Monday, October 13, 2014

BAJU MURAH WANITA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

ASSALAMUALAIKUM..

JEMPUT KE BLOG YANG MENYAJIKAN BAJU MURAH UNTUK WANITA.

http://bajumurah-wanita.blogspot.com/

SILA JAMU MATA DAN SEKIRANYA BERMINAT UNTUK TEMPAHAN BOLEH TERUS HUBUNGI SAYA DI 0134093111.

TERIMA KASIH. 

TOP












LENGTH: 60CM
BUST: 93CM
SHOULDER: 35CM
SLEEVE: 59CM
ARM HOLE: 34CM
SIZE: FREE SIZE, FITS UP TO L
MATERIAL: CHIFFON + LACE
COLOUR : BLACK, MUSTARD, BLUE, GREEN, RED ROSE, PEACH,WHITE
  
 RM 28 ONLY!!!!
BOLEH HUBUNGI 0134093111 UNTUK TEMPAHAN.

Sunday, September 14, 2014

Singgah sebentar..

Assalamualaikum..

Blog lama dah tak ber'update'. Facebook sekadar singgah-singgah sebentar.
         Sejak beberapa bulan ni saya sungguh tak fokus dengan apa yang saya pernah rancang dahulu. Rasa sayang semuanya hanya separuh jalan. Tak seperti yang dirancang. Hampa sangat.
         Walaubagaimanapun, saya ada juga rajinkan diri menyinggah di blog orang lain untuk dapatkan semangat-semangat positif tak kiralah untuk bisnes saya atau kehidupan seharian saya.
          Lepas raya baru ini, saya cuti sebulan dari menjual di pasar tani. Bukan sebab untung jual semasa bulan puasa baru ini banyak sangat seperti yang orang katakan tapi sebab saya nak habiskan masa hujung minggu dengan anak-anak. Mana taknya sebulan menjual di bazar semasa puasa baru ini, masa saya dengan anak-anak teramatlah sedikit. Siang kerja di pejabat dan bermula petang sehingga lewat malam berniaga di bazar. Siapa yang pernah ke Setiu dan Jertih tahulah jaraknya berapa. Jadi, hari-hari ini yang saya dan suami lakukan.
         Penat? Lebih dari penat tapi demi anak-anak dan demi 'hutang' yang perlu kami lunaskan, kami usaha juga. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada suami tersayang kerana sanggup membantu saya. Oh..sebenarnya sebelum ini (pada awal perniagaan) suami tidak berapa berkenan dengan perniagaan ini walaupun keluarganya ada latar belakang sebagai peniaga) Mungkin suami nampak kesungguhan saya, jadi dia mahu membantu.
        Oh ya..saya ada tambah barang jualan baru..Diaper bag..Jemput jamu mata dan jika berminat boleh Whatsapp saya..0134093111.

 RM40
 RM40
 RM35
 RM35
 RM35
 RM35
 RM35
RM35

Selamat menjamu mata.
Salam kasih sayang..Nadia.

Wednesday, June 18, 2014

Mencuci Laman Bersawang

Assalamualaikum..

Lama benar rasanya tak menjengah blog kesayangan ini. Kalau nak menulis memang mudah. Saya sering menulis tentang fokus tapi adakalanya saya memang tidak berjaya untuk fokus. Alasan sahaja semua itu. Betul tak?
Tak apalah. Mungkin lepas ini saya mampu menaip lagi. Mencuci kembali blog yang penuh bersawang ini. InsyaAllah.
Baru-baru ini saya ada menyertai expo jualan di Besut. Alhamdulillah, satu peluang dan pengalaman yang menarik. Namun, yang lebih menarik adalah saya ditawarkan untuk berniaga di Bazar sepanjang Bulan Ramadhan. Memang satu peluang yang menarik tapi masih berfikir-fikir. Siang hari saya bekerja di Setiu tapi di sebelah malam perlu berniaga di Besut. Sebenarnya, fikir pon sudah mendatangkan lelah. Jauh juga nak berulang-alik.
Saja nak berkongsi. Hari saya ditawarkan peluang untuk berniaga sepanjang Ramadhan sebenarnya saya telah memohon doa supaya saya mampu membantu bapa saudara saya di kampung. Dengan gaji yang ada memang tak mampu untuk membantunya. Hasil expo yang tak seberapa dapatlah saya sumbangkan sedikit wang ringgit untuknya. Tapi tak selalu dapat membantu pun. Jadi saya berdoa untuk diberi jalan membantunya. Nak dijadikan cerita hari yang sama saya diberi peluang ini. Agak-agak adalah Tuhan sedang membantu saya menunaikan impian saya dengan cara ini?
Sekadar berkongsi tanpa sebarang niat. Harap-harap semuanya fikir positif sahaja ya bila membaca entri ini ya.:)
Rasanya cukup sekadar ini sahaja kali ini. InsyaAllah saya akan kongsi perkara-perkara yang lebih menarik lagi nanti.
Wassalam.

Monday, April 7, 2014

Selamat malam

Bismillahirrahmanirrahim.

Adat suatu perniagaan itu ada naik dan ada turunnya.
Walaubagaimanapun, kita sebagai penemu kepada perniagaan kita perlu tahu mengapa ada turun dan naiknya perniagaan kita.
Tiada siapa yang lebih arif tentang perniagaan kita selain diri kita sendiri.
Saya sedar perniagaan saya sedang menurun ketika ini dan saya juga tahu mengapa ia berlaku.
Saya kaji dan saya fikir semula kekurangan yang saya lakukan.
Kalau dulu saya boleh fokus 100% kepada perniagaan saya tetapi kini saya rasa makin kurang.
Tindakan saya? bermula semula. Bukan berhenti di sini.
Gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selamanya. Pasti ada jalannya. Cuma cepat dan lambat sahaja.
InsyaAllah

Sunday, March 23, 2014

Fokus!!!

Bismillahirrahmanirrahim..


Malam ni fikiran saya agak bercelaru..Saya perlu keluar dari rumah sewa ini secepat yang mungkin kerana tuan rumah nak jualkan rumah yang saya diami sekarang ini. Masalahnya di Setiu ini susah sangat nak dapatkan rumah sewa. Disebabkan masalah ini saya dan suami mengambil keputusan untuk membeli rumah kami sendiri secepat mungkin supaya duit tak dibazirkan kepada bayaran sewa rumah tetapi dilaburkan pada aset kami sendiri.Doakan semuanya lancar.

Satu lagi perkara yang bermain di fikiran saya sudah tentu pada bisnes yang sudah 2 tahun saya jalankan. Sejak beberapa bulan ini, nampaknya perniagaan kurang memberangsangkan. Saya percaya ini berpunca pada kurangnya promosi dan fokus terhadap perniagaan ini memandangkan sejak akhir tahun sehingga beberapa ketika ini masa banyak ditumpukan kepada perkara lain yang saya rasa lebih penting. Saya perlu cari jalan untuk mengembalikan semula kepercayaan pelanggan kepada jualan saya.

Fokus...apa sahaja yang kita lakukan kita perlu fokus. Kadang-kala secara tidak sengaja fokus saya memang bersimpang -siur. Entah kenapa hati tak macam dulu lagi. Saya perlu cari jalan dan cuba cari semula fokus atau sasaran yang saya telah tetapkan. Ya..menulis sasaran adalah salah satu cara yang efektif untuk kita mendidik hati bagi mencapai sasaran kita.

Jadi, mari ambil pen dan kertas tulis sasaran kita semula sebelum ia menjunam ke bawah dan tak jumpa jalan kembali. InsyaAllah..

Wednesday, February 12, 2014

Apa yang perlu difikir kalau nak mula berniaga?

Bismillahirrahmanirahim..

Apa sahaja perniagaan yang kita pilih semestinya kita ingin yang terbaik. Kita juga mengharapkan ia tidak sekadar separuh jalan. Jangan seperti satu pepatah 'Kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahhari'.
Apa agaknya yang perlu kita fikirkan sebelum mengambil keputusan untuk memulakan suatu perniagaan itu? Jom kita kongsi-kongsi apa yang saya baca.
1) Kajian terhadap persekitaran atau keadaan semasa
    Di mana kita semasa kita nak mulakan perniagaan tu? Adakah di kawasan kampung? atau bandar? Katakanlah kawasan anda nak berniaga adalah satu kawasan di mana satu institusi pengajian akan dibuka. Agak-agak perniagaan apa yang sesuai? Macam-macam idea yang berada dalam otak saya sekarang. Kedai fotostat, khidmat kereta sewa, dobi, kedai alat tulis dan macam-macam lagi. Pentingnya kajian ini adalah untuk mengelakkan kedai kita tiada fungsi di satu-satu kawasan tersebut.

2) Rakan Kongsi
    Pemilihan rakan kongsi juga perlu dititikberatkan. Rakan kongsi bukan bermakna hanya melabur sedikit wang tetapi tidak berminat untuk mengambil tahu tentang perniagaan atau tidak berminat dengan apa yang diniagakan. Ini amat penting ya lebih-lebih lagi ia melibatkan wang. Setiap rakan kongsi perlu ada komitmen dan minat yang sama bagi mengelakkan situasi lepas tangan.

3) Kecil-kecil je dulu
    Apa sahaja yang kita lakukan perlulah dimulakan dengan yang kecil dulu. Lepas dah lulus satu fasa kita boleh kembangkan ke fasa yang seterusnya pula. PErlukan masa dan komitmen ye untuk mencapai yang besar-besar ni.

4) Pekerja
Bagi perniagaan yang mampu menggaji pekerja bolehlah berbuat demikian tetapi siapa pekerja itu perlu lah diselidiki terlebih dahulu. Takut nanti setiap jualan kita akan lesap macam tu saja. Bukan tak boleh percaya pekerja sepenuhnya tapi mesti simpan juga kepercayaan tu sedikit bagi mengelakkan kes tuan kena tipu dengan pekerja.

5) Startegi yang berkesan
Startegi perniagaan sepatutnya sudah dirancang terlebih dahulu. Strategi nak dapat untung hujung bulan, strategi nak tambah pelanggan, nak tarik hati pelanggan dan macam-macam lagi.

6) Lepas kita dah mula dengan perniagaan yang kecil dan sederhana semestinya kita mahu lihat perniagaan kita maju dan besar serta berjaya. Masa ni semnagat memang dah menyala-nyala. Ditambah pula dengan pandangan orang lain terhadap kita lagi tambah semangatnya.

Apa yang penting kita perlu bersedia dari segala segi. Apa sahaja untuk berjaya perlu kita harungi. Tapi jangan sekali-kali kita berjaya atas kejatuhan orang lain.

Salam sayang..Nadia