Tuesday, September 24, 2013

Jasa Sebuah Kereta

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Semalam suami sudah 'booking' untuk servis kereta saya yang lebih kurang setahun 2 bulan saya menggunakannya. Walaupun baru setahun lebih kereta ini berkhidmat dengan saya tapi rase macam sudah bertahun-tahun lamanya. Manakan tidak pekerja tempat saya servis kereta tu pun terkejut dengan jumlah kilometer kereta saya. 50 ribu lebih sudah kereta ni bergerak. ' Kereta ni jalan jauh ke bang? Baru setahun lebih dah sampai 50 ribu lebih kilometer.' Jawapannya ye la.
   Saya dan suami masing-masing mempunyai kereta sendiri atas urusan kerja. Sebelum ini saya cuma pakai kereta yang kecil sahaja. Muatla untuk saya seorang masa bujang dahulu. Tapi saya beli kereta baru selepas lebih kurang 2 tahun menggunakan kereta yang lama. Bukan sebab dah bekeluarga tapi semua sebab perniagaan.
   Selepas setahun berniaga, perniagaan makin maju.Barang-barang juga makin bertambah. Dari pembelian stok melalui online sehingga saya sendiri mendapatkan stok dari pembekal di ibu negara. Buat pengetahuan semua, untuk pergi berniaga saya dan suami hanya menggunakan kereta suami atau kereta saya. Tapi selalunya kereta suamilah yang jadi mangsa. Habis calar-calar terkena besi khemah.
   Akhirnya, saya ambil keputusan untuk membeli kereta yang besar sedikit tapi yang mampu dibayar dengan hasil perniagaan dan gaji saya sendiri. Saya pun memilih Perodua Alza untuk menggantikan kereta lama saya. Dengan kereta inilah saya berulang alik ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan stok setiap bulan. Tambahan pula saya tinggal nun jauh di Perak. Kereta saya inilah yang digunakan untuk bawa kami sekeluarga. Lebih selesa untuka anak-anak dan lebih banyak barang boleh dimuatkan.
  Sebab itulah walaupun baru setahun lebih guna kereta ni kilometer menunjukkan bagai bertahun-tahun sudah kereta ni digunakan. Alhamdulillah, kereta kesayangan ni tak pernah meragam lagi walau terpaksa 'bekerja keras'.
   Terima kasih keretaku.
Salam kasih sayang...Nadia.

Wassalam.

                                               Gambar Hiasan

No comments:

Post a Comment