Saturday, December 28, 2013

Ambil Peluang Yang Ada

Bismillahirrahmanirrahim..

Sebagai seorang manusia kita, kita tidak dapat lari dari perasaan atau sikap berputus asa apabila sesuatu yang kita kerjakan tidak berjaya malah menemui jalan buntu. Kita rasa itulah usaha terakhir kita. Walaubagaimanpun, manusia sangat unik. Tuhan berikan kita akal fikiran yang panjang untuk berfikir dan mencari jalan penyelesaian apabila berhadapan dengan masalah. Tanpa kita sedari masalah itu sebenarnya mengajar perjalanan kehidupan yang sangat bererti buat kita.
Ambillah peluang untuk mencari penyelesaian masalah kita tanpa mengabai atau meninggalkannya kerana inilah masanya kita akan nampak masa depan kita. Cuba dan cuba tanpa putus asa. Siapalah kita nak putus asa lama-lama. Kita hanya manusia yang dijadikan Tuhan untuk menempuh semua ini. Suatu hari nanti kita akan dapat rasa kemanisannya. InsyaAllah.

Wednesday, December 11, 2013

Percubaan seterusnya

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Agak lama menyepi. Saya mencuba sesuatu yang baru tapi masih dalam bidang perniagaan yang libatkan kanak-kanak.
   Mula membuar 'research' sebulan yang lalu dan mula mencari 'lubang-lubang' yang betul. Alhamdulillah. Percubaan ini memberi kesan dan hasil yang positif.
   Saya mula mencari tapak dalam perniagaan pakaian murah dari Bangladesh. Bagus juga fabriknya. Serap peluh dan tak panas. Murah pula. Saya cuma jual sekitar RM5 untuk sehelai baju atau seluar. Sambutan sangat menggalakkan terutama dari pelanggan offline. Ramai pula pelanggan baru dan ada juga sudah beli beberapa kali walaupun baru dua kali 'restock'.
   Pelanggan yang pernah beli juga beri maklumbalas positif terutama dari segi jenis fabrik dan harga yang ditawarkan. Alhamdulillah. Ditambah pula sekarang musim hujan bertambah lagi rezeki. Buat basahan di rumah memang sesuai.
   Syukur sebab Tuhan bagi idea ini terlintas di fikiran. Alhamdulillah lagi.
   Risiko? risau juga sebab takut tak dapat sambutan. Tapi dengan 'research' dan yakin diri memang perlu tau.








Salam sayang..Nadia.
Wassalam.