Friday, November 1, 2013

Daripada Madu Kepada Penyesalan

Teks: Nurnadia Md Jaini
Sumber : Seni Bisnes Terhebat Tao Zhugong

Bismillahirrahmanirrahim.
Maaflah sejak kebelakangan ini masa menaip sangat terhad. Bila badan rasa gagah sedikit cepat-cepat capai laptop. Baiklah. Hari ini saya nak bercerita dan akan buat ulasan dari cerita tersebut.

Lingqiu Zi mengambil alih perniagaan menternak lebah ayahnya. Dalam menternak lebah, seseorang itu perlu sentiasa memeriksa sarang lebah. Sekiranya 2 ratu lebah ditemui ia perlu diasingkan. Pengusaha juga perlu peka kepada makhluk perosak seperti semut dan labah-labah. Rakan-rakannya menggalakkannya mencari perniagaan lain. Sahabatnya mencadangkannya menjalankan perniagaan kayu-kayan. Walaupun beliau tidak ada langsung ilmu mengenainya beliau bersetuju.
 Beliau telah menjuall lebah-lebahnya dan menggunakan sebahagian duitnya untuk mebeli tanah di kawasan pergunungan. Beliau pergi bertanya pokok apa yang akan memberikan pulangan yang banyak. Penjual pokok pun menyenaraikan pokok-pokok yang berpotensi mendapat pulangan yang terbaik. Kemudian, Lingqiu Zhi pun membeli anak pokok dan menggaji pekerja bagi menanam, menyiram serta menjaga anak pokok hasil dari jualan ladang lebahnya. Oleh kerana anak-anak pokok memerlukan masa bertahun-tahun untuk mendapat hasil, tidak mungkin beliau akan mendapat hasil segera. Selepas beberapa ketika beliau rasa tidak mendapat apa-apa hasil walaupun sudah menjaga pokok-pokok tersebut dengan baik. Lantas beliau menjual ladang tersebut dengan harga yang lebih rendah.
 Kemudian beliau bercadang pula untuk membeli kolam ikan dari duit jualan ladang pokok. Beliau menternak ikan dengan baik dan ikan membesar dengan baik. Sahabatnya mengingatkannya supaya mengasingkan ikan-ikan bila tib masanya. Namun, beliau tidak mengikuti nasihat sahabatnya. Akibatnya, suatu pagi hampir semua ikan-ikannya mati. Beliau hanya dapat menjual sedikit sahaja ikan ternakannya dan mendapat sedikit sahaja wang. Lingqiu Zi sangat mnyesal dengan tindakannya bertukar-tukar perniagaan.

Apa pengajaran yang dapat kita ambil dari cerita di atas? Semestinya kita perlu buat keputusan yang baik dalam bidang perniagaan ini. Kita tidap boleh bertukar-tukar barang yang kita nak niagakan. Saya juga pernah cuba nak berniaga macam-macam tapi tak kemana. Sekiranya kita telah mulakan satu perniagaan tu kita perlu serius dan cuba setia dengan perniagaan itu. Bukan apa jika kita nak buat macam-mcam perniagaan tanpa tahu keupayaan kita takut nanti jadi seperti kisah ini. Dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Sekarang apa-apa pun tak dapat dan yang dapat cuma kerugian. Kita perlu fokus dengan satu-satu bidang yang kita telah pilih. Susah dan senang kita perlu juga harungi dan cuba selesaikan sendiri. Jangan disebabkan satu masalah tiba kita terus nak tukar perniagaan kita. Apa yang ada kita perlu pertahankan dan jaga. Jangan terlalu ikutkan hati dan jangan terlalu ikut kata-kata orang.

Salam kasih sayang..Nadia
Wassalam.

No comments:

Post a Comment