Wednesday, November 6, 2013

Tanya diri anda dahulu

Berniaga bukanlah suatu cabang pekerjaan yang akan menetukan atas atau bawah anda berada. Selama setahun lebih saya berniaga saya pernah jatuh, pernah tersungkur dan pernah merasa berdiri dengan megahnya. Berniaga tidak memberi anda tiket untuk menjadi kaya jika anda sendiri tidak mengusahakannya.
Sebelum anda mula mengambil keputusan untuk berniaga anda perlu bersedia mental dan fizikal untuk menerima hakikat bahawa pendapatan yang akan anda perolehi tidak akan tetap setiap bulan. Kadangkala anda akan mendapat sedikit sahaja dan jika nasib menyebelahi anda, anda akan dapat lebih dari yang anda jangka. Berbeza dengan makan gaji, setiap bulan anda akan mendapat gaji dengan jumlah yang sama dan telah ditetapkan oleh orang atasan. Berniaga pula, gaji yang anda terima seperti apa yang anda mahukan dan usahakan. Contohnya, pada bulan ini anda ingin mendapat RM3000 bersih, jadi anda akan usaha untuk mendapat RM3000. Jika anda rasa RM200 sudah cukup, usaha anda juga hanya untuk RM200 sahajalah.
Berniaga sendiri tidak kira secara online mahupun offline tidak mempunyai jadual yang tetap. Bila-bila masa sahaja pelanggan akan mencari kita atau bila-bila masa sahaja kita perlu mencari pelanggan. Walaubagaimanapun, kita boleh tetapkan masa kita sendiri untuk bekerja. Contohnya, bagi seorang suri rumah yang bekerja, beliau akan menguruskan anak-anakdahulu sebelum memulakan perniagaannya sehari-hari. Mungkin pukul 9 baru boleh mulakan perniagaan. Jadi, masa sangat fleksibel dan terpulang kepada individu tetapi apa yang penting kawal masa supaya tidak dibazirkan kerana masa tidak dapat diputar kembali.
Bukan semua perniagaan berakhir dengan kejayaan. Untuk berjaya mungkin perlu berhadapan dengan beberapa kegagalan. Selepas menemui kegagalan pertama, cuba ubah dan baiki cara kerja atau apa-apa perkara yang kita rasa menggagalkan usaha kita. Jangan jadikan kegagalan sebagai alasan untuk berhenti berniaga. Dan yang paling penting jadikan kegagalan sebagai pengalaman hidup yang sangat bernilai. Belajar dari kegagalan.

Berniaga itu hebat. Jom rasainya.
Salam asih sayang..Nadia
Wassalam

No comments:

Post a Comment