Tuesday, November 5, 2013

Telekung Kanak-Kanak



Melatih anak-anak anda solat perlulah dimulakan dari kecil. Untuk memberi minat kepada anak-anak, ibubapa perlulah mengambil langkah menyediakan keperluan solat anak-anak anda. Pastikan anak-anak selesa dengan telekung yang dipakai, tidak menggelebeh, kemas dan terletak, kain yang tidak panas dan semestinya mereka sukakannya. Silalah pilih yang mana menjadi idaman kalbu. Kain telekung ini diperbuat dari kain cotton gred AAA. Jika berminat boleh PM atau SMS/Whatsapp di 0134093111(Nadia)





TK AWWAL
3-5T
6-8T
9-12T
ukuran saiz dr hujung kepala ke bawah (telekung) & labuh kain sarung adalah sama.
3-5T: 32 inci
6-8T: 35 inci
9-12T: 38 inci

ukurlilit muka:
3-5T: 8.25inci x 2
6-8T: 8.75inci x 2
9-12T: 9.25inci x 2

Material: High quality cotton/ grade AAA
condition sedikit tebal/ x jarang.

RM49 (POSTAGE RM6)

TK AMINAH
- renda cotton 1 inci kepala & hujung telekung
- ada hiasan 2 line di hadapan telekung.
ukuran saiz dr hujung kepala ke bawah (telekung) & labuh kain sarung adalah sama.
3-5T: 32 inci
6-8T: 35 inci
9-12T: 38 inci

ukurlilit muka:
3-5T: 8.25inci x 2
6-8T: 8.75inci x 2
9-12T: 9.25inci x 2

Material: High quality cotton/ grade AAA
condition sedikit tebal/ x jarang.

RM55(postage RM6)

TK HAFSA

ukuran saiz dr hujung kepala ke bawah (telekung) & labuh kain sarung adalah sama.
3-5T: 32 inci
6-8T: 35 inci
9-12T: 38 inci

ukurlilit muka:
3-5T: 8.25inci x 2
6-8T: 8.75inci x 2
9-12T: 9.25inci x 2

Material: High quality cotton/ grade AAA
condition sedikit tebal/ x jarang.

RM55 (POSTAGE RM 6)

TK NAJJAH
ukuran saiz dr hujung kepala ke bawah (telekung) & labuh kain sarung adalah sama.
3-5T: 32 inci
6-8T: 35 inci
9-12T: 38 inci

ukurlilit muka:
3-5T: 8.25inci x 2
6-8T: 8.75inci x 2
9-12T: 9.25inci x 2

Material: High quality cotton/ grade AAA
condition sedikit tebal/ x jarang.

RM55 (POSTAGE RM6)
  

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan

Teks: Nurnadia Md Jaini
'Saya tak pandai berniagalah. Tak ada asas pun'
Sebenarnya kia semua dilahirkan seperti kain putih yang asalnya tidak tahu apa-apa dan tidak punya ilmu. Oleh kerana itulah kita sebagai khalifahNya, kita disarankan untuk menuntut ilmu hingga ke liang lahad. Jadi, sebagai manusia jawapan tidak tahu sebenarnya hanya jawapan melepaskan diri sahaja.
Ilmu perniagaan sebenarnya terlalu luas. Untung sangat masa kini banyak cara yang boleh kita usahakan untuk mendapat ilmu. Contoh paling terdekat adalah seperti saya. Mencari ilmu dengan mendapatkan nasihat dari yang pakar. Membeli ebook perniagaan yang terlalu mudah untuk didapati kini.
http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/2010/03/selamat-datang-ke-akademi-bekerja-di.html

Saya fikir, apabila seseorang itu terdesak untuk mendapatkan sesuatu, dia akan keluar dari zon selesa yang sedang dia kecapi sekarang. Walaupun bukan mudah tetapi sekiranya berada dalam tekanan, dia akan cuba berusaha ke arah itu. Contoh lagi sudah tentu pada saya sendiri. Dalam kepesatan dunia kini, saya cukup terasa dengan peningkatan keperluan kewangan keluarga saya. Saya merasakan makin tidak cukup sekadar saya dan suami makan gaji di pejabat untuk menampung kos sara hidup kami sekeluarga. Belum lagi dikira sekiranya anak-anak sudah bersekolah. Sudah tentu kewangan kami cukup-cukup atau memang tak cukup.
Atas desakan kewangan yang makin menjadi-jadi, saya segera mengambil keputusan untuk keluar dari zon selesa saya. Dengan cuba bermacam-macam jenis perniagaan. Malu, takut, risau bersilih-ganti di dalam hati. Tapi, demi anak-anak saya sanggup untuk keluar dari zon selesa saya untuk sama-sama bekerja keras dan sama-sama mempelajari ilmu baru dalam kehidupan saya.
Saya tidak menjadikan kekurangan ini sebagai salah satu perkara yang melemahkan hidup saya tetapi saya gembira apabila dapat meneroka dunia baru saya. Alam perniagaan adalah alam yang sangat indah bagi seseorang yang sukakan cabaran. Kita belajar bukan sahaja secara teori dari ilmu di dalam kertas tapi juga kita belajar dari pengalaman yang sangat mahal dan tidak ada dijual di mana-mana.
Anda boleh bertanya kepada senior-senior yang telah berjaya di atas sana. BAgaimana permulaan kepada kejayaan mereka dan apa yang mereka laluit untuk mencapainya.
Saya sekadar berkongsi rasa untuk membantu sahabt-sahabat yang mempunyai masalah yang sama seperti saya. InsyaAllah Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Salam kasih sayang...Nadia
Wassalam

Monday, November 4, 2013

Masa

Teks: Nurnadia Md Jaini

Mengatur kehidupan seharian sebenarnya sangat mudah jika kita sekadar mencoretnya di dalam jurnal. Untuk merealisasikan apa yang kita rancangkan, disiplin amatlah dititikberatkan. Seringkali kita terleka dengan drama kehidupan kita seharian. Kadang-kala tak sempat pun untuk kita menilik kembali apa yang telah kita rancangkan seharian.
Untuk berada di landasan yang betul, setiap apa yang kita rancangkan perlu ditetapkan dengan tempoh masa tertentu. Menyiapkan anak-anak dalam tempoh masa 30 minit. Sarapan dalam tempoh masa 15 minit. Mula bekerja di hadapan komputer 2 jam berterusan. 30 minit berikutnya membungkus pesanan pelanggan. Semua ini mudah jika telah kita tetapkan masa yang diperuntukkan bagi satu-satu tugasan.
Disiplin sangat memainkan peranan penting dalam kehidupan kita yang agak terhad. Dengan mengikut kata hati untuk menonton telenovela di televisyen sudah mampu membuatkan jadual harian kita terbantut. Pengorbanan masa sebenarnya terpaksa kita terima dan lakukan tatkala berebut dengan pelbagai tugasan. Dewasa kini, wanita bukan sahaja sibuk sebagai wanita pejabat tetapi juga sibuk sebagai wanita yang bekerja dari rumah. Dan yang pastinya kepuasan merajai setiap inci hati apabila mampu bekerja dari rumah dan dalam masa yang sama memantau permata hati.
Masa sangat perlu dijaga ketika ini. Lebih-lebih lagi yang baru membiasakan diri dengan jadual yang lebih bebas dan fleksibel. Takut-takut nanti masa lebih banyak dibazirkan tanpa pulangan yang berfaedah. Sambil menyelam minum air. Dah minum kenalah sampai kenyang.

Friday, November 1, 2013

Akademi Bekerja Di Rumah

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.

Adakah anda ingin menulis?
Adakah anda rasa anda boleh menulis?
Adakah anda berminat untuk menulis ?
Adakah anda ingin mempunyai blog penulisan anda sendiri?

Jom sertai kami di http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

Di sini pelbagai ilmu ilmu dan pelbagai pengalaman yang anda akan perolehi. Sekarang dalam akademi, ada 200 blog, 17 kelas secara online dan 10 orang guru online sedang bersiaran.

Kami menawarkan dua kelas online di bawah.


1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page khusus untuk bisnes



Yuran 1: RM150
Sebuah ebook rujukan-ebook asas blog

Yuran 2: RM180
Tiga buah ebook- ebook asas blog, ebook mula bisnes butik online, ebook super wahm super mom





Yuran 3: RM200
Empat buah ebook- asas blog, ebook mula bisnes butik online, ebook super wahm super mom
Percuma- 101 Idea Home-Based Bisnes




Yuran 4: RM300
Untuk dua kelas serentak, 3 ebook rujukan, asas blog, bisnes butik, 101 idea home based bisnes

Bayar kelas di sini, piliha salah satu kelas dan nyatakan yuran 1, yuran 2, atau yuran 3
Selepas bayar, isi borang ini 
http://www.kedaibukuonline.biz/index.php/tempahan
email: pn.masayu@gmail.com .





Ebook di atas adalah ebook rujukan wajib baca bagi yang ingin menyertai kelas ini.sBaca dan khatam, boleh beli dengan harga RM50, bayar di sini 


Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a.. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum. 
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih kurang 200 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.  Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.
Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
h. Untuk mula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.





..............................................


Matlamat Akademi Bekerja Dari Rumah

Sejak bermula sebagai suri bekerja dari rumah, penghujung 2008. Saya adalah wanita yang dahulunya bekerja di luar rumah, kemudian bertukar status bekerja di rumah.

Pada masa tersebut, tidak banyak sumber dan buku sebagai panduan. Sejak dari itu saya memulakan blog saya pertama, masayuahmad.blogspot dan catatan harian di naufalsayang.blogspot. Iaitu catatan awal bekerja dari rumah dan mula berkongsi tentang panduan bekerja dari rumah.

Penulisan adalah fokus utama dan sudah tentu pencarian bahan penulisan sangat berkaitan dengan bisnes dari rumah, bisnes skala kecil juga motivasi wanita. Ini tema utama dalam buku, ebook dan manuskrip yang saya hasilkan.

Dua sumber utama pendapatan adalah pendapatan aktif dan pendapatan pasif. Segalanya bermula dari blog.
Sejak itu juga blog saya selalu disinggah pembaca dari kalangan suri rumah, suri berkerjaya, juga sesiapa sahaja yang mencari peluang bekerja dari rumah.

Mulakan dengan apa yang ada
Saya selalu berkongsi konsep mulakan dengan apa yang ada atau menggunakan modal minima. Mulakan dengan secara sambila sebelum mengambil keputusan bekerja sepenuh masa. Atas usaha inilah saya kumpulkan maklumat, bahan dan juga kisah-kisah dari wanita yang sudah berjaya, wanita bergelar suri rumah, wanita yang sudah pun berstatus usahawan dari rumah.

Akademi Bekerja Dari Rumah

Akademi ini adalah kelas secara online, rentetan saya berterusan menerima soalan, perkongsian dari suri yang mahu bermula dan tidak tahu cara. Pelbagai dilema yang dikongsi. Memandangkan juga kebanyakan adalah mempunyai masa yang terhad dan juga kekangan modal. Jadi dua kelas online diperkenalkan. Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan sejak bulan pertama diperkenalkan. Kini lebih 100 blog sudah pun dihasilkan melalui kelas secara online. Penyertaan adalah berdasarkan, analisa awal untuk mengenalpasti apa matlamat utama mahu belajar di kelas ini.




Ebook ini juga wajib bagi yang ingi menyertai barisan tenaga pengajar online iaitu guru online.



Kelayakan lain adalah seperti di bawah

1. Sertai mana-mana kelas, asas blog dan penulisan aua kelas asas blog dan fan page untuk bisnes.

2. Perlu menguasi modul dan analisa pelajar

3. Perlu aktif dan blog sudah melepasi syarat yang sudah ditetapkan

4. Pemantauan adalah minima, berdasarkan garis panduan Modul Guru Online

5. Aktif, berdikari dan mudah untuk diberi panduan dan tunjuk ajar

6. Arahan seterusnya adalah di dalam kelas dan saringan di peringkat awal





Syarat wajib

1. Beli ebook rujukan di atas

2. Hadir mana-mana kelas yang ditawarkan



Pendapatan

RM1K hingga RM3K sebulan berdasarkan prestasi kalian.



Untuk sertai hubungi: 

Masayu Ahmad


Zaila Mohamad
Nisa Nua
Ansy Idayu
Aishah Hussein
Iryani Ahmad
Norazizah Sudin
Wani Mn
Normi Yusof
Catatan guru online:
1. Aishah Hussein
Sejak 2, 3 hari lalu, ramai juga yang bertanya saya sudah berapa lama berhenti kerja dan berkecimpung di dalam bisnes online.  Saya tidak sedar sebenarnya sudah 5 bulan, atau patut kah saya sebut baru 5 bulan.  Bagi saya sendiri, saya rasa seolah-olah seperti sudah lama.

Kenapa saya kata kan begitu.  Saya tidak rasa seperti saya tidak bekerja, sebenarnya.  Walau saya berada di rumah sama seperti saya masih bekerja.  Yang beza adalah saya lebih bebas untuk menyusun masa saya sendiri dengan bekerja dari rumah.  Tiada istilah bosan walaupun saya berada sepanjang masa di rumah.  

Ketika saya membuat keputusan untuk berhenti kerja, saya tidak tahu apa yang akan saya buat untuk mengisi lapang apabila duduk di rumah nanti.  Apa yang saya boleh lakukan untuk menjana pendapatan untuk membantu suami. 

Alhamdulillah, Allah Maha mendengar doa dan rintihan saya.  DIA buka kan jalan bagi saya untuk bertemu dengan pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah di alam maya.  Bermula dengan mendaftar di kelas asas blog secara online, saya juga mula didedahkan dengan ilmu bisnes dropship.  Memang sangat bersesuaian dengan keadaan saya yang baru berhenti kerja dan tidak mempunyai modal untuk mulakan bisnes.  Sambil menyiapkan blog untuk memenuhi kriteria Akademi Bekerja Dari Rumah, saya diberi peluang untuk menjadi pembantu Kelas Asas blog.  Sambil belajar sambil mengajar.   Semuanya secara online.

Akademi ketika itu bermula dengan hanya 10 orang peserta.  Kami saling bekerjasama berbincang tentang tugasan yang diberikan untuk kelas.  Dari situ, latihan mengajar dengan tersendirinya terbentuk pada para peserta.  Walaupun peserta-peserta ini datang dari pelbagai latarbelakang pengalaman dan pekerjaan, mereka dapat bersatu di dalam akademi sebagai suri rumah yang bekerja dari rumah. Ini menjadikan akademi sebagai satu kolam untuk kami berkongsi ilmu dan pendapat.

Kini akademi ini telah mempunyai lebih dari 100 peserta dan sudah ada 7 guru online.  Alhamdulillah, saya kini aktif sebagai salah seorang guru online.  Mengajar peserta secara online, tidak pernah terlintas di fikiran saya sebelum ini.  Tetapi itu lah yang memberi peluang kepada saya untuk menjana pendapatan dari rumah, di samping menjalankan bisnes-bisnes lain.

Sebagai seorang guru online tidak bermaksud saya tidak boleh bergerak ke mana-mana.  Jadual kelas adalah fleksibel.  Peserta hanya berhubung dengan guru melalui message di facebook.  Nota untuk kelas semua diberikan di dalam kelas online.  Peserta hanya perlu baca dan rajin berhubung dengan guru jika ada soalan yang ingin diajukan kepada guru.

Mudahnya kelas online begini kerana peserta dengan guru boleh berhubung melalaui online.  Bemaksud, hanya perlu ada kelengkapan gajet, kelas boleh terus bermula.  Gajet tidak perlu yang canggih-manggih.  Gajet wajib adalah talian internet atau broadband dan  laptop atau PC.   Telefon bimbit yang canggih akan memberi kelebihan kepada peserta untuk membuat tugasan walau di mana mereka berada.  Malah ada pelajar saya yang hanya menggunakan telefon sehingga kini untuk membuat tugasan di blog beliau.  Sekali- sekala beliau akan ke perpustakaan awam menggunakan komputer di sana untuk membetulkan layout blog.  Di mana ada usaha di situ ada jalan.

Peserta di dalam kelas saya juga bukan hanya yang berada di Selangor, malah ada peserta yang datang dari Kelantan dan sejauh Sabah.  Jadi jarak bukan penghalang untuk sesiapa sahaja untuk menyertai kelas ini.  Yang penting minat dan semangat dari peserta sendiri.

Kami guru online di akademi sentiasa berbincang dengan pengasas untuk menambaik Akademi Bekerja Dari Rumah.  Moga niat kami untuk menyediakan platform buat suri rumah di luar sana menjana pendapatan tambahan buat keluarga masing-masing diberkati Allah hendaknya.

2.. Guru Online, Iryani Ahmad,
Teks : Iryani Ahmad

Teringat dahulu semasa berada di alam kanak-kanak, selalu ditanyakan tentang cita-cita. 

" Dah besar mahu jadi apa? "

Cita-cita yang disebut seringkali berubah pada setiap tahun malah pada setiap hari juga. Jelas, faktor yang selalu mendorong adalah apa yang selalu dilihat pada mata kanak-kanak lalu menjadi impian mereka.

Cita-cita menjadi seorang pendidik antara yang menjadi pilihan utama saya. Bonda saya menjadi idola utama kerana beliau adalah seorang pendidik di sekolah rendah. Setiap hari melihat beliau berada di sekolah sebagai guru tetapi pulang ke rumah sebagai ibu. Sungguh mulia tugas tersebut kerana menyampaikan ilmu dan mentarbiah anak-anak kecil di sekolah dengan akhlak mulia. Banyak pahala mengalir di situ, insyaAllah.


Guru Online

Semasa pulang ke kampung pada hari raya, saya selalu disoal oleh saudara-mara yang berkunjung ke rumah. Sudah bekerja makan gaji di mana? Menjawat jawatan apa? Dengan tak segan silunya saya akan menjawab, bekerja di rumah sahaja sebagai seorang guru. Menjadi guru online

Melopong mulut makcik-pakcik dan nenek-nenek saudara yang mendengar. Saya hanya tersenyum simpul sambil mengangguk-anggukkan kepala sambil menoleh ke arah bonda. 



Akademi Bekerja di Rumah





Saya berasa sedikit bangga apabila bonda dan ayahanda kemudiannya menjelaskan bahawa pekerjaan pada zaman sekarang tidak terikat untuk berada di pejabat atau di luar rumah. Berada di rumah tetapi masih dapat bekerja mengikut masa yang sesuai. Tidak terikat dengan masa. Guru yang menentukan pada masa bilakah beliau mahu masuk ke kelas untuk mengajar. Istimewanya pekerjaan ini, kita dapat menjaga anak sendiri di rumah dan menguruskan urusan rumahtangga yang lain. 



Selain itu, guru juga berhak untuk menentukan berapa gaji yang mahu diterima pada setiap bulan. Mahu sedikit atau banyak. Ada salah seorang guru di akademi bekerja di rumah pernah mendapat gaji sehingga RM15K sebulan. Tiada had juga dalam soal gaji! Dalam bisnes ini, tiada siapa yang akan menjadi muflis! Tukar kepakaran yang ada pada anda menjadi duit dalam akademi ini! Kepandaian anda adalah modal terbaik untuk menjadi guru dalam bidang masing-masing. Tidak diperlukan apa-apa kelulusan tertinggi samada SPM, Diploma, Degree, Master atau PhD. Cipta strategi bisnes Laut Biru anda!



Kerja Berkumpulan



Budaya bekerja dalam akademi ini dilakukan secara berkumpulan. Sudah lebih 100 orang yang menyertai kami. Kebanyakan mereka terdiri daripada surirumah, ibu bekerjaya dan sedikit kaum adam. Kami tidak pernah berjumpa di antara satu sama lain tetapi kami mempunyai matlamat, misi dan gol yang sama. Namun, demi mencapai target iaitu mahu bekerja dari rumah dan menyampaikan ilmu, kami dapat melakukan bersama-sama.


Guru Online

Semasa pulang ke kampung pada hari raya, saya selalu disoal oleh saudara-mara yang berkunjung ke rumah. Sudah bekerja makan gaji di mana? Menjawat jawatan apa? Dengan tak segan silunya saya akan menjawab, bekerja di rumah sahaja sebagai seorang guru. Menjadi guru online.

Pada awal penyertaan, ada di antara kami yang menyertai akademi bekerja dari rumah mempunyai pelbagai tujuan pada asalnya. Ada yang mahu menjana pendapatan melalui internet, ada yang mahu belajar teknik penulisan berpengaruh, ada yang mahu belajar cara menulis di blog, ada yang mahu menghasilkan blog berpengaruh tinggi dan ada yang mahu menyampaikan ilmu dan berkongsi ilmu sebagai amal jariah di kemudian hari. Alhamdulillah, setelah diri ini diasah dan dicungkil melalui akademi ini, kini saya sudah kenal apa bakat yang ada dalam diri saya dan seterusnya terjumpa pula modal untuk dijadikan sumber rezeki.

Bagai kata pepatah, mahu seribu daya tak mahu seribu dalih. Teringat kata-kata guru kelas saya semasa berada di Tingkatan 5, orang yang berjaya bukan dilihat pada banyaknya A yang dia dapat dalam peperiksaan. Bukan juga dilihat pada tingginya gaji yang diperolehi dalam bank. Bukan juga dilihat pada besarnya rumah dan kereta yang dimiliki. Orang yang berjaya adalah sejauh mana dia cuba melepaskan dirinya daripada cengkaman penjajah di dalam dirinya. Menjadi merdeka pada diri sendiri adalah pekerjaan yang paling susah dilakukan di dunia. Merdeka daripada menjadi hamba kepada dunia. Tuan Punya Dunia ini sudah memberi jaminan bahawa kehidupan di dunia ini hanya sekadar senda gurau dan main-main belaka. Kehidupan di akhirat itulah kehidupan yang sebenar dan kekal.

Maksud firman Allah dalam surah Al-Ankabut, ayat 64 :

Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui.

Ubah

Saya tak sekali-sekali mahu mengajar-ngajar pembaca apa yang perlu dilakukan. Saya hanya mahu berkongsi apa yang terbuku dan terpendam di dada. Penulis buku Sheikh Abdullah Nasih Ulwan ada menyatakan dalam bukunya yang bertajuk Pendidikan Awal Kanak-Kanak, bahawa ibu itu adalah laksana sekolah bagi anak-anaknya. Maksud penulis adalah ibu itu seperti sekolah yang akan menghasilkan umat yang baik keturunannya. Penulis sentiasa mengingatkan tentang pentingnya peranan seorang ibu dalam hal mendidik anak-anaknya. 

Setelah menyedari betapa pentingnya peranan seorang ibu untuk berada di rumahnya, saya sudah tidak berasa sedih sangat seperti ketika mula-mula dahulu menjadi surirumah. 

Penulis buku Muhammad Lili Nur Aulia menjelaskan dalam bukunya yang bertajuk Persembahan Cinta Isteri Hasan Al-Banna, tugas sebenar bagi seorang isteri adalah berada di rumahnya. Itulah jihad yang sebenarnya bagi seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu. Itulah persembahan cinta seorang isteri dan ibu yang boleh membawa dia masuk ke syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya. Lebih seronok lagi, selain menjadi surirumah kita juga dapat berkongsi ilmu atau bakat yang dimiliki dan seterusnya menjana pendapatan.
  

Boleh juga pm di fb : Nur Nadia
Whatsapp/sms: 0134093111

Tujuan asal bekerja dari rumah

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim
   Apa sebenarnya tujuan kita wahai wanita yang ingin berada di rumah sambil bekerja(WAHM)? Tujuan utama pada asalnya adalah kerana nak tumpukan sepenuh perhatian kepada anak-anak di rumah. Nak pantau kerja rumah anak-anak dan nak jaga 100% kehidupan anak-anak seharian dari bangun tidur sehingga malam. Nak dengar luahan anak-anak tentang cikgu, rakan-rakan, kerja sekolah dan macam-macam lagi.
   Tapi sejak kebelakangan ini saya ada juga terbaca di beberapa laman yang mana si ibu merungut anaknya mengganggu 'kerja online' nya. Si adik menarik laptop ibu, si kakak datng bermanja dengan ibu, si abang dan si adik bergaduh mahukan perhatian ibu sedangkan si ibu sibuk melayan urusan internetnya, 'kerja online'nya. Bagaimana pula nasib anak-anak yang kini berada sepenuhnya di bawah jagaan si ibu. Sedangkan keputusan untuk bekerja di rumah adalah atas alasan masa dengan anak-anak singkat ketika terpaksa kerja  makan gaji.
   Jadi, wajarkah kita merungut-rungut sekiranya masa kita bekerja secara online terganggu dek anak-anak yang mahukan perhatian? Sekiranya ada di hati perasaan ini kita cuba fikir kembali niat utama kita berhenti kerja dahulu. Kita cuba fahamkan istilah bekerja di rumah terutama suri rumah sepenuh masa. Kerja online/bisnes online adalah satu cara kerja yang fleksibel sebenarnya. Walaupun, sebolehnya maklumbalas kepada pelanggan perlu diberi segera tapi kita tidak terikat pada tempoh masa yang tertentu. Sekiranya ada masa terluang, masa itulah kita gunakan untuk menumpukan kepada bisnes online/kerja online kita. Yang utama tetap anak-anak dan rumah tangga.
   Oleh itu, saya sangat menyarankan para ibu yang dalam masa yang sama menjalankan apa-apa perniagaan online atau offline di rumah memiliki atau membaca serta mendalami ilmu dari buku Jana RM Dari Rumah oleh Masayu Ahmad atau anda juga boleh mendapatkan ebooknya juga. Kita bukan sahaja boleh belajar cara untuk mendapatkan wang dari rumah malah kita juga boleh mempelajari cara menguruskan masa di rumah dengan anak-anak dan bisnes yang kita ceburi. InsyaAllah.


 Buku
 Ebook



Pakej Ebook

Termenung Sejenak Melihat Kejayaan Orang Lain

Saya rasa sangat kagum bila bertemu dengan insan-insan yang punya hati yang tabah dalam kehidupannya. Saya sering 'terserempak' dengan individu yang bagi saya sangat berjaya tapi di sebalik kejayaan mereka terselit kesusahan yang terpaksa ditanggung mereka. Rupanya bukan senang untuk mereka mencapai kesenangan seperti hari ini. Disebabkan ketabahan mereka Tuhan kurniakan mereka kelebihan dalam perkara lain.
Kita sebagai hambaNya memang sepatutnya menerima apa jua yang Tuhan beri pada kita. Rezeki, nikmat, kesusahan, musibah, anak yang sakit, suami yang sakit dan sebagainya. Kadangkala saya rasa apa yang Tuhan bagi pada saya sudah cukup berat tapi rupanya ada lagi yang lebih berat ditanggung oleh orang lain. Dengan ketabahan mereka dan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi kepada Allah SWT, mereka layak mendapat kejayaan dan kebahagian seperti hari ini.
Apa perniagaan yang mereka ceburi, mereka berjaya. Apa produk yang mereka jual, ada pembelinya. Alhamdulillah.

Daripada Madu Kepada Penyesalan

Teks: Nurnadia Md Jaini
Sumber : Seni Bisnes Terhebat Tao Zhugong

Bismillahirrahmanirrahim.
Maaflah sejak kebelakangan ini masa menaip sangat terhad. Bila badan rasa gagah sedikit cepat-cepat capai laptop. Baiklah. Hari ini saya nak bercerita dan akan buat ulasan dari cerita tersebut.

Lingqiu Zi mengambil alih perniagaan menternak lebah ayahnya. Dalam menternak lebah, seseorang itu perlu sentiasa memeriksa sarang lebah. Sekiranya 2 ratu lebah ditemui ia perlu diasingkan. Pengusaha juga perlu peka kepada makhluk perosak seperti semut dan labah-labah. Rakan-rakannya menggalakkannya mencari perniagaan lain. Sahabatnya mencadangkannya menjalankan perniagaan kayu-kayan. Walaupun beliau tidak ada langsung ilmu mengenainya beliau bersetuju.
 Beliau telah menjuall lebah-lebahnya dan menggunakan sebahagian duitnya untuk mebeli tanah di kawasan pergunungan. Beliau pergi bertanya pokok apa yang akan memberikan pulangan yang banyak. Penjual pokok pun menyenaraikan pokok-pokok yang berpotensi mendapat pulangan yang terbaik. Kemudian, Lingqiu Zhi pun membeli anak pokok dan menggaji pekerja bagi menanam, menyiram serta menjaga anak pokok hasil dari jualan ladang lebahnya. Oleh kerana anak-anak pokok memerlukan masa bertahun-tahun untuk mendapat hasil, tidak mungkin beliau akan mendapat hasil segera. Selepas beberapa ketika beliau rasa tidak mendapat apa-apa hasil walaupun sudah menjaga pokok-pokok tersebut dengan baik. Lantas beliau menjual ladang tersebut dengan harga yang lebih rendah.
 Kemudian beliau bercadang pula untuk membeli kolam ikan dari duit jualan ladang pokok. Beliau menternak ikan dengan baik dan ikan membesar dengan baik. Sahabatnya mengingatkannya supaya mengasingkan ikan-ikan bila tib masanya. Namun, beliau tidak mengikuti nasihat sahabatnya. Akibatnya, suatu pagi hampir semua ikan-ikannya mati. Beliau hanya dapat menjual sedikit sahaja ikan ternakannya dan mendapat sedikit sahaja wang. Lingqiu Zi sangat mnyesal dengan tindakannya bertukar-tukar perniagaan.

Apa pengajaran yang dapat kita ambil dari cerita di atas? Semestinya kita perlu buat keputusan yang baik dalam bidang perniagaan ini. Kita tidap boleh bertukar-tukar barang yang kita nak niagakan. Saya juga pernah cuba nak berniaga macam-macam tapi tak kemana. Sekiranya kita telah mulakan satu perniagaan tu kita perlu serius dan cuba setia dengan perniagaan itu. Bukan apa jika kita nak buat macam-mcam perniagaan tanpa tahu keupayaan kita takut nanti jadi seperti kisah ini. Dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Sekarang apa-apa pun tak dapat dan yang dapat cuma kerugian. Kita perlu fokus dengan satu-satu bidang yang kita telah pilih. Susah dan senang kita perlu juga harungi dan cuba selesaikan sendiri. Jangan disebabkan satu masalah tiba kita terus nak tukar perniagaan kita. Apa yang ada kita perlu pertahankan dan jaga. Jangan terlalu ikutkan hati dan jangan terlalu ikut kata-kata orang.

Salam kasih sayang..Nadia
Wassalam.