Saturday, December 28, 2013

Ambil Peluang Yang Ada

Bismillahirrahmanirrahim..

Sebagai seorang manusia kita, kita tidak dapat lari dari perasaan atau sikap berputus asa apabila sesuatu yang kita kerjakan tidak berjaya malah menemui jalan buntu. Kita rasa itulah usaha terakhir kita. Walaubagaimanpun, manusia sangat unik. Tuhan berikan kita akal fikiran yang panjang untuk berfikir dan mencari jalan penyelesaian apabila berhadapan dengan masalah. Tanpa kita sedari masalah itu sebenarnya mengajar perjalanan kehidupan yang sangat bererti buat kita.
Ambillah peluang untuk mencari penyelesaian masalah kita tanpa mengabai atau meninggalkannya kerana inilah masanya kita akan nampak masa depan kita. Cuba dan cuba tanpa putus asa. Siapalah kita nak putus asa lama-lama. Kita hanya manusia yang dijadikan Tuhan untuk menempuh semua ini. Suatu hari nanti kita akan dapat rasa kemanisannya. InsyaAllah.

Wednesday, December 11, 2013

Percubaan seterusnya

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Agak lama menyepi. Saya mencuba sesuatu yang baru tapi masih dalam bidang perniagaan yang libatkan kanak-kanak.
   Mula membuar 'research' sebulan yang lalu dan mula mencari 'lubang-lubang' yang betul. Alhamdulillah. Percubaan ini memberi kesan dan hasil yang positif.
   Saya mula mencari tapak dalam perniagaan pakaian murah dari Bangladesh. Bagus juga fabriknya. Serap peluh dan tak panas. Murah pula. Saya cuma jual sekitar RM5 untuk sehelai baju atau seluar. Sambutan sangat menggalakkan terutama dari pelanggan offline. Ramai pula pelanggan baru dan ada juga sudah beli beberapa kali walaupun baru dua kali 'restock'.
   Pelanggan yang pernah beli juga beri maklumbalas positif terutama dari segi jenis fabrik dan harga yang ditawarkan. Alhamdulillah. Ditambah pula sekarang musim hujan bertambah lagi rezeki. Buat basahan di rumah memang sesuai.
   Syukur sebab Tuhan bagi idea ini terlintas di fikiran. Alhamdulillah lagi.
   Risiko? risau juga sebab takut tak dapat sambutan. Tapi dengan 'research' dan yakin diri memang perlu tau.








Salam sayang..Nadia.
Wassalam.

Wednesday, November 27, 2013

Nak pilih baju anak? Macam mana?

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Lama juga tidak menjengah blog kesayangan saya ini. Sibuk dan terlalu banyak perkara yang ingin difokuskan. Entri kali ini saya nak kongsi sedikit tentang bagaimana kita sebagai ibu-ibu ingin memilih pakaian yang sesuai untuk anak-anak kita terutama si baby comel kita.
   Ada diantara ibu-ibu yang mempuyai anak-anak yang ingin memilih sendiri pakaina mereka. Memang seronok anak-anak sudah membesar dan tahu membuat keputusan sendiri cuma dalam masa yang sama kita juga boleh memantau pemilihan pakaian mereka terutama dari sudut keselesaan anak-anak.
   Selalunya, kita sebagai ibu-ibu sudah semestinya ingin memeberi keselesaan kepada anak-anak kita. Dari kita mengandungkan anak kita lagi mereka sudah selesa dalam 'pakaian' mereka di dalam perut kita. Pemilihan pakaian yang selesa selalunya dikaitkan dengan pemilihan fabrik yang betul. Kain kapas merupakan pilihan yang tepat kepada anak-anak kita yang sememangnye mempunyai kulit yang halus lagi mulus. Kulit mereka lebih sensitif kepada di mana sekiranya kita memilih fabrik yang tidak elok boleh menimbulkan masalah pada kulit mereka terutama pada baby. Kain yang menyerap peluh mampu memberi keselesaan maksimum pada anak-anak kita. Lagi teruk jika anak kita sememangnya kuat berpeluh dan memiliki masalah kulit.
   Pemilihan saiz yang betul juga membantu memberi keselesaan dan kekemasan kepada si pemakai iaiti si comel kita. Sekiranya anak kita mempunyai tubuh badan yang berisi tetapi disarung dengan pakaian yang kecil atau ketat sememangnya anak tidak akan selesa malah mungkin juga boleh menyebabkan masalah pernafasan sekiranya pakaian tersebut ketat dibahagian dada. Mungkin juga jika terlalu ketat  boleh menyebabkan timbul bekas/ garisan pada  kulit anak-kita di bahagian yang ketat itu. Kalau beli pakaian pon kita akan fikir yang lebih baik beli yang lebih besar dari yang lebih kecil. Kalau kecil memang alamatnya tak boleh dipakailah. Lain pula kalau kita pilih yang besar sedikit sekurang-kurangnya boleh pakai lama atau jika masih belum pakai boleh diimpan sehingga muat. Tapi janganlah bagi anak-anak pakai baju terlalu besar sebab tak kemas.
   Untuk baby yang baru lahir pula disarankan untuk cari pakaian yang mudah dipakai dan mudah dibuka. Bukan apa, baby kan masih lembut. Kalau nak pakaikan baju yang susah takut terseliuh pulak anak tu. Betul tak?
Ok. Nanti kita kongsi-kongsi lagi..Salam kasih sayang...Nadia
Wassalam

Friday, November 15, 2013

Pasar minggu

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim


Selamat pagi semua. Pagi ini saya dan suami mula berniaga semula selepas dua minggu bercuti disebabkan 'chicken pox' yang 'menyerang' kami berdua.
Selepas sampai di tapak pasar, kami pergi mengisi perut dahulu sementara peniaga-peniaga lain juga masih tidak datang. Kemudian, kami mula membuka khemah dan memasang besi-besi pada khemah. Masa ini yang seronok bila melihat peniaga lain memasang khemah masing-masing. Bersilang-silang tali pengikat khemah. Kami cuma guna khemah macam kanopi tu sahaja. Rasanya tak sesusah mereka yang perlu memasang khemah seperti dalam gambar.
Jualan hari ini kurang meriah. Namun, saya redha dan seronok berniaga begini.Tiada tekanan. Alhamdulillah.
Oklah. Ada pelanggan pula. Selamat bercuti.
Wassalam.

Wednesday, November 13, 2013

Walau 10 Minit

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim
Setiap hari berapa lama kita peruntukkan masa untuk memotivasikan diri atau membakar semangat diri kita sendiri?
Setiap hari kita perlu luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk kita memotivasikan diri kita. Sebagai manusia biasa kita akan hadapi situasi naik turunnya keinginan untuk melakukan suatu tugas rutin kita. Tak kiralah sama ada bekerja di pejabat atau melakukan bisnes sendiri. Walaubagaimanapun, saya lebih menekankan kepada individu yang bekerja sendiri atau berbisnes seperti saya. Adakala waktu kita akan rasa sangat tertekan dan putus asa. Apabila saya melayan perasaan putus asa saya, ia semakin membawa saya kepada kemurungan dan sangat tidak bersemangat.
Saya ada membaca mengenai motivasi ini. Kita akan bermotivasi dalam tempoh dua minggu selepas kita melihat atau membaca kisah-kisah kejayaan atau motivasi orang lain. Sekiranya selepas dua minggu kita tidak cas semula semangat atau motivasi kita, kita akan kurang bermotivasi dan mungkin lebih goyah dan tidak bersemangat.
Orang-orang yang berjaya, memotivasikan diri mereka sendiri dengan kejayaan atau kegagalan yang pernah mereka alami. Mereka sentiasa mencas semangat mereka tanpa henti. Walaupun ada masanya mereka rasa sangat penat dan lemah mereka mampu mencas sendiri motivasi diri mereka dengan cara mereka sendiri.
Sebagai 'orang biasa-biasa seperti saya yang hanya menjalankan perniagaan kecil tetapi menginginkan pencapaian yang besar terpaksa mempraktikkan cara motivasi diri dengan membaca atau mencari kisah-kisah kejayaan tokoh yang telah berjaya untuk memotivasikan diri SETIAP HARI supaya graf semangat saya tidak turun, naik berselang seli. Saya mahu grafnya naik walau sedikit demi sedikit. JAdi saya rasa kita semua patut memperuntukkan sekurang-kurangnya 10 minit untuk memotivasikan diri mungkin dengan cara membaca kisah-kisah motivasi atau apa-apa yang berkaitan untuk memotivasikan diri kita.Wallahualam.

Salam kasih sayang..Nadia
Wassalam

Tuesday, November 12, 2013

Fokus

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
Agak lama tidak menaip entri baru. Terkejar-kejar masa untuk menyelesaikan pelbagai tugasan. Ditambah pula suami dah terjangkit 'chicken pox' yang saya alami minggu lepas. Kenalah jaga orang sakit lebih sikit.
Fokus. Dari pembacaan saya fokus amat penting apabila kita lakukan sesuatu. Kadang-kadang bila saya buat sesuatu saya akan terfikir semula apa sebenar yang sepatutnya saya fokuskan. Saya sangat berminat dengan bisnes barangan bayi dan kanak-kanak. Kalau boleh saya nak fokus untuk satu benda ini sahaja. Malangnya, untuk mencapai cita-cita saya untuk mengembangkan bisnes barangan baby ini saya terpaksa mencari sumber kewangan dari cabang lain pula.
Ini menjadikan saya tidak dapat fokus kepada satu benda sahaja. Saya hanya berniaga di pasar setiap hujung minggu jika tak perlu bekerja di pejabat pada hujung minggu. Ini bermakna hanya 2 hari sahaja masa saya peruntukkan untuk menjual barangan baby. Saya tak mampu nak dapatkan modal dengan cepat. Walaupun saya turut menjual barangan baby secara online tetapi sambutan tak semeriah jualan offline saya.
Dalam situasi saya, saya terpaksa membuat perkara lain untuk mencapai satu impian yang betul-betul saya inginkan. Bukan terpaksa tapi kreatifkan diri untuk mencapai impian saya. Saya rasa cara saya mungkin ada kekurangan tapi setiap orang mempunyai idea yang berbeza untuk selesaikan masalah mereka sendiri. Saya bereksperimen dengan situasi saya ini. Harap-harap saya dapat hasil yang positif hendaknya. Selepas itu, saya akan fokus 200% kepada bisnes barangan baby dan kanak-kanak saya. InsyaAllah.

Salam kasih sayang..
Wassalam.

Wednesday, November 6, 2013

Tanya diri anda dahulu

Berniaga bukanlah suatu cabang pekerjaan yang akan menetukan atas atau bawah anda berada. Selama setahun lebih saya berniaga saya pernah jatuh, pernah tersungkur dan pernah merasa berdiri dengan megahnya. Berniaga tidak memberi anda tiket untuk menjadi kaya jika anda sendiri tidak mengusahakannya.
Sebelum anda mula mengambil keputusan untuk berniaga anda perlu bersedia mental dan fizikal untuk menerima hakikat bahawa pendapatan yang akan anda perolehi tidak akan tetap setiap bulan. Kadangkala anda akan mendapat sedikit sahaja dan jika nasib menyebelahi anda, anda akan dapat lebih dari yang anda jangka. Berbeza dengan makan gaji, setiap bulan anda akan mendapat gaji dengan jumlah yang sama dan telah ditetapkan oleh orang atasan. Berniaga pula, gaji yang anda terima seperti apa yang anda mahukan dan usahakan. Contohnya, pada bulan ini anda ingin mendapat RM3000 bersih, jadi anda akan usaha untuk mendapat RM3000. Jika anda rasa RM200 sudah cukup, usaha anda juga hanya untuk RM200 sahajalah.
Berniaga sendiri tidak kira secara online mahupun offline tidak mempunyai jadual yang tetap. Bila-bila masa sahaja pelanggan akan mencari kita atau bila-bila masa sahaja kita perlu mencari pelanggan. Walaubagaimanapun, kita boleh tetapkan masa kita sendiri untuk bekerja. Contohnya, bagi seorang suri rumah yang bekerja, beliau akan menguruskan anak-anakdahulu sebelum memulakan perniagaannya sehari-hari. Mungkin pukul 9 baru boleh mulakan perniagaan. Jadi, masa sangat fleksibel dan terpulang kepada individu tetapi apa yang penting kawal masa supaya tidak dibazirkan kerana masa tidak dapat diputar kembali.
Bukan semua perniagaan berakhir dengan kejayaan. Untuk berjaya mungkin perlu berhadapan dengan beberapa kegagalan. Selepas menemui kegagalan pertama, cuba ubah dan baiki cara kerja atau apa-apa perkara yang kita rasa menggagalkan usaha kita. Jangan jadikan kegagalan sebagai alasan untuk berhenti berniaga. Dan yang paling penting jadikan kegagalan sebagai pengalaman hidup yang sangat bernilai. Belajar dari kegagalan.

Berniaga itu hebat. Jom rasainya.
Salam asih sayang..Nadia
Wassalam