Wednesday, November 13, 2013

Walau 10 Minit

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim
Setiap hari berapa lama kita peruntukkan masa untuk memotivasikan diri atau membakar semangat diri kita sendiri?
Setiap hari kita perlu luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk kita memotivasikan diri kita. Sebagai manusia biasa kita akan hadapi situasi naik turunnya keinginan untuk melakukan suatu tugas rutin kita. Tak kiralah sama ada bekerja di pejabat atau melakukan bisnes sendiri. Walaubagaimanapun, saya lebih menekankan kepada individu yang bekerja sendiri atau berbisnes seperti saya. Adakala waktu kita akan rasa sangat tertekan dan putus asa. Apabila saya melayan perasaan putus asa saya, ia semakin membawa saya kepada kemurungan dan sangat tidak bersemangat.
Saya ada membaca mengenai motivasi ini. Kita akan bermotivasi dalam tempoh dua minggu selepas kita melihat atau membaca kisah-kisah kejayaan atau motivasi orang lain. Sekiranya selepas dua minggu kita tidak cas semula semangat atau motivasi kita, kita akan kurang bermotivasi dan mungkin lebih goyah dan tidak bersemangat.
Orang-orang yang berjaya, memotivasikan diri mereka sendiri dengan kejayaan atau kegagalan yang pernah mereka alami. Mereka sentiasa mencas semangat mereka tanpa henti. Walaupun ada masanya mereka rasa sangat penat dan lemah mereka mampu mencas sendiri motivasi diri mereka dengan cara mereka sendiri.
Sebagai 'orang biasa-biasa seperti saya yang hanya menjalankan perniagaan kecil tetapi menginginkan pencapaian yang besar terpaksa mempraktikkan cara motivasi diri dengan membaca atau mencari kisah-kisah kejayaan tokoh yang telah berjaya untuk memotivasikan diri SETIAP HARI supaya graf semangat saya tidak turun, naik berselang seli. Saya mahu grafnya naik walau sedikit demi sedikit. JAdi saya rasa kita semua patut memperuntukkan sekurang-kurangnya 10 minit untuk memotivasikan diri mungkin dengan cara membaca kisah-kisah motivasi atau apa-apa yang berkaitan untuk memotivasikan diri kita.Wallahualam.

Salam kasih sayang..Nadia
Wassalam

No comments:

Post a Comment