana atau persekitaran kedai atau pejabat anda adalah imej luaran kepada perniagaan anda. Jika anda berniaga secara online pula, blog atau facebook atau medium lain perniagaan anda merupakan imej kepada perniagaan anda. Jadi, perkara-perkara berkaitan dengan imej perlu dititikberatkan.
   Sekiranya pelanggan mengunjungi kedai anda yang kotor dan bersepah, semestinya pelanggan akan rasa rimas dan tidak selesa. Sama juga jika pelanggan mengunjungi blog anda yang terlalu sarat, pelanggan akan rasa kurang selesa.
   Ruang bagi sebarang jenis perniagaan perlulah dipersembahkan dengan sekemas dan sebersih yang boleh. Bak kata orang, pejabat yang kemas melambangkan pemikiran yang teratur. Persekitaran yang bersih dan kemas juga bukan sahaja mampu menarik perhatian pelanggan malahan kita sebagai peniaga juga lebih mudah menguruskan perniagaan kita. Semuana teratur dan ada sistem yang memudahkan kita sendiri.
   Bagi perniagaan yang memerlukan simpanan stok, sangat sesuailah jika mewujudkan satu sistem kemasukan serta pengeluaran stok. Ini bagi memudahkan kita engenalpasti stok yang masih ada dan stok yang sudah tiada. Contohnya, ada pelanggan yang bertanya tentang saiz M baju kurung X. Dengan mewujudkan sistem pengurusan stok anda tidak perlu memunggah semua baju kurung yang ada. Anda hanya perlu melihat sistem yang anda wujudkan untuk mengenalpasti stok yang diminta pelanggan. Jadi, anda dapat memberi maklumbalas dengan segera tanpa pelanggan perlu menunggu lama.
   Semoga perkongsian yang tidak seberapa ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat pada anda.

Salam kasih sayang..Nadia
Wassalam.

Masa...oh masa.

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Sudah 5 hari saya tidak dapat meneruskan tugasan saya di sini. Pukul 3 petang tadi saya baru tiba dari Negeri Sembilan. Saya pergi mengikut rombongan pengantin sepupu suami saya. JAdi, terpaksa mengambil cuti selama 2 hari. Cuti-cuti pun kepala saya ligat fikir tentang kerja. Manakan tidak, hari Sabtu ini saya akan menganjurkan satu program berkaitan dengan kesedaran dadah serta HIV bersama-sama NGO dan AADK Daerah Setiu. Cuti ni dah lama saya mohon tapi tarikh program baru sahaja ditetapkan hari Khamis lepas. Esok mula kerja dan esok mula la hari yang sangat sibuk buat saya.
   Perjalanan yang jauh beberapa hari lepas saya jadikan terapi kepada saya untuk menghilangkan tekanan. Baru 2 minggu saya masuk bekerja selepas cuti bersalin, macam-macam benda yang perlu saya selesaikan. Masa 8 pagi hingga 5 petang rasa cukup singkat buat saya. Dari sini saya mula fikir tentang pentingnya pengurusan masa.
   Seperti yang disarankan oleh Kak Masayu Ahmad, kita perlu sediakan buku catatan untuk kita catat aktiviti seharian kita seperti diari. Bagi saya, catatan itu bukan sahaja tertumpu kepada perkara yang telah kita lalui tetapi juga apa yang kita nak buat pada hari tersebut. Ini dapat memebantu kita menguruskan jadual harian kita dengan lebih fleksibal. Lebih-lebih lagi individu seperti saya yang mempunyai 2 fasa kehidupan iaitu fasa bekerja di pejabat dan fasa bekerja di rumah.
   MASA ITU EMAS. Jadi, hargailah masa yang ada. Jangan sampai kita tak mampu nak mengejar masa yang bergerak laju ke hadapan.

Salam kasih sayang...NAdia.
Wassalam.

Wednesday, September 25, 2013

Perjalanan Hari Ini- 25 September 2013

Teks : Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
  Sebaik bangun tidur saya menyusukan Zara dahulu. Selepas Zara terlelap semula saya bingkas bangun untuk mula memasak. Biasanya saya cuma masak sedikit untuk Adam sahaja. Saya masak nasi dan lauk tengah hari dan petang serta sedikit sarapan untuk Adam. Adam gemar makan nasi berkuahkan masak lemak. Laju sikit Adam makan.
   Selepas selesai masak saya mula siapkan beg Adam dan Zara untuk dihantar ke pengasuh. Kemudian saya mula menyiapkan diri untuk ke pejabat. Saya dan suami jarang bersarapan di rumah kerana tak sempat. Jadi, kami hanya bersarapan di luar.
   Di pejabat, saya mula buat prsediaan untuk pergi mesyuarat. Banyak juga agenda dan tugasan yang perlu saya selesaikan. Tamat sahaja mesyuarat mula menyelesaikan tugasan yang perlu tindakan segera.
  Pukul 1 cepat-cepat balik rumah sebab nak masak lagi. Kadang-kadang seronok memasak. Macam terapi kepada tekanan di pejabat. Satu lagi kejar masa sebab nak siapkan tugasan kelas online ni lah. Saya kena kejar masa kalau tak kejar masa akan tinggalkan saya. Saya tak nak ketinggalan. Saya nak berada seiring dengan kawan-kawan kelas saya juga.(Bolehkan?)
  Oklah. Sekarang masa saya bersiap-siap nak ke pejabat semula. Semoga saya lebih bermotivasi nak buat tugasan yang menggunung ini.

Salam kasih sayang..Nadia
Wassalam.

Murah Rezeki Kak Yah

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya saya masih lagi mampu menaip satu lagi entri untuk tatapan bersama.
   Semalam saya ditugaskan untuk menjalankan siasatan satu kes penyakit berjangkit di sebuah kampung, Kampung BP. Saya pergi bersama beberapa orang sahabat. Sementara menunggu saya menyiasat kes tersebut, sahabat saya duduk jauh sedikit dari rumah kes tersebut.
   Kelihatan seorang wanita menunggang motosikal seperti mencari seseorang. Wanita tersebut datang menghampiri sahabat saya. Rupanya, wanita tersebut mencari orang untuk diberikan buah rambutan yang ada banyak di kebunnya. Subhanallah.
  Sahabat saya pergi ke rumahnya tidak jauh dari rumah yang saya kunjungi itu. Di belakang rumah wanita tersebut ada terlalu banyak pokok rambutan, berekar-ekar. Ada rambutan kuning dan merah.(Saya pun tak arif tentang jenis rambutan ni.)
  Wanita itu juga menyediakan 2 guni untuk memuatkan rambutan yang ada.'Ambillah banyak-banyak rambutan ni. Membazir kalau tak ada sape nak makan. Kalau nak panggil orang lain pun panggillah. Tak habis Kak Yah berdua nak habiskan.'Allahuakbar. Jarang rasanya saya nak jumpa orang sebaiknya. Pusing keliling kampung semata-mata nak cari orang untuk ambil buah rambutan di rumahnya.
   Selepas mengambil rambutan sebanyak 2 guni itu wanita tersebut tersenyum.'Lega Kak Yah dah susut rambutan ni.' Saya turut tersenyum tapi bukan sebab dapat rambutan tapi bersyukur dapat jumpa orang sebaik Kak Yah. Sambil jalan terhencut-hencut, dia tunduk mengutip rambutan-rambutan di atas tanah.
  Selesai semuanya kami letak 2 guni buah dalam kereta. Niat di hati nak agih-agihkan di pejabat rezeki ni. Moga berpanjangan rezeki dan pahala Kak Yah. Sempat pula Kak Yah beri lagi 2 sikat Pisang Nangka.(Nama pisang ini pun saya tanya pada Kak Yah. Harapkan saya memang saya tak kenal).Allah. Betapa tersentuh hati saya semalam terbawa-bawa ke hari ini. Saya berharap saya juga mampu mencontohi Kak Yah.

Memberi itu lebih baik dari menerima.
Salam kasih sayang..Nadia

Wassalam.

Tuesday, September 24, 2013

Beri Khidmat Pelanggan Yang Baik

Teks: Nurnadia Md Jaini
Sumber:Seni Bisnes Terhebat Tao Zhugong

Bismillahirrahmanirrahim.
   Apabila berbicara tentang pelanggan, kita perlu tahu siapa pelanggan kita dan apa hak yang ada sebagai seorang pelanggan.
   1) Pelanggan Sentiasa Betul
       Sekiranya pelanggan tidak puas hati dengan perkhidmatan yang kita telah beri cuba untuk terima sebagai satu teguran dan cuba untuk perbaiki kelemahan perkhidmatan kita. Cuba sedaya upaya untuk memuaskan hati pelanggan kita. Contohnya, jika barang yang kita pos rosak disebabkan kecuaian kita, janganlah malu untuk meminta maaf.
   2) Jawab Pertanyaan dengan Segera
        Sekiranya pelanggan bertanya soalan tentang produk kita, cubalah untuk menjawab dengan secepat yang mungkin. Jika kita tidak tahu segeralah tanya kepada yang lebih pakar bagi mengelakkan pelanggan hilang kepercayaan kepada kita.
   3) Kenali pelanggan
        Cuba untuk kenal pelanggan kita lebih rapat. Tahu tentang nama samarannya, kesukaannya atau apa yang tidak disukainya.
   4) Setia Kepada Pelanggan kita
        Kita jangalah berat sebelah dengan pelanggan-pelanggan kita. Kita janganlah mengabaikan pelanggan lama kita dan hanya menarik pelanggan baru. Hargai pelanggan lama kita seperti memberi kupon pembelian atau diskaun pembelian kerana mereka masih membeli dengan kita.

Mari kit kaji siapa pelanggan kita dan kita amalkan apa yang sepatutnya kita buat untuk memikat hati pelanggan kita.

Salam kasih sayang..NAdia
Wassalam.

Jasa Sebuah Kereta

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Semalam suami sudah 'booking' untuk servis kereta saya yang lebih kurang setahun 2 bulan saya menggunakannya. Walaupun baru setahun lebih kereta ini berkhidmat dengan saya tapi rase macam sudah bertahun-tahun lamanya. Manakan tidak pekerja tempat saya servis kereta tu pun terkejut dengan jumlah kilometer kereta saya. 50 ribu lebih sudah kereta ni bergerak. ' Kereta ni jalan jauh ke bang? Baru setahun lebih dah sampai 50 ribu lebih kilometer.' Jawapannya ye la.
   Saya dan suami masing-masing mempunyai kereta sendiri atas urusan kerja. Sebelum ini saya cuma pakai kereta yang kecil sahaja. Muatla untuk saya seorang masa bujang dahulu. Tapi saya beli kereta baru selepas lebih kurang 2 tahun menggunakan kereta yang lama. Bukan sebab dah bekeluarga tapi semua sebab perniagaan.
   Selepas setahun berniaga, perniagaan makin maju.Barang-barang juga makin bertambah. Dari pembelian stok melalui online sehingga saya sendiri mendapatkan stok dari pembekal di ibu negara. Buat pengetahuan semua, untuk pergi berniaga saya dan suami hanya menggunakan kereta suami atau kereta saya. Tapi selalunya kereta suamilah yang jadi mangsa. Habis calar-calar terkena besi khemah.
   Akhirnya, saya ambil keputusan untuk membeli kereta yang besar sedikit tapi yang mampu dibayar dengan hasil perniagaan dan gaji saya sendiri. Saya pun memilih Perodua Alza untuk menggantikan kereta lama saya. Dengan kereta inilah saya berulang alik ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan stok setiap bulan. Tambahan pula saya tinggal nun jauh di Perak. Kereta saya inilah yang digunakan untuk bawa kami sekeluarga. Lebih selesa untuka anak-anak dan lebih banyak barang boleh dimuatkan.
  Sebab itulah walaupun baru setahun lebih guna kereta ni kilometer menunjukkan bagai bertahun-tahun sudah kereta ni digunakan. Alhamdulillah, kereta kesayangan ni tak pernah meragam lagi walau terpaksa 'bekerja keras'.
   Terima kasih keretaku.
Salam kasih sayang...Nadia.

Wassalam.

                                               Gambar Hiasan

Who Loves You?

Teks : Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Rindu rasa hati teringat mak dan ayah kat Perak nun jauh di sana. 8jam perjalanan baru boleh jumpa mak dan ayah. Dulu, saya hanya anak manja mak dan ayah. Semua benda mesti perlukan mak dan ayah. Tapi sekarang, keadaan telah berubah. Situasi sudah berbeza. Saya bukan sahaja anak mak dan ayah, saya juga isteri kepada Saifudin dan umi kepada Adam dan Zara.
     Kalau dulu saya yang mengaharapkan segalanya dari mak dan ayah tapi kini saya yang perlu sediakan segalanya untuk Adam dan Zara. Sungguh cepat masa berlalu. Sekarang saya pula yang menggalas tanggungjawab mak. Baru saya tahu betapa seorang ibu itu nak buat yang terbaik buat anak-anaknya. Terima kasih mak atas segala yang mak beri dan korbankan untuk anak mak ni. Sekarang giliran saya pula menunaikan tanggungjawab saya kepada anak-anak saya. Jasa mak dan ayah takkan sekali-kali saya lupakan.
   Disebabkan nak buat yang terbaik untuk anak-anaklah, saya memilih untuk berniaga. Betapa besarnya pengaruh kasih sayang tu dalam kehidupan kita sebenarnya.  Saya tak akan sia-siakan anugerah dan amanah Allah SWT ini. Moga Tuhan kuatkan saya setiap hari untuk meneruskan hari-hari yang penuh dugaan ini. Semuanya demi insan tersayang.
   Saya kirimkan doa buat mak dan ayah di kala rindu datang bertandang.
   Bismillahirrahmanirrahim..Ya Allah..Engkau Ampunila dosa kedua ibubapaku(Maryani bt Yahya dan Md Jaini bin Raziman).Engkau masukkanlah mereka ke dalam syurgamu. Engkau mudahkanlah hidup mereka di dunia dan akhirat. Tempatkanlah kedua ibubapaku di kalangan orang-ornag yang soleh.Amin
  Jom jadi anak solehah.
 Salam kasih sayang..NAdia.
Wassalam.


  

Rancang Perniagaan Online Anda

Teks: Nurnadia Md Jaini
Sumber Rujukan: Buku Rumahku Ofisku(Mazneera Zainal)

Bismillahirrahmanirrahim.
   Sebelum mengambil keputusan untuk membuat bisne(online dan offline) saya banyak membuat rujukan pelbagai sumber rujukan. Contonya buku-buku, ebook dan juga artikel-artikel di internet. Tidak lupa juga di blog naufalsayang.blogspot.com.
   Sebelum mulakan apa-apa perniagaan sama ada online mahupun offline kita perlu membuat perancangan yang rapi dan teratur supaya apa yang kita usahakan tidak berhenti di tengah jalan.
  Dalam buku Rumahku Ofisku, terdapat tiga perkara yang perlu difikirkan sebelum sesebuah perniagaan boleh dimulakan.
   Pertama, kita perlu fikir sama ada perniagaan kita melibatkan produk untuk dijua atau perkhidmatan yang nak kita berikan. Saya ambil contoh diri saya sendiri. Saya meminati pakaian baby yang comel-comel. Saya ingin menjalankan perniagaan berkaitan pakaian baby. Jadi,pakaian baby merupakan produk yang saya nak jual. Sekiranya saya ada kemahiran menjahit saya nak buat perniagaan perkhidmatan jahitan pakaian baby. Ini bermakna saya tidak perlukan produk untuk saya niagakan.
   Kita juga perlu lihat kepada permintaan sesuatu produk atau perkhidmatan sebelum memulakan perniagaan. Kita tidak boleh mengikut apa yang kita suka sahaja tanpa memikirkan permintaan semasa. Prospek kita juga perlu kita kaji sebelum mula mempromosi. Contohnya, dalam senarai sahabat kita dalam facebook majoritinya adalah wanita. Disebabkan minat kita dalam permainan bola kita jual bola atau jersey bola. Sudah tentu susah kita nak dapat jualan sebab wanita lebih cenderung kepada pakaian, tudung atau beg tangan.
  Perkara kedua yang kita perlu fikir adalah sumber untuk mendapatkan bekalan. Sudah semestinya kita perlu mencari pemborong yang boleh memberi harga yang paling rendah supaya kita boleh mendapat keuntungan yang berpatutan. Sekiranya anda memilih untuk menyediakan perkhidmatan, anda juga memerlukan pembekal untuk perniagaan anda. Contonhya anda menyediakan perkhidmatan urutan. Sudah tentu anda memerlukan minyak, kain dan sebagainya. Anda juga dinasihatkan untuk cuba berurusan dengan beberapa pembekal supaya anda dapat membandingkan harga dan membuat pilihan yang terbaik untuk perniagaan anda.
   Yang ketiga pula, anda perlu juga mengenalpasti siapa pesaing anda. Mengapa perlu kita kenalpasti pesaing kita? Sudah tentu sebelum kita memilih produk apa yang hendak diniagakan kita perlu tahu berapa ramai lagi pesaing yang menjual barang yang sama dengan anda. Contohnya, terdapat 10 orang yang menjual baju kurung dari jenama yang sama dengan anda. Harga pun sudah tentu tidak jauh berbeza. Jadi, sebagai langkah persaingan yang bijak anda tidak perlu menurunkan harga untuk memancing pembeli tetapi anda boleh membuat sedikit kelainan dari 10 orang pesaing anda. Contohnya, 'dengan pembelian 2 pasang baju kurung anda layak menerima sehelai tudung percuma dari pihak kami'.
   Selepas kita sudah tetapkan perniagaan apa yang hendak dijalankan, jangan lupa pula fikir strategi nak promosi pulaperniagaan kita. Ini sekadar perkongsian dari saya. Semoga kita sama-sama dapat praktikkan dalam perniagaan kita. Sekiranya ada kesilapan harap dimaafkan.

 Salam kasih sayang...Nadia
Wassalam.

Monday, September 23, 2013

Perlukah Pengalaman Sebelum Mula Bisnes?

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahanirrahim.
   'Boleh berniaga ke aku ni? Aku tak ada pengalaman. Keluar modal banyak-banyak, akhirnya rugi sendiri. Lebih baik aku kerja makan gaji je. Komfem hujung bulan gaji dah ada.' Pernah tak anda fikir macam saya pernah fikir ni? Saya yakin ramai di antara kita yang fikir seperti ini. Tiada pengalaman macam mana nak mula.
   Hasil pembacaan dari buku Nota Jutawan Nota Motivasi, Irfan Khairi ada menerangkan tentang pengalaman untuk berjaya. Menurutnya, sekiranya seseorang itu tidak mempunyai pengalaman, seseorang itu akan mencuba benda-benda baru. Kekurangan pengalaman inilah yang mendorong seseorang untuk mencuba sesuatu di luar kotak pemikirannya.
   Pesanan beliau juga, jika ada individu yang mengkritik apa yang kita lakukan walaupun kurang pengalaman, jawablah 'Bill Gates, Micheal Dell dan beliau juga memulakan perniagaan tanpa pengalaman.' Lihatlah mereka sekarang.
   Jadi, jangan jadikan tiada pengalaman sebagai alasan untuk anda masih berada di zon selesa anda dan saya juga.

Salam kasih sayang...Nadia
Wassalam.

Pengalaman Yang Tak Mungkin Dilupakan

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirahmanirrahim..
   Sekarang menunjukkan pukul 10.11 malam. Adam dan Zara sudah enak dibuai mimpi. Baru umi boleh sambung semula tugasan umi.
   Tahun 2011merupakan permulaan kepada perjuangan umi dalam perniagaan pakaian bayi dan kanak-kanak ni. Masih segar lagi dalam ingatan umi pertama kali membuat keputusan yang telah merubah sedikit sebanyak kehidupan umi. Bermula dengan menjenguk blog-blog yang menjual pakaian baby akhirnya terlintas di fikiran ingin mengikut jejak langkah mereka dengan menjadi usahawan pakaian baby juga.
   Sebenarnya, umi tidak mahir dengan komputer. Jadi, umi ambil keputusan untuk berniaga di pasar minggu sahaja. Umi mula mencari pemborong pakaian baby di internet. Akhirnya, umi telah terjumpa pemborong yang memberi harga borong yang lebih rendah. Takut juga kalau ditipu sebab waktu itu sudah mula dengar berita tentang penipuan di alam siber ni. Lagipun itulah kali pertama umi membeli secara online. Tapi umi sentiasa doa dan tawakal supaya barang yang umi pesan sampai dengan selamat.
  Alhamdulillah. Barang yang dipesan tiba juga dan umi berpuas hati dengan barang yang diterima. Modal ketika itu hanya RM1500. Dengan RM1500 itulah juga untuk beli besi, khemah, penyangkut baju, plastik dan pakaian baby.  Banyak mana sahaja pakaian yang umi boleh beli dengan modal sebnayak itu.
  Hari yang ditunggu telah tiba. Semua barang dimuatkan dalam kereta Persona abah sahaja. Barang tak banyak memanglah muat.(Tersenyum) Waktu tu Adam masih kecil. Mungkin dalam 5 atau 6 bulan. Masih menyusu badan lagi. Umi bawa juga pergi berniaga. Sampai sahaja di tapak pasar minggu, umi dan abah mula bertolak-tolak untuk tanya tapak yang kosong untuk berniaga. Malu masih menebal lagi. Umi lah yang paksa abah temankan umi berniaga.(Tersenyum lagi)
   Akhirnya dapatlah satu tapak untuk umi mula berniaga. Selepas dapat tapak umi dan abah pun mula la pasang khemah. Adam umi tinggalkan sebentar dalam kereta. Masa tu malu juga sebab khemah yang ada cuma khemah yang paling murah. Besinya perlu disambung-sambung dan sangat ringan dan lembut. Kecil sahaja.Padanla dengan barang yang tak seberapa. Kalau hujan atau angin kuat mulalah risau. Khemah bergoyang nak diterbangkan angin.(Rasa nak menitis air mata umi bila teringat)
   Tapi Alhamdulillah. Pengalaman susah itu sendiri mengajar umi untuk terus berdikari dan tidak berputus asa. Dengan mengambil kelas ini juga umi sedang mencabar diri umi untuk berjaya. Walaupun umi masih berniaga di tapak pasar minggu (Khemah yang lebih besar dan kukuh) tapi umi rase umi perlu belajar berniaga secara online juga dengan cara yang betul kerana pada masa akan datang tak mustahil perniagaan lebih tertumpu kepada pernigaan online.
  Panjang benar celoteh umi malam ini. Inilah sebuah pengalaman yang mengajar umi lebih kuat dan ingin lebih berjaya dan bahagia. Jika ada kelapangan umi akan sambung lagi tentang pengalaman umi dalam dunia perniagaan ini. Ingatlah anakku 9 per 10 dari rezeki adalah dengan berniaga.
Wallahualam.

Salam kasih sayang..Umi.
Wassalam.
 

Sunday, September 22, 2013

Padatnya jadual hari ini

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim...
   Pagi Isnin yang agak kelam kabut. Nasib baik Adam dan Zara tidak buat perangai pagi ini. Umi agak kelam kabut hari ini.Terlewat bangun dan Zara nak terus menyusu. Tak mengapala. Nanti bila anak-anak umi dah besar rindu pula saat-saat macam ni.
  Usai menghantar Adam dan Zara pada pengasuh, umi dan abah terus berpecah pergi pejabat masing-masing. Sampai saja di pejabat pelbagai kerja sudah menunggu nak disiapkan. Tambah pula yang sana nak segera yang sini nak cepat, tak menang tangan dibuatnya. Tapi, kalau seronok dengan kerja semua jadi mudah.
  Balik dari pejabat umi segera capai laptop untuk menyiapkan tugasan lain pula. Alhamdulillah. Kalau buat semua kerja dengan penuh minat takla terasa sangat penatnya. Tapi tak sempat pula nak kemaskini 'Jom Sihat' di 'Facebook'. Tengoklah malam-malam nanti jika ada kelapangan. Semua usaha yang umi buat ni semua untuk anak-anak umi.
  Salam kasih sayang..Nadia.


 

Pengenalan Diri Saya

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan Nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
   Saya Nurnadia binti Md Jaini. Anak ketiga dari empat orang adik beradik. Saya dilahirkan pada 10 April 1987 tepat pukul 3.45 pagi. Saya dilahirkan di Selama, Perak. Walaubagaimanapun sekarang dan mungkin akan datang akan terus menetap di bumi Setiu, Terengganu memandangkan suami saya berasal dari Terengganu dan bekerja di sini.
 
   Saya merupakan ibu kepada sepasang cahaya mata yang sangat comel dan menghiburkan. Anak pertama seorang lelaki yang baru berusia dua tahun manakala si adik perempuan baru sahaja berusia tiga bulan.

   Zaman persekolahan saya, saya berpeluang bersekolah di banyak tempat memandangkan ayah kerap bertukar tempat kerja. Walaubagaimanapun semuanya masih lagi dalam Negeri Perak, negeri kelahiran saya. Selepas tamat sekolah menengah saya menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Seterusnya saya menyambung pelajaran di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buluh dalam Diploma Kesihatan Persekitaran selama 3 tahun.

   Akhirnya saya menjadi seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) di Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar. Selepas mendirikan rumah tangga saya telah berpindah ke Pejabat Kesihatan Daerah Setiu sehingga kini. Saya sudah bekerja selama hampir 4 tahun sebagai PPKP.

   Sebelum ini saya tidak pernah terfikir untuk menjalankan sebarang jenis perniagaan sama ada secara online atau offline. Walaubagaimanapun, selepas melahirkan anak sulung, saya kerap melayari internet untuk mencari pakaian dan keperluan untuk anak saya, Muhammad Adam Farish. Sejak itu, saya mula terfikir untuk memulakan perniagaan pakaian bayi dan kanak-kanak kerana terpikat dengan kecomelan pakaian kanak-kanak terutama dari China. Baru-baru ini pula saya mula melibatkan diri dalam perniagaan makanan tambahan SHAKLEE kerana terpikat dengan keberkesanan produknya setelah mencubanya. Saya juga ingin mencari pendapatan sampingan kerana pada masa kini wang amat penting dalam kehidupan seharian.

   Apabila bercerita tentang minat, saya baru sedar yang minat saya adalah dalam bidang perniagaan. Walaubagaimanapun, saya memang tidak mempunyai kepakaran atau kemahiran berkaitan dengan perniagaan sebelum ini. Jadi pengalaman saya selama lebih setahun berniaga pakaian bayi dan kanak-kanak yang membina kemahiran serta kepakaran saya dalam perniagaan. Sebenarnya masih tidak pakar tapi saya cuba menuju ke arahnya.

   Saya juga minat membaca terutama buku berkaitan motivasi dan keagamaan. Disebabkan hal ini juga saya telah membeli buku yang dihasilkan oleh kak Masayu Ahmad untuk panduan saya.

   Saya berharap dengan permulaan yang baik ini saya mampu mengubah kehidupan saya menjadi lebih bik seperti yang saya impikan. Dengan kesusahan yang telah dan akan saya lalui saya tidak akan cepat berputus asa. Impian saya ingin mengembangkan perniagaan online mahupun offline yang telah saya ceburi.

  Semoga saya masih diberi peluang untuk mencari ilmu seterusnya mencapai apa yang saya hajati.

Salam sayang dari saya..Nadia.
Wassalam.