Wednesday, February 12, 2014

Apa yang perlu difikir kalau nak mula berniaga?

Bismillahirrahmanirahim..

Apa sahaja perniagaan yang kita pilih semestinya kita ingin yang terbaik. Kita juga mengharapkan ia tidak sekadar separuh jalan. Jangan seperti satu pepatah 'Kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahhari'.
Apa agaknya yang perlu kita fikirkan sebelum mengambil keputusan untuk memulakan suatu perniagaan itu? Jom kita kongsi-kongsi apa yang saya baca.
1) Kajian terhadap persekitaran atau keadaan semasa
    Di mana kita semasa kita nak mulakan perniagaan tu? Adakah di kawasan kampung? atau bandar? Katakanlah kawasan anda nak berniaga adalah satu kawasan di mana satu institusi pengajian akan dibuka. Agak-agak perniagaan apa yang sesuai? Macam-macam idea yang berada dalam otak saya sekarang. Kedai fotostat, khidmat kereta sewa, dobi, kedai alat tulis dan macam-macam lagi. Pentingnya kajian ini adalah untuk mengelakkan kedai kita tiada fungsi di satu-satu kawasan tersebut.

2) Rakan Kongsi
    Pemilihan rakan kongsi juga perlu dititikberatkan. Rakan kongsi bukan bermakna hanya melabur sedikit wang tetapi tidak berminat untuk mengambil tahu tentang perniagaan atau tidak berminat dengan apa yang diniagakan. Ini amat penting ya lebih-lebih lagi ia melibatkan wang. Setiap rakan kongsi perlu ada komitmen dan minat yang sama bagi mengelakkan situasi lepas tangan.

3) Kecil-kecil je dulu
    Apa sahaja yang kita lakukan perlulah dimulakan dengan yang kecil dulu. Lepas dah lulus satu fasa kita boleh kembangkan ke fasa yang seterusnya pula. PErlukan masa dan komitmen ye untuk mencapai yang besar-besar ni.

4) Pekerja
Bagi perniagaan yang mampu menggaji pekerja bolehlah berbuat demikian tetapi siapa pekerja itu perlu lah diselidiki terlebih dahulu. Takut nanti setiap jualan kita akan lesap macam tu saja. Bukan tak boleh percaya pekerja sepenuhnya tapi mesti simpan juga kepercayaan tu sedikit bagi mengelakkan kes tuan kena tipu dengan pekerja.

5) Startegi yang berkesan
Startegi perniagaan sepatutnya sudah dirancang terlebih dahulu. Strategi nak dapat untung hujung bulan, strategi nak tambah pelanggan, nak tarik hati pelanggan dan macam-macam lagi.

6) Lepas kita dah mula dengan perniagaan yang kecil dan sederhana semestinya kita mahu lihat perniagaan kita maju dan besar serta berjaya. Masa ni semnagat memang dah menyala-nyala. Ditambah pula dengan pandangan orang lain terhadap kita lagi tambah semangatnya.

Apa yang penting kita perlu bersedia dari segala segi. Apa sahaja untuk berjaya perlu kita harungi. Tapi jangan sekali-kali kita berjaya atas kejatuhan orang lain.

Salam sayang..Nadia