Tuesday, November 5, 2013

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan

Teks: Nurnadia Md Jaini
'Saya tak pandai berniagalah. Tak ada asas pun'
Sebenarnya kia semua dilahirkan seperti kain putih yang asalnya tidak tahu apa-apa dan tidak punya ilmu. Oleh kerana itulah kita sebagai khalifahNya, kita disarankan untuk menuntut ilmu hingga ke liang lahad. Jadi, sebagai manusia jawapan tidak tahu sebenarnya hanya jawapan melepaskan diri sahaja.
Ilmu perniagaan sebenarnya terlalu luas. Untung sangat masa kini banyak cara yang boleh kita usahakan untuk mendapat ilmu. Contoh paling terdekat adalah seperti saya. Mencari ilmu dengan mendapatkan nasihat dari yang pakar. Membeli ebook perniagaan yang terlalu mudah untuk didapati kini.
http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/2010/03/selamat-datang-ke-akademi-bekerja-di.html

Saya fikir, apabila seseorang itu terdesak untuk mendapatkan sesuatu, dia akan keluar dari zon selesa yang sedang dia kecapi sekarang. Walaupun bukan mudah tetapi sekiranya berada dalam tekanan, dia akan cuba berusaha ke arah itu. Contoh lagi sudah tentu pada saya sendiri. Dalam kepesatan dunia kini, saya cukup terasa dengan peningkatan keperluan kewangan keluarga saya. Saya merasakan makin tidak cukup sekadar saya dan suami makan gaji di pejabat untuk menampung kos sara hidup kami sekeluarga. Belum lagi dikira sekiranya anak-anak sudah bersekolah. Sudah tentu kewangan kami cukup-cukup atau memang tak cukup.
Atas desakan kewangan yang makin menjadi-jadi, saya segera mengambil keputusan untuk keluar dari zon selesa saya. Dengan cuba bermacam-macam jenis perniagaan. Malu, takut, risau bersilih-ganti di dalam hati. Tapi, demi anak-anak saya sanggup untuk keluar dari zon selesa saya untuk sama-sama bekerja keras dan sama-sama mempelajari ilmu baru dalam kehidupan saya.
Saya tidak menjadikan kekurangan ini sebagai salah satu perkara yang melemahkan hidup saya tetapi saya gembira apabila dapat meneroka dunia baru saya. Alam perniagaan adalah alam yang sangat indah bagi seseorang yang sukakan cabaran. Kita belajar bukan sahaja secara teori dari ilmu di dalam kertas tapi juga kita belajar dari pengalaman yang sangat mahal dan tidak ada dijual di mana-mana.
Anda boleh bertanya kepada senior-senior yang telah berjaya di atas sana. BAgaimana permulaan kepada kejayaan mereka dan apa yang mereka laluit untuk mencapainya.
Saya sekadar berkongsi rasa untuk membantu sahabt-sahabat yang mempunyai masalah yang sama seperti saya. InsyaAllah Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Salam kasih sayang...Nadia
Wassalam

No comments:

Post a Comment