Friday, November 1, 2013

Tujuan asal bekerja dari rumah

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim
   Apa sebenarnya tujuan kita wahai wanita yang ingin berada di rumah sambil bekerja(WAHM)? Tujuan utama pada asalnya adalah kerana nak tumpukan sepenuh perhatian kepada anak-anak di rumah. Nak pantau kerja rumah anak-anak dan nak jaga 100% kehidupan anak-anak seharian dari bangun tidur sehingga malam. Nak dengar luahan anak-anak tentang cikgu, rakan-rakan, kerja sekolah dan macam-macam lagi.
   Tapi sejak kebelakangan ini saya ada juga terbaca di beberapa laman yang mana si ibu merungut anaknya mengganggu 'kerja online' nya. Si adik menarik laptop ibu, si kakak datng bermanja dengan ibu, si abang dan si adik bergaduh mahukan perhatian ibu sedangkan si ibu sibuk melayan urusan internetnya, 'kerja online'nya. Bagaimana pula nasib anak-anak yang kini berada sepenuhnya di bawah jagaan si ibu. Sedangkan keputusan untuk bekerja di rumah adalah atas alasan masa dengan anak-anak singkat ketika terpaksa kerja  makan gaji.
   Jadi, wajarkah kita merungut-rungut sekiranya masa kita bekerja secara online terganggu dek anak-anak yang mahukan perhatian? Sekiranya ada di hati perasaan ini kita cuba fikir kembali niat utama kita berhenti kerja dahulu. Kita cuba fahamkan istilah bekerja di rumah terutama suri rumah sepenuh masa. Kerja online/bisnes online adalah satu cara kerja yang fleksibel sebenarnya. Walaupun, sebolehnya maklumbalas kepada pelanggan perlu diberi segera tapi kita tidak terikat pada tempoh masa yang tertentu. Sekiranya ada masa terluang, masa itulah kita gunakan untuk menumpukan kepada bisnes online/kerja online kita. Yang utama tetap anak-anak dan rumah tangga.
   Oleh itu, saya sangat menyarankan para ibu yang dalam masa yang sama menjalankan apa-apa perniagaan online atau offline di rumah memiliki atau membaca serta mendalami ilmu dari buku Jana RM Dari Rumah oleh Masayu Ahmad atau anda juga boleh mendapatkan ebooknya juga. Kita bukan sahaja boleh belajar cara untuk mendapatkan wang dari rumah malah kita juga boleh mempelajari cara menguruskan masa di rumah dengan anak-anak dan bisnes yang kita ceburi. InsyaAllah.


 Buku
 Ebook



Pakej Ebook

No comments:

Post a Comment