Thursday, October 31, 2013

Jom Kenal-Kenal Dengan Demam Campak

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Entri sebelum ini sudah saya sentuh sedikit sebanyak mengenai tanda dan gejala yang saya hadapi sebelum penyakit saya didiagnos sebagai Demam Campak. Jadi hari ini mari kita berkenal-kenalan dengan demam campak ini supaya sekiaranya ada di antara kita atau anak-anak atau saudara-mara kita yang ada tanda-tanda bagi penyakit ini dapat kita jadikan panduan sedikit sebanyak.
   Maklumat klinikal ini saya perolehi dari www.myhealth.gov.my
   Demam campak atau juga dikenali sebagai Rubella merupakan salah satu penyakit berjangkit yang sangat mudah berjangkit dari satu individu ke satu individu lain terutama yang tinggal serumah.(Ahli keluarga/Housemate dll) Jangkitan ini merupakan jangkitan akut yang berlaku pada kanak-kanak disebabkan virus Measles.




Antara gejala-gejala penyakit Demam Campak ini adalah jangkitan respiratori dan ruam pada kulit. Seperti yang saya nyatakan di atas tadi penyakit ini sangat mudah berjangkit dari satu individu ke individu lain. Ia menular melalui cecair dari mulut dan hidung sama ada semasa bercakap, bersin atau batuk.
   Dalam tempoh selepas 10-12 hari selepas dijangkiti seseorang itu akan mula menunjukkan tanda-tandanya seperti demam dengan suhu yang tinggi, batuk, selsema, sakit tekak, mata berair dan sensitif pada cahaya serta sakit otot. Selepas 2-3 hari barulah ruam akan timbul bermula pada muka, kepala seterusnya ke badan, tangan dan kaki. Kalau ikutkan kata-kata orang lama sebelum nak berubat(minum air kelapa) biar ruam ni tumbuh dari kepala sampai ke kaki dulu baru boleh ke langkah rawatan seterusnya. Selalunya ruam ini akan kekal dalam tempoh 4-7 hari.(Sebab itu saya dapay MC 7 hari). Semasa ruam timbul selalunya suhu badan memang akan tinggi. Demam campak ini boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.
   Selalunya penyakit demam campak ini akan sembuh sepenuhnya cuma mungkin parut sahaja yang tinggal. Walaubagaimanapun, terdapat sesetengah kes keadaan kesihatan pesakit menjadi lebih teruk. Ini kerana sistem imunisasi badan yang lemah atau tidak cukup zat makanan. Keadaan ini boleh menyebabkan jangkitan pada telinga, jangkitan pada otak (encephalitis), jangkitan pada paru-paru(pneumonia) dan cirit-birit. Bagi wanita hamil pula boleh menyebabkan keguguran atau lahirkan bayi yang pramatang.
   Demam campak tidak ada rawatan yang spesifik. Lebih kepada pemberian panadol untuk legakan demam panas dan beberapa langkah pencegahan untuk elak gatal/sakit mata dan yang penting rehat yang cukup serta minum air yang mencukupi untuk badan.
   Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperkenalkan Program Campak Kebangsaan dengan pemberian suntikan imunisasi. Jadi,kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah imun dengan penyakit ini. Walaubagaimanapun, di kawasan bandar utama kes demam campak meningkat disebabkan kebanjirn orang asing. Bagi kanak-kanak yang masih belum mendapat imunisasi ini, risiko untuk dijangkiti penyakit demam campak ini agak tinggi. Pemberian suntikan imunisasi MMR (Measles, Mumps dan Rubella) yang diperkenalkan oleh KKM akan diberi ketika usia 12 bulan dan dos tambahan pada usia 7 tahun.


Bahagian rawatan yang agak menarik untuk saya kongsi. Setelah saya google dan ada beberapa petua yang saya ikut Alhamdulillah ada yang nampak perubahan positif. Petua tradisional masih belum saya ikuti. Banyak juga petua yang saya jumpa.

1) Seperti yang saya kongsikan sebelum ini, saya hanya mengambil panadol 2 kali. Itupun sebab disuruh suami dan ibu mertua.(Sebab kesiankan saya). Saya mengambil suplemen SHAKLEE. Hari pertama demam saya ambil B-Complex Shaklee. Alhamdulillah  tak lama lepas tu dah boleh bangun. Yang penting saya tak ambil ubat.(Ubat + drug - tak banyak tapi kalau amalkan selalu memang tak elok) Kemudian kawan saya cadang untuk cuba Nuriferon Shaklee. Dia bagi saya 5 sachet.(Kecil je packet dia) Saya disarankan ambil 1 sachet 4 jam sekali. Alhamdulillah lepas 2 sachet pertama badan tak teruk sangat sakitnya dari sebelumnya. Kalau ikutkan hati memang tak larat langsung nak gerak badan. Nak jadikan cerita malam saya demam dan sakit badan teruk tu Zara meragam. Dalam keadaan badan yang teramat sakit dapat juga saya dodoikan dia. Alhamdulillah hari ini badan memang makin sihat. Banyak perubahan cuma biji-biji ini makin banyak dan dah mula ada pada kaki. Gatal tapi tak gatal sangatlah terutama bahagian kepala dan paha. Sambil-sambil itu saya teruskan makan Sustained Released Vitamin C dan Vita E dari Shaklee untuk elak parut. Harap-harap menjadi. Ada juga sedia awal-awal Herbal Blend Shaklee yang dikatakan baik untuk parut demam campak.


2) Ada juga terima maklumbalas dari kawan lama bahawa pengasuh beliau pernah menyapukan abu ranting kayu (bukan abu sampah) di seluruh badan semasa beliau kecil. (Terima kasih Mohd Zulhafiz)

3) Dari pencarian google jumpa macam-maca petua antaranya yang biasa kita dengar adalah menggunakan air buah kelapa fresh.

Selain untuk diminum ia juga sesuai untuk buat air mandian serta disapu pada badan. Sama ada dengan air sahaja atau dicampur dengan bedak sejuk. Tau tak bedak sejuk macam mana rupa dia?
Tengok ini.
Pernah jumpa? Rasanya kalau pergi pasaraya Mydin pun boleh jumpa. Ni saya nak cuba sekejap lagi.

3) Penggunaan daun semambu. Yang ini saya sendiri tak pernah jumpa dan nak cari juga. Yela. Kalau kita tak pernah kena memang kita tak ambil tahu tapi bila dah kena diri sendiri yang tak tahu pun leh jadi pakar. Hehe. Daun semambu ini boleh guna untuk lapik tidur. Kalau diikutkan lebih baik letak terus atas tilam tapi mungkin anak-anak tak selesa, jadi bolehlah dilapik dengan sehelai kain.

Daun semambu ini berfungsi untuk membuang miang-miang di badan kita. Ada juga petua yang menggunakan daun semambu ini untuk disapu pada badan dengan cara menumbuk daun semambu yang telah dibersihkan bersama sedikit beras dan kunyit.

4) Ada juga yang menggunakan oat sebagai penghilang miang dan gatal. Oat diletak di dalam incang dan disapu pada badan atau boleh direndam bersama-sama air mandian. Selepas mandi dengan air rendaman oat tidak perlu dibilas.

Bagi mengelakkan badan menjadi gatal dan miang elakkan dari suasana yang boleh mnyebabkan badan berpeluh. Selain itu, elakkan diri dari terkena bahang cahaya matahari. Ada juga nasihat-nasihat yang menganjurkan pesakit supaya tidak berada di dapur ketika orang sedang memasak mungkin kerana bahang api boleh menyebabkan rasa gatal. Pada masa ini, pesakit dilarang untuk mengambil makanan berminyak dan bergoreng. Kena berpantang lebih sedikit dari segi pemakanan. Lebihkan makanan yang direbus dan dibakar.

Untuk elakkan parut pula disarankan supaya tidak terkena hujan. Selepas semua sembuh barulah mula mencari krim/suplemen untuk hilangkan parut.

Semua yang dikongsi adalah salah satu usaha untuk merawat atau mengurangkan sakit kita. Selebihnya kita perlu berdoa kepada Allah SWT. Kita hanya merancang dan Dia saja yang menentukannya. Wallahualam.

Salam kasih sayang...Nadia
Wassalam.



Tuesday, October 29, 2013

Demam Campak

Teks : Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Sudah lama benar saya tidak menulis di blog kesayangan saya ini. Macam-macam rintangan terpaksa saya hadapi ehinggalah ke hari ini dan Alhamdulillah pada hari ini dalam keadaan yang masih tidak sihat saya diberi kesempatan untuk menulis semula.
   Beberapa hari sebelum ini saya diserang demam panas dan sakit-sakit badan yang melampau. Waktu ini suami 'outstation' dan saya tinggal sebentar dengan ibu mertua di Besut. Saya hanya diamkan sahaja sakit saya sehingga satu malam lepas balik dari kerja saya menggigil di bawah selimut. Waktu itu badan saya memang panas tapi saya yang rasa sejuk sangat. Kepala dan badan sakit sangat macam kena pukul. Waktu itu saya ingat saya diserang demam denggi. Risau juga. Lepas telan panadol yang mertua bagi demam pun hilang. Badan pun sudah kurang sakit. Pada malam itu perasan ada satu bintik berisi air tumbuh di bahagian dada saya dan saya masih tidak terfikir tentang demam campak.
    Keesokan harinya saya mula perasan di telinga dan bahagian dada ada lagi beberapa ketul biji berisi air ini tumbuh pula. Saya nekad nak pergi klinik sebab kalau betul-betul demam campak saya kenalah dikuarantin dari anak-anak saya sebab demam campak ini adalah salah satu penyakit berjangkit yang sangat mudah merebak. Selepas pergi ke klinik Doktor masih tidak mendiagnos penyakit saya sebagai demam campak. Sekiranya biji-biji bertambah dia minta saya datang semula. Waktu itu, saya dibekalkan dengan ubat sapu(Calamine), paracetamol(demam) dan ubat untuk tahan gatal.
   Semalam pula biji-biji ini makin banyak, atas kepala, muka, badan, tangan dan paha. Saya ke klinik sekali lagi dan doktor mendiagnos penyakit saya sebagai Demam Campak dan telah bagi saya MC 7 hari mengikut prosedur. Ini hari kedua cuti sakit saya. Semalam saya langsung tak boleh bangun dan Alhamdulillah hari ini saya makin segar tetapi biji-biji ini semakin banyak. Selama saya demam dan sakit ini baru 2 kali saya makan ubat dari klinik dan selebihnya saya makan suplemen SHAKLEE. Alhamdulillah ada perubahan yang baik sehingga ke hari ini. Cuma sekarang nak tunggu biji-biji ini tumbuh habis dan sembuh sepenuhnya. Jadi saya bercadang nak kongsi dengan anda semua tentang Demam Campak pada hari ini. Semoga ia dapat menjadi panduan ketika anda atau anak-anak anda dijangkiti dengan penyakit ini.
Jom ke Entri seterusnya.

Salam kasih sayang...Nadia.
Wassalam.

Wednesday, October 23, 2013

Jom Rebut Peluang Tambah Ilmu

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim...
   Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi. Syukur dengan limpah dan kurnia dari Yang Maha Esa pintu hati ini terbuka untuk menambah ilmu yang tak pernah habis dituntut selagi nyawa dikandung badan. Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad.
   Ilmu ini terlalu luas. Tiada batasan. Semakin kita menuntut ilmu semakin rasa tak cukup ilmu tersebut. Ilmu dunia, ilmu akhirat, ilmu mendidik anak-anak, ilmu berniaga dan banyak lagi.
    Hari ini saya berdepan dengan situasi di mana perlu menaikkan semula semangat sahabat saya untuk meneruskan perniagaan yang baru beberapa bulan diceburinya. Ini pentingnya ilmu di dada. Sebelum kita mangambil keputusan untuk berniaga kita perlu sediakan mental dan fizikal kita sepenuhnya untuk menghadapi apa jua masalah dan rintangan yang bakal kita hadapi sepanjang perniagaan kita. Jika kita tiada ilmu kita memang akan cepat mengalah.
   Pada mula perniagaan saya, saya banyak laburkan duit untuk membeli buku-buku rujukan kerana saya memang 'zero' dalam dunia perniagaan. Tiada seorang pun ahli keluarga saya seorang peniaga. Ilmu yang saya perolehi hampir 100% dari hasil pembacaan sahaja. Walaubagaimanapun, hasil motivasi dari buku-buku yang saya baca saya cuba tetapkan hati. Saya juga tak menyangka sebenarnya saya masih mampu bertahan sehingga hari ini. Pada saya, ini semua sebab ilmu yang saya perolehi hasil dari pembacaan saya dari buku, bolg dan artikel-artikel pernigaan.
   Selepas kita memulakan perniagaan, kita perlu buang jauh-jauh satu sikap ini. Kita tidak boleh bertapi-tapi untuk mengubah diri kita. Maksud saya, kita tak boleh memberi terlalu banyak alasan untuk buat sesuatu. Perancangan yang baik dalam perniagaan akan menjamin perniagaan itu lebih lama bertapak dan mungkin akan terus bertambah maju. Semua ini kita akan dapat daripada ilmu yang kita cari.
   Apa beza ilmu dengan pengalaman pula? Tak dinafikan kadang-kadang orang lebih mementingkan pengalaman berbanding ilmu yang kita ada. Ini kerana, tak semestinya kita ada ilmu kita mampu praktikkan dalam perniagaan kita. Oleh itu, ilmu dan pengalaman pelu bergerak seiring. Sambil mempraktikkan ilmu sambil menjadikan ia pengalaman untuk masa depan juga. Dalam situasi tertentu pengalaman akan diambilkira bagi menetukan satu-satu keputusan. Saya bercerita kepada orang pun dengan pengalaman yang ada bukan semata-mata ilmu. Tapi pengalaman juga datang dari ilmu yang dituntut. Faham tak?
   Nak berniaga? Nak buka kedai? Nak tambah ilmu perniagaan? Nak mula belajar selok belok perniagaan? Jom saya bagi satu cara.





Anda boleh dapatka ilmu dari ebook ini untuk mulakan bisnes anda. Pake ini adalah promosi untuk bulan Oktober. Untuk mendapatkan pakej ini anda hanya perlu membayar RM100(harga asal RM130) dan percuma ebook 101 Idea Home Based Bisnes(Akan diterbitkan pada 30.11.2013). Ini lah salah satu pelaburan perniagaan anda atau anda ada pilihan untuk menyertai kelas online yang disediakan untuk penulisan blog dan membina fan page di facebook untuk perniagan anda.





Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi saya ya. Saya sedia membantu anda yang ingin dibantu untuk memulakan perniagaan anda atau mengukuhkan perniagaan anda seperti saya. 
Selamat malam semua.
Salam kasih sayang... NAdia
Wassalam

Monday, October 21, 2013

Dropship

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Sekiranya diajak atau dicadangkan untuk berniaga bagi menambahkan sumber kewangan, sesetengah individu sering memberi alasan tidak ada modal untuk mulakan perniagaan. Namun masalah ini telah ada solusinya. Yang penting cuma komitmen dan disiplin untuk berniaga. Bagaimana? Jawapannya dengan menjadi agen dropship.
   Sebelum saya ada perniagaan saya sendiri saya sering terjumpa dengan perkataan dropship ini bila saya mencari jenis bisnes di internet. Pada mulanya saya juga tidak memahaminya. Rupanya droship ini adalah salah satu cara juga kita nak perolehi wang tanpa keluarkan modal kita sendiri. Banyak juga perniagaan yang menawarkan program dropship ini. Jadi, tiada alasan lagi jika kita mahu berniaga. Tiada lagi alasan tiada modal yang kita keluarkan. Nak seribu daya tak nak seribu dalih.
   Berbalik kepada istilah dropship itu semula. Dropship ini adalah satu bentuk perniagaan yang melibatkan penjualan suatu produk atau perkhidmatan dengan pengedar. Keuntungan adalah berdasarkan jualan yang kita dapat. Kelebihannya kita tak perlu menyimpan stok, tak perlu membalut stok atau mengepos stok sendiri. Kita hanya perlu mencari pelanggan, mendapatkan bayaran bagi produk atau servis yang kita tawarkan dan memindahkan bayaran produk atau servis kepada pengedar dan sebelum itu kita sudah menerima untung kita sendiri.
   Dari segi jumlah keuntungan adalah mengikut syarat yang ditentukan oleh pengedar. Contohnya, harga agen dropship bagi baju muslimah A adalah RM40 dan anda dibenarkan meletakkan harga anda sendiri mengikut keuntungan yang anda mahukan contohnya RM50. Jadi untung atas angin yang anda akan terima adalah RM10 dan selebihnya dipindah ke akaun pengedar. Ada sesetengah pengedar meminta anda membayar sedikit wang pendaftaran. Ini sebagai tanda yang anda akan memberi komitmen pada jualan anda itu.
   Anda boleh mempromosikan produk tersebut di facebook, blog dan sebagainya. Asalkan anda tahu untuk menguruskan jual beli tersebut.

Salam sayang...Nadia
Wassalam

Idola 2

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Syukur rasanya dipertemukan dengan orang-orang hebat di sekeliling saya. Saya mengenali sahabat saya ini semasa saya ingin membeli stok mainan untuk perniagaan saya. Beliau berasal dari Besut, Terengganu. Ketika itu beliau tinggal di Kemaman. Sebelum itu, beliau bekerja di sebuah syarikat di ibu kota. Selepas berkahwin dan melahirkan anak beliau tidak bekerja lagi dan mnejaga anaknya sepenuh masa.( Bagusnya kalau saya juga mampu jadi sepertinya)
   Beliau mempunyai  perniagaan online barangan baby dan kanak-kanak yang agak kukuh pada pandangan saya. Selepas kali pertama berurusniaga dengan beliau saya semakin tertarik untuk berkawan dengan beliau. Beliau seorang yang sangat ramah tetapi mungkin juga seorang yang pemalu. Dengan kemudahan online ini beliau mampu berniaga dengan jayanya.
   Tidak lama kemudian, beliau ada mewar-warkan tentang pendapatan yang beliau dapat tapi bukan dari perniagaan barang baby beliau. KEtika itu, saya ada juga merisik-risik khabar kerana agak berminat dengan pendapatan beliau setiap bulan walaupun hanya seorang suri rumah. Beliau menjual suplemen kesihatan.(SHAKLEE). Tak silap saya ketika itu pendapatannya dalam 3 angka.
   Mengikut beliau, beliau mula mepromosi kebaikan produk SHAKLEE selepas mencuba set penyusuannya. Anaknya telah berjaya menyusu badan sehingga 2 tahun. Tidak silap saya dalam tempoh setahun lebih beliau telah berjaya mendapat pendapatan bulanan dalam 5 angka. Apa yang menariknya tentang beliau, beliau tidak pernah putus asa dan tidak pernah memaksa pelanggan beliau. Seperti yang beliau kata, sekiranya pelanggan tahu kelebihan produk ini pelanggan yang akan cari beliau bukan beliau mencari pelanggan. Dalam mengikuti perkembangan semasa beliau saya dapati banyak betul dugaan yang beliau hadapi. Terpaksa berjauhan dengan suami, kehilangan kereta dan macam-macam lagi. Tapi beliau tidak pernah berkata tentang perkara yang negatif. Semuanya beliau jadikan sesuatu yang positif sahaja.
   Apa yang  lebih membanggakan saya, walaupun pada mulanya saya cuma mengenalinya melalui blognya tapi akhirnya saya boleh berkawan dengannya dan mengetahui sedikit sebanyak tentang kisah hidupnya dan usaha beliau sehingga berjaya seperti hari ini. Yang paling membanggakan saya, beliau masih menjaga, menyusukan anak-anak, melihat perkembangan dan pembesaran anak sambil mampu menjana pendapatan sebanyak itu setiap bulan. Katanya, 'bisnes online ini yang penting kena ada laptop dan talian internet. Semua boleh jalan.'
   Saya berharap suatu hari nanti saya juga mampu mengikut jejak langkah beliau. Saya juga ingin melihat anak-anak saya membesar depan mata saya.Amin.
Salam kasih sayang..Nadia.
Wassalam.

Sunday, October 20, 2013

Ulasan Kelas Blog dan Penulisan

Bismillahirrahmanirrahim.
   Alhamdulillah. Lega rasanya setelah berkejar menyiapkan 44 entri pertama bagi tugasan kelas ini. Kadang-kadang bila terfikir rasa tak sangka pula saya mendaftar diri untuk kelas ini. Manakan tidak saya seorang yang agak 'zero' tentang kemudahan internet ini. Walaupun ada akaun fb tapi sekadar melihat status orang lain. Rajin juga membaca blog tapi tak ada kemahiran langsung untuk memiliki blog sendiri.
   Sekarang semua itu berubah dengan sekelip mata. Saya biasa membaca iklan dan promosi oleh Kak Masayu Ahmad mengenai kelas yang dianjurkan beliau secara online sebelum ini tapi hati masih tak kuat untuk turut serta sebagai pelajarnya. Nak dijadikan rezeki saya, pada suatu hari dengan hanya sekali sahaja saya baca status dari fb Kak Masayu mengenai kelas online ini terus saya menaip mesej kepada Kak Mas untuk menyertai kelas beliau. Alhamdulillah saya masih berada di landasan yang saya rancangkan.
   Apa yang saya perhatikan, kelas blog dan penulisan ini bukan sahaja terbuka kepada golongan yang sudah ada asas yang kukuh dalam ilmu berblog ini malah ia juga terbuka kepada individu yang memang 'zero' tentang ilmu blog ini seperti saya. Dengan panduan satu persatu yang diberi oleh guru online, makan pelajaran dapat diteruskan walaupun gurunya tiada di depa mata. Soalan-soalan pula hanya diajukan melalui alam maya sahaja. Walaubagaimanapun, disiplin dan kesabaran amat penting dalam menuntut ilmu melalui online ini.
   Sesungguhnya, saya bersyukur menyertai kelas ini yang saya anggap saya sedang memecahkan tembok tebal dalam diri saya kerana saya benar-benar bukan tergolong dalam kategori 'orang IT'. Tak salah mencuba tapi pastikan kita dapat 'sifu' yang betul supaya kita pun tak terumbang-ambing. InsyaAllah.
Salam kasih sayang...Nadia
Wassalam.

Tuesday, October 15, 2013

Bagaimana saya kenalpasti baki stok

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Untuk memeriksa baki stok pakaian, saya ada membuat senarai pakaian yang saya jual. Dari yang kecil shingga yang besar. Saya juga membuat kod mengikut jenis contohnya kod 'BK" untuk baju kemeja dan ditag dengan warna hijau jika untuk lelaki. Jika untuk perempuan saya tag dengan warna oren.

    

   Lihat seperti dalam gambar pada kad yang berwarna hijau itu. Saya tiada modal yang besar untuk buat kad tersebut seperti di kedai-kedai besar. Jadi, saya hanya gunakan apa yang ada.  
   Saya akan gantungkan 1 saja saiz bagi 1 pakaian bermula saiz paling kecil. Sekiranya pelanggan mahu saiz lain saya akan periksa pada kad yang saya gantung pada penyangkut baju tersebut. Pada kad tersebut saya letakkan kod baju, saiz yang masih ada dan harga baju. Sekiranya pelanggan membeli baju kemeja 'BK0001' bersaiz XL saya akan potong pada kad tersebut saiz XL. Ini bermakna saiz yang masih ada adalah S, M, L, dan XXL.
   Dengan cara ini saya tak perlu mencari pakaian yang diminta dalam simpanan stok yang banyak itu. Jika saiz tersebut masih ada saya hanya perlu lihat pada kad dan jika stok tiada pun hanya boleh dikenalpasti melalui kad tersebut sahaja. Masa dapat dijimatkan. Ini adalah inovasi yang saya buat dalam menentukan baki stok pakaian saya.
   Setakat ini sahaja perkongsian yang mampu saya beri pada anda. Terima kasih kerana sudi baca.
Salam kasih sayang...Nadia
Wassalam.

Kain batik oh kain batik...

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Saya bukanlah peminat tegar kain batik. Pakai tapi jarang-jarang. Sebelum ini saya tidak pernah ambil pusing tentang jenis-jenis kain batik. Sekarang sudah berubah. Saya mula mengintai-intai bisnes kain batik ini. Manakan tidak, cantik-cantik juga rupanya corak kain batik ini. Macam-macam corak unik dan menarik. Saya sudah jatuh cinta dengan kain batik. Semuanya bermula dengan bantuan untuk mak saudara yang ingin mendaparkan kain batik dalam jumlah yang banyak. Saya mula membuat 'survey' harga dan kualiti kain batik.
   Banyak tempat juga saya tanya dan akhirnya jumpa satu kedai yang bukan sahaja dapat beli kain batik dapat juga belajar jenis-jenis kain batik ini. Suka pula saya sekarang. Nak tengok tak koleksi yang saya dapatkan? Oh ya. Saya juga mula bisnes kecil-kecilan kain batik ini. Boleh juga kalau anda nak beli borong dengan saya dengan minimum pembelian 10 helai tapi gambar ini sekadar untuk cuci mata sahaja.













Beberapa corak yang sempat saya pelajari ialah suria pagi, analisa, gold, wayang kulit dan beberapa lagi. Cantikkan? unik dan menarik. Lagipun ini juga adat tradisi masyarakat melayu kita. Tak mungkin kita semua akan lupakan. Ok. Selamat mencuci mata ya.

Salam kasih sayang..Nadia.
Wassalam.

Adamaya Home

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bimillahirrahmanirrahim.
   Hari ini saya banyak nak kongsi gambar perniagaan sayakepada anda semua. Mungkin boleh dijadikan inspirasi atau sekadar idea kecil untuk anda. Gambar semasa mula-mula saya berniaga tidak pernah diambil kerana tak pernah menyangka perniagaan ini akan berkembang sebegini. Mari cuci mata sama-sama.












Alhamdulillah. Ini yang saya ada setakat ini. Untuk capai semua ini banyak betul pengorbanan yang saya terpaksa lalui tapi saya gembira dengan apa yang saya lakukan ini. Tidak sedikitpun terniat untuk menunjuk-nunjuk semua ini sekadar perkongsian untuk naikkan semangat saya dan inspirasi pada anda yang berminat seperti saya. Perjalanan saya masih jauh lagi untuk saya gapai impian memiliki kedai fizikal sendiri. Semoga saya mampu memilikinya suatu hari nanti. 

Salam kasih sayang...Nadia
Wasaalam.

Pembelian stok

Teks : Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Pada kali ini, saya ingin berkongsi sedikit tentang pengalaman membeli barang untuk diniagakan. Pada masa kini, kita tidak perlu risau lagi untuk mendapatkan bekalan barang niaga. Pelbagai kemudahan kini telah disediakan untuk peniaga yang ingin memborong barang jualan.
  Pada permulaan bisnes saya, saya hanya menggunakan sepenuhnya pembelian melalui online. Ini kerana modal yang diperuntukkan untuk pembelian stok adalah kecil. Jadi, tak berbaloi pula nak pergi sendiri ke GM Klang atau Jalan Kenanga untuk membeli stok dengan jumlah yang kecil. Nasiblah ketika itu saya bertemu dengan pemborong yang betul.
   Dalam beberapa bulan pertama memang inilah cara saya dapatkan stok. Mungkin kurang puas hati kerana warna yang berbeza dengan yang ada di dalam gambar tapi saya berfikiran positif kerana inilah kelemahan jika berurusniaga secara online. Saya juga pernah menggunakan orang tengah untuk mendapatkan stok dari China. Semuanya berjalan lancar cuma penerimaan stok adalah lebih kurang 1 bulan. Untuk cara ini anda kena perlu bersabar dan beri sepenuh kepercayaan kepada orang tengah. Sebelum pilih orang tengah yang akan mengendalikan pembelian anda jangan lupa selidik dahulu latar belakangnya takut nanti anda tertipu. Untuk urusniaga seperti ini mungkin lebih berbaloi sekiranya anda memperuntukkan modal yang lebih besar kerana anda lebih untung dari segi kos penghantaran. InsyaAllah.
   Kemudian, perniagaan saya semakin maju dan berkembang. Saya mula terfikir untuk mengambil sendiri stok dari GM Klang dan Jalan Kenanga. Rasanya waktu ini lebih berbaloi kiranya saya sendiri mendapatkan stok di sana. Alhamdulillah. Perancangan sungguh lancar walaupun kali pertama saya mendapatkan sendiri stok dari pemborong. Lagi puas hati kerana saya boleh pilih sendiri barang dan yang penting tidak akan tertipu lagi dengan warna dan kualiti di dalam gambar sahaja. Sebenarnya masalah warna dan kualiti boleh dimaklumkan kepada pelanggan. Cuma saya sahaja yang menganggap saya ditipu.( Biasalah nak sedapkan hati)
   Sekarang, saya lebih gemar pergi sendiri mendapatkan stok dengan pemborong. Saya boleh pilih sendiri apa yang saya suka mengikut citarasa saya sendiri. Pilihan juga lebih banyak dan tak terbatas. Kadang-kadang, ada rezeki dapat harga yang lebih murah berbanding online. Baguskan.
   Inilah sedikit sebanyak pengalaman saya dalam urusan pembelian stok pakaian untuk perniagaan saya. Semoga ada juga sedikit input yang boleh anda ambil sebagai pembelajaran untuk permulaan perniagaan anda.  Bukan mudah untuk bertapak dalam satu perniagaan itu tapi dengan usaha dan kekuatan yang ada insyaAllah kita semua mampu.

Salam kasih sayang..Nadia
Wassalam

Monday, October 14, 2013

Perjalanan Balik Kampung

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Selama beberapa hari saya tidak berkesempatan untuk menyiapkan tugasan saya yang seterusnya disebabkan kekangan masa dan talian internet. Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca sekalian. Tahun ini saya berpeluang pulang ke Perak untuk sama-sama berkumpul dengan semua adik -beradik seramai 4 orang. Jarang sungguh dapat berkumpul bersama selepas semuanya sudah bekeluarga.
   Perjalanan pulang beraya kali ini sangat lancar. Pada mulanya saya dan suami ramalkan yang jalan akan sesak. Jadi, kami bertolak awal pagi supaya tidak tersangkut dengan kesesakan terutama dari Machang ke Jeli. Alhamdulillah, perjalanan sangat lancar dan tiada kesesakan sehingga tiba di Perak. Cuma hujan lebat di bukit membuatkan perjalanan agak perlahan.
   Apa yang menarik perhatian saya sepanjang perjalanan adalah pondok-pondok jualan di sepanjang perjalanan saya pulang ke Perak. Bermula dari Setiu sepanjang perjalanan banyak pondok-pondok yang menjual buah-buahan tempatan seperti cempedak, dokong dan beberapa buah lagi. Dari Machang menghala ke Tanah Merah meriah pula dengan jualan lemang di tepi-tepi jalan. Saya turut singgah membelinya. Sampai di Lenggong, berderet-deret pondok menjual pelbagai jenis kerepek. Kuala Kangsar pula meriah dengan ikan oekasamnya.
   Mudah sebenarnya nak berniaga ni kan sampaikan di mana-mana pun tetap ada orang menjual. Walaubagaimanapun, apa yang dijual pula berbeza-beza mengikut tempat. Namun, kemeriahannya tetap sama. Seronok saya lihat jual beli sebegini. Lebih santai dan fleksibel. Tidak terikat dengan komitmen yang besar tapi visi yang sama untuk mendapatkan keuntungan.
   Bila difikir-fikir perniagaan sebegini tidak perlukan promosi yang sehebat jualbeli di internet atau kedai fizikal lain. Pelanggan tetap ada ikut rezeki masing-masing. Kadang-kadang terlintas juga di satu-satu kawasan yang menjual benda yang sama macam mana nak laku? Tapi itulah dinamakan rezeki. Mungkin tak laku dengan pelanggan A tapi akan laku juga dengan pelanggan B. Ikut sedap mata pelanggan mana yang berkenan. Tapi saya sudah faham hati peniaga. Kalau tak ada pelanggan pun masih menunggu dan dalam hati berdoa moga-moga ada pelanggan yang datang nak beli. Doa itu yang penting.
   Baiklah. Sambung cerita lain pula di entri seterusnya. Selamat Hari Raya Aidiladha. Maaf Zahir dan Batin.
Salam kasih sayang...Nadia
Wassalam.

Wednesday, October 9, 2013

Idola 1

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Cemburu betul hati melihat kejayaan seorang demi seorang sahabat dalam bidang perniagaan. Cemburu inilah menjadikan mereka adalah idola saya. Contoh tauladan saya dan berharap mampu mengikut jejak langkah mereka.
   Saya mengenali En. Kaparom dari pejabat saya. Semasa mula-mula saya bekerja di Setiu saya tidak pernah bertemu dengannya. Rupanya beliau mengambil cuti tanpa gaji dan menjalankan bisnes hartanah. Dalam organisasi pejabat beliau merupakan orang bawahan saya tapi hakikatnya dari segi kejayaan beliau berada jauh beribu batu dari saya.
   Orangnya memang peramah. Sebab itu saya tidak terlalu segan mencungkil kisah hidupnya sebelum beliau bergelar jutawan.'Jutawan Senyap'. Sebelum beliau bekerja dengan kerajaan(makan gaji) beliau hanya menjual air di tapak berdekatan dengan Pasaraya Econjaya di Jerteh, Terengganu. Melalui beliau, dengan hasil jualan beliau mampu memiliki sebuah kereta Proton Saga yang ketika itu dianggap mahal dan hanya mampu dimiliki oleh golongan yang berpendapatan tinggi.
   Tidak lama kemudian, beliau mendapat tawaran bekerja dengan kerajaan. Dengar memang gah namun ketika itu gaji yang diperolehi sangatlah sedikit berbanding ketika beliau menjaja dahulu. Kehidupannya menjadi agak susah ketika itu. Isterinya seorang guru. Ibu mertuanya nampak akan masalah yang melanda mereka sekeluarga. Mengikut beliau, insan yang sangat berjasa atas kejayaan beliau adalah ibu mertuanya.
   Ibu mertuanya menawarkan wang RM10000 untuk dijadikan modal apa-apa perniagaan untuknya. BEliau mengambil keputusan untuk berniaga emas. Beliau mengagihkan tugas menjaga bahagian akaun kepada isterinya memandangkan isterinya seorang guru Matematik. Tugas promosi pula digalas oleh beliau. Beliau menjual dari rumah ke rumah. Ketika itu harga emas tidak semahal sekarang tetapi tetap mendapat sambutan yang agak baik. Beliau menyediakan beg untuk mengisi emas dengan sempurna, membuat akaun dengan sempurna dan beberapa perkara asas untuk perniagaannya. Beberapa lama kemudian, beliau berjaya mendapat semula modal pertama yang dilaburkan.
   Setelah beberapa lama beliau menjalankan perniagaan emas, beliau mula merisik-risik tentang bisnes hartanah memandangkan beliau ada membeli sebidang tanah hasil perniagaan emasnya.(Saya kurang pasti berapa luas tanahnya) Katanya, tanahnya ketika itu berada di kawasan tinggi. Beliau sendiri yang membersihkan tanah beliau dengan tulang empat keratnya. Beliau selalu memberi inspirasi melalui tanah pertama yang dibeli beliau. Sekiranya semangat beliau turun, beliau akan pergi ke tanah beliau dan beliau akan tersenyum semula.
   Kemudian, beliau mula nampak tentang masa depan bisnes hartanah untuk jangka masa panjang. Beliau ada juga meminjam dengan jumlah yang banyak untuk mendapatkan tanah baru. Kemudian beliau akan jualkannya dengan harga yang lebih tinggi. Katanya, harga tanah tidak akan turun naik seperti harga emas. Harga tanah akan sentiasa naik selaras dengan pertambahan tahun demi tahun. Walaubagaimanapun, pelbagai kesusahan yang beliau hadapi untuk berjaya seperti hari ini. Tangan beliau pernah retak akibat terhentak kayu semasa membersihkan sendiri tanahnya. Ketika itu, beliau sudah memiliki 2 buah kereta yang mahal. Tapi, masih merendah diri.
   Kini, asetnya sudah berjuta-juta ringgit. Saya betul-betul kagum dengan semangat yang dimilikinya. Yang penting, jangan putus asa dan perlu ada perancangan yang baik dalam apa-apa perniagaan yang diceburi. Untuk berjaya seperti hari ini, beliau banyak berkorban masa, tenaga, wang ringgit dan sebagainya. Saya sangat hormat kepada peniaga yang berjaya tetapi sebelumnya seorang yang susah dan perlu mengharungi pelbagai cabaran untuk berjaya. Inilah peniaga yang sebenar bagi saya. Sukarnya untuk mencapai kejayaan seperti hari ini akan membuatkan mereka menghargai tiap satu usaha mereka.
   Mari kita sama-sama merancang langkah kita yang seterusnya. InsyaAllah.
Salam kasih sayang..NAdia
Wassalam.

Mudahnya bisnes online untuk si pemalu

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Bisnes online ini dikatakan lebih sesuai kepada individu yang pemalu. Saya ada seorang sahabat yang sangat pemalu, Kak Ida namanya. Kemahirannya adalah membuat kek dan biskut yang sedap. Kelemahannya, dia seorang yang sangat pemalu sehinggakan suatu hari dia membuat kek dan memberi kawan-kawan sepejabat menikmatinya. Salah seorang sahabat, Wadi bertanya siapa gerangan yang membuat kek tersebut kerana terlalu sedap dan dia ingin menempahnya. Kak Ida hanya berdiam diri dan tidak mengaku. Nasiblah Kak Yan memaklumkan bahawa kek itu dibuat oleh Kak Ida. Wadi pun menempah kek tersebut.
   Dalam keadaan ini, bisnes online (blog, FB) sangat memainkan peranan bagi mempromosikan produk Kak Ida tadi. Dia tidak perlu melihat muka pelanggan dan berinteraksi secara bersemuka dengan pelanggan. Jadi, tidak perlulah malu-malu nak berniaga. Urusan jual beli juga akan jadi lebih mudah. Jika dia masih berniaga dalam keadaan malu-malu susahlah untuk promosi produknya.
   Ada situasi di mana pelanggan menolak produk kita. Sekiranya ia berlaku secara bersemuka, rasanya memang semangat kita akan menurun terutama bagi yang baru menapak dalam dunia perniagaan. Dengan adanya sistem perniagaan secara online, masalah ini dapat diatasi. Contohnya, anda berbalas mesej dengan pelanggan melalui facebook. Pelanggan anda menolak produk anda. 'Saya tak berminat dengan produk yang awak jual. Harga terlalu mahal'. Sekiranya anda membaca mesej ini dengan bersahaja anda tak akan rasa seperti ditolak. Walaupun mungkin realitinya pelanggan menolak produk anda dengan kasar.
   Untungnya sekarang ada pelbagai medium berbisnes tanpa perlu bersua muka. Jadi, bagi peniaga yang pemalu mari sama-sama kita ambil peluang yang ada untuk memasarkan produk kita.

Salam kasih sayang..NAdia
Wassalam.
  

Tuesday, October 8, 2013

Power Pumping

Teks: Nurnadia Md Jaini
Sumber : Majalan Pa & Ma (Disember 2012)

Bismillahirrahmanirrahim.
   Saya merupakan seorang ibu yang bekerjaya. Apa yang merisaukan saya adalah apabila mula bekerja susu badan saya akan merudum. Tekanan di tempat kerja antara sebab susu saya mula merudum. Selain itu, masa yang terhad untuk mengamalkan pengepaman susu setiap 2-3 jam tidak dapat saya amalkan. Ini sangat membimbangkan saya kerana target saya ingin menyusukan anak kedua saya dengan sepenuhnya susu ibu sehingga sekurang-kurangnya 6 bulan. anak sulung saya tidak berpeluang mendapat susu badan saya sepenuhnya setelah saya mula masuk kerja.
   Saya mula mencari maklumat untuk menambahkan penghasilan susu badan. Terdapat satu teknik pengepaman yang boleh kita cuba amalkan bagi menambahkan penghasilan susu badan kita.
   Power pumping. Ia merupakan satu kaedah yang digunakan untuk menggalakkan pengeluaran susu badan. Caranya adalah dengan memperuntukkan masa 1 jam untuk mengepam susu. Jika boleh, kita perlu melakukan 'power pumping' ini seberapa kerap yang boleh tapi jika tidak ada masa sekali sehari sudah memadai.
   Walaubagaimanapun, anda jangan tertekan sekiranya pada mulanya susu hanya sedikit. Anda perlu konsisten mengepam sekurang-kurangnya seminggu hingga 2 minggu untuk mendapatkan kesan positif. Walaupun anda mungkin akan rasa agak leceh tapi ingatlah apa yang anda buat adalah untuk baby kesayangan anda yang inginkan susu dari ibunya. IsyaAllah anda akan lebih rajin.Waktu yang sesuai untuk mengepam adalah tengah malam. Sebelum memulakan teknik ini pastikan anda berada dalam keadaan selesa dan tenang.
   Terdapat 2 teknik untuk melakukan power pumping ini.:
  1. Pam tunggal - Pam payudara di sebelah kanan dahulu 10 minit. Kemudian teruskan dengan sebelah kiri selama 10 minit. Ulang langkah tersebut sehingga sejam.
  2. Pam berkembar - Pam payudara selama 10 minit. Kemudian rehat 10 minit. Sambung lagi dan ulang langkah ini sehingga sejam.
   Kita sebagai ibu hanya berusaha untuk buat yang terbaik dan hanya Allah SWT sahaja yang akan menntukan segalanya. Oleh sebab itu, sambil kita berusaha banyakkan juga berdoa untuk mampu menyusukan anak secara eksklusif sehingga sekurang-kurangnya untuk 6 bulan pertama.
Salam kasih sayang..Nadia
Wassalam.


Motivasi perniagaan

Teks: Nurnadia Md Jaini
Sumber : www.IrfanKhairi.com

Bismillahirrahmanirrahim.
   Apabila kita menjalankan perniagaan, kita perlu ada motivasi untuk memajukan lagi serta mengembangkan lagi perniagaan kita. Kita tidak boleh berpuas hati dengan berada di takuk yang sama.
   Pertama sekali, kita perlu ubah persekitaran kerja kita. Apa jua jenis perniagaan pasti akan menghadapi  pelbagai masalah. Yang membezakan masalah tersebut adalah kecil dan besar serta cara penyelesaian yang kita ambil bagi menangani masalah tersebut. Kita perlu anggap masalah itu sebagai satu cabaran serta pertambahan ilmu buat kita. Kenapa pertambahan ilmu pula? Sekiranya kita menghadapi masalah semestinya kita akan fikir dan akan lakukan apa sahaja untuk menyelesaikan masalah perniagaan kita. Kita akan sanggup bekorban apa sahaja dan akan berfikir 'extra' untuk cari jalan penyelesaian. Boleh dikatakan cabaran dan masalah itu merupakan cikgu kepada kejayaan kita.
   Anda pernah bertanya kepada individu yang berjaya tentang sejarah kehidupannya sebelum berjaya? Saya pernah berjumpa orang yang sudah berjaya dengan kehidupan berkali ganda lebih baik dari kehidupan dahulunya setelah beliau mengambil keputusan untuk berniaga. Dari hidup yang susah sehingga beliau menjadi 'Jutawan Senyap'. Tahu-tahu sudah ada kereta besar. Tahu-tahu asetnya sudah berjuta-juta. Tapi anda mungkin tidak tahu perjalanan hidupnya yang dipenuhi ranjau sebelum berjaya dalam perniagaannya. Alhamdulillah, saya dipertemukan dengannya dan kini menjadi idola saya.
   Sebelum anda mengecapi hidup yang lebih senang, lebih baik anda mula membina serta merangka jalan untuk menujunya. Anda bukan sahaja boleh membayangkan kehidupan yang lebih senang malah anda juga boleh berusaha bersungguh-sungguh bersandarkan kepada keinginan tersebut. Ini akan membuatkan diri anda lebih bermotivasi.
   Untunglah anda sekiranya hidup anda bermotivasi. Kekalkanlah motivasi tersebut untuk anda berjaya dan ambil tindakan segera. Jangan sekali-kali bertangguh untuk mencipta kejayaan. 
   Setakat ini perkongsian saya tentang motivasi ini,
Salam kasih sayang..Nadia
Wassalam.
  

Cara Mudah Mulakan Bisnes Online

Teks: Nurnadia Md Jaini
Sumber : www.IrfanKhairi.com

Bismillahirrahmanirrahim.
   Apabila anda merancang untuk memulakan bisnes perkara pertama yang anda perlu fikirkan sudah semestinya produk apa yang anda ingin niagakan. Tidak kira sama ada anda ingin berniaga secara online mahupun offline, anda perlu memilih produk yang betul bagi mengelakkan kerugian kepada anda setelah memulakan bisnes. Bagi mendapatkan produk yang akan mendapat sambutan ramai, anda perlulah mencari produk yang sememangnya disukai ramai dan unik berbanding produk orang lain. Produk yang disukai ramai sudah tentu menjadi pilihan utama anda tetapi anda perlu juga menjadikan produk anda unik dari orang lain. Selain itu, produk yang pelanggan sukar nak beli secara offline juga berkemungkinan mudah untuk anda jual secara online. Mungkin pelanggan malu dan segan untuk membeli produk tersebut secara offline. Jadi, anda boleh mengambil kesempatan untuk menjual produk tersebut.
   Selepas pemilihan produk telah dibuat, anda perlu mengambil gambar produk tersebut dan dinasihati produk tersebut diambil secara profesional. Walaupun terpaksa mengeluarkan modal yang tinggi tapi insyaAllah akan berbaloi setelah menerima hasilnya. Sekiranya anda sekadar 'copy and paste' sahaja dari gambar orang lain ia dianggap mencuri hak orang lain.
   Sedikit perkongsian mengenai pemilihan produk untuk memulakan bisnes. Semoga bermanfaat dari apa yang saya pelajari.
Salam kasih sayang..Nadia
Wassalam.

Pemilihan Vitamin E anda

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Bagaimana anda memilih Vitamin E untuk kesihatan tubuh badan anda? Diharapkan janganlah sekadar melihat label vitamin E dan terus membayarnya tanpa mengenalpasti terlebih dahulu vitamin yang terbaik. Pengambilan vitamin ini adalah untuk jangka masa panjang anda bukan untuk jangka masa pendek.
  Mengikut Dr. Bruce Miller bagi memilih vitamin E, anda perlu mendapatkan vitamin E dari sumber semulajadi. Bagaimana anda nak kenalpasti sama ada vitamin E anda dari sumber semulajadi atau tidak? Sebelum memilih vitamin E tersebut anda perlu lihat dahulu label pada bekas. Sekiranya terdapat huruf 'd' kecil ( d-alpha tocoferol) ia menunjukkan ianya dari sumber semulajadi. Manakala jika huruf 'l' atau 'dl' ia menunjukkan vitamin tersebut dari sumber tiruan atau kimia.
   Yang kedua, anda perlu cari perkataan 'mixed tocopherol' pada label bekas Vitamin E tersebut. Dan yang terakhir pilihlah vitamin E yang mengandungi Silenium. Kebanyakan Vitamin E di pasaran dijual berasingan dengan Silenium.
   Semestinya anda semua ingin memilih Vitamin E yang dihasilkan dari sumber semulajadi. Jadi, amalkanlah panduan yang telah dikongsikan ini. Pemilihan Vitamin berasaskan sumber semulajadi lebih baik berbanding sumber bahan kimia keran ia lebih mudah diserap oleh tubuh badan kita.

Salam kasih sayang..Nadia
Wassalam.

Monday, October 7, 2013

Pemberian Manusia

Teks:Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Memberi itu lebih baik dari menerima. Sememangnya manusia dilahirkan suka dan senang jika diberikan sesuatu. Saya juga suka jika ada orang yang sanggup memeberikan wang ringgit atau kekayaan kepada saya. Saya juga yakin anda juga seperti saya. Tapi, pernah tak anda terfikir yang sebenarnya memberi itu adalah lebih indah dari menerima?
   Saya pernah membuat kajian sendiri tentang perasaan peribadi saya apabila saya menerima sesuatu dari orang lain dan perasaan saya apabila memberi kepada orang lain terutama orang yang susah. MasyaAllah. Memang berbeza sekali perasaan tersebut. Sukar digambarkan. Seharian saya akan tenang apabila saya ada memberi sesuatu kepada orang lain. Itulah sebenarnya nikmat yang digambarkan apabila kita memberi.
   Apabila kita memberi kadangkala kita ikhlas dan kadangkala kita berbelah bahagi. Saya juga pernah rasa perasaan berbelah bahagi untuk memberi terutama memberi wang pada peminta sedekah yang saya lihat sihat tubuh badannya. Entah mengapa setiap kali memberi pada golongan ini hati rasa tidak tenang. Iman saya masih goyah rasanya. Susahnya untuk ikhlas jika beradapan dengan keadaan sedemikian. Moga saya mampu berubah. Harta di dunia ini milik Allah SWT. Sepatutnya saya tak perlulah nak berfikiran begitu kerana apa yang saya ada ini pun bukan milik saya. Allah SWT bagi pinjam sahaja. Astaghfirullah.
   Ikhlas itu digambarkan seprerti seekor semut kecil yang bewarna hitam yang berada di atas seketul batu yang hitam di dalam sebuah bilik yang gelap. Hanya Allah SWT yang dapat tentukan keikhlasan seseorang. Ada juga yang mengatakan sekiranya kita menyebut kebaikan/pemberian yang kita lakukan bermakna kita sebenarnya tidak ikhlas. Tanamkan dalam hati selepas ini setiap pemberia kita biarlah antara kita dan Tuhan sahaja.

Salam kasih sayang..Nadia
Wassalam.
  

Nak bekerja di rumah? Ada caranya.

Teks: Nurnadia Md Jaini
Sumber: Buku Jana RM Dari Rumah(Masayu Ahmad)

Bismillahirrahmanirrahim.
  Siang tadi saya ada ceritakan impian saya untuk menjadi WAHM. Saya sudahpun memulakan sedikit demi sedikit langkah untuk saya mencapai impian saya itu. Cuma sekarang, masa dan usaha saya yang akan menentukan kejayaan saya mencapai impian tersebut.
  Jadi, malam ini saya ingin berkongsi sedikit info yang saya perolehi dari buku yang tidak asing lagi buat wanita-wanita yang mempunyai keinginan yang sama seperti saya iaitu Jana RM dari Rumah. Baiklah. Sebelum kita mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan hanya menjalankan kerja di rumah (bos kepada diri sendiri) kita perlu buat persediaan yang rapi. Ini bagi mengelakkan kita tersungkur di tengah jalan dan akhirnya menyesal dengan tindakan yang kita ambil
   Apa sahaj pekerjaan yang ingin kita lakukan kita perlu membuat penyelidikan terlebih dahulu. Kita perlu sediakan senarai pekerjaan atau bisnes yang ingin kita ceburi. Sama ada kita ingin membuat bisnes produk atau bisnes perkhidmatan. Selepas kita senaraikan (perlu dicatat di atas kertas, bukan senarai di dalam otak sahaja)kita perlu buat perbandingan antara pilihan -pilihan yang kita senaraikan. Mungkin lebih baik, kita catatkan pula kelebihan atau keburukan pilihan yang kita senaraikan supaya kita dapat lihat yang mana satu adalah terbaik.
   Beberapa perkara perlu kita ambil perhatian sebelum menyenaraikan pilihan kerja kita. Kita perlu minat kita, kemahiran kita, pengalaman yang kita ada, pengetahuan yang kita miliki dan kekuatan kita sendiri. Ini akan membantu kita membuat pilihan yang tepat dan yang mampu kita lakukan. Kita akan gembira sekiranya kita lakukan perkara yang kita minat, suka dan tahu sedangkan kita hanya akan tertekan dengan perkara yang kita tidak tahu atau perkara yang kita tiru dari orang lain.
   Kemudian, kita perlu selaraskan semula segala sumber pendapatan kita, segala perbelanjaan bulanan kita serta segala hutang-piutang yang kita ada. Ini dapat membantu kita lihat di mana paras kewangan kita sebenar. Sekiranya kita berhenti kerja dalam keadaan hutang yang banyak, tiada sandaran kewangan mungkin kita akan mempunyai masalah kewangan yang serius selepas kita berhenti kerja.
   Selepas memilih kerja apa yang kita nak lakukan kita  perlu tetapkan masa untuk kita mulakan kerja kita. Sama ada sebulan dari sekarang atau setahun lagi. Tapi semua ini mestilah berpandukan perkara-perkara yang kita bincang di atas tadi. Selepas kita telah menetapkan tarikh yang lebih spesifik untuk mulakan kerja kita, kita perlu sediakan keperluan asas sedikit demi sedikit, langkah demi langkah. Jangan tergopoh-gapah dan jangan lintang pukang. Semuanya mestilah satu persatu dan terurus.
   Sekiranya, kerja yang hendak kita lakukan adalah bisnes yang melibatkan produk, mungkin kita boleh mulakan dengan modal yang rendah. Seperti yang saya lakukan, modal pertama saya hanyalah RM1500.
   Perkara yang paling penting sebelum kita mengambil keputusan untuk mula bekerja dari rumah ialah kita perlu lakukannya secara sambilan dahulu. Kemudian kita perlu ada langkah-langkah yang jelas dan yang paling penting perlu konsisiten. Janganlah kita cepat melatah keran dunia pekerjaan sendiri ini ada turun dan naik. Semua itu perlu kita tanggung sendiri.
  Sekian untuk waktu ini. Ada masa saya akan sambung lagi perkongsian ini.
Salam kasih sayang..Nadia
Wassalam

Kelebihan Susu Ibu

Teks: Nurnadia Md Jaini
Sumber : Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya

Bismillahirrahmanirrahim.
   Selamat sejahtera semua. Malam ini saya tergerak hati untuk menambah satu lagi ruangan mengenai kesihatan. Saya akan cuba sediakan tips-tips atau maklumat-maklumat berkaitan dengan kesihatan memandangkan saya juga seorang kakitangan kesihatan.
   Untuk entri yang pertama tentang perkongsian kesihatan ini saya ingin kongsikan sedikit tentang kelebihan susu ibu. Seperti mana yang kita semua ketahui terutama para wanita, susu ibu merupakan satu-satunya susu yang terbaik buat anak-anak kita. Tiada susu yang boleh menggantikan keistimewaan susu ibu yang Allah SWT jadikan buat ibu-ibu di dunia ini,
   Susu ibu mengandungi antibodi yang mampu mencegah anak-anak kita dari dijangkiti sebarang penyakit. Antibodi inilah yang akan melawan sebarang kuman yang mahu menyerang tubuh badan anak kita. Sememangnya kita tahu bahawa seorang bayi mempunyai sistem imun yang rendah dan sangat mudah dijangkiti penyakit.
   Komposisi susu ibu itu sendiri sememangnya cukup dan sesuai untuk bayi. Suhu susu itu juga memang sesuai dengan ketahanan bayi. Kadang-kadang bila kita renungkan betapa besarnya kuasa Allah SWT dengan kehadiran susu yang' cukup pakej 'ini untuk anak-anak kita.
   Bayi yang meendapat susu ibu dikatakan mempunyai daya intelek(IQ) yang baik dan tinggi. Pengambilan susu ibu ini juga menggalakkan pertumbuhan anak-anak kita. Bagi kes-kes tertentu, susu formula terpaksa diberikan kepada bayi yang baru lahir. Mengikut fakta, pemebria susu formula pada bayi akan merencatkan tumbesaran bayi. Ini kerana, perutnya yang kecil tidak sesuai menerima susu formula. Bayi memerlukan susu ibu yang kaya dengan pelbagai khasiat.
   Ada juga petua di mana untuk meredakan demam bayi, ibu perlulah menyusukan bayi dengan lebih kerap supaya bayi mendapat khasiat dan antibodi dari susu ibu. Jadi, ibu juga haruslah mendapatkan sumber makanan yang berkhasiat kerana nutrien dari pemakan ibu akan diserap oleh anak.
   Satu lagi yang dikaitkan dengan penghasilan susu ibu adalah emosi ibu. Ibu tidak boleh tertekan dan stress. Ini dapat membantutkan penghasilan susu. Ini terjadi kepada saya semasa anak pertama dahulu. Sebaik sahaja mula bekerja susu terus merudum akibat tekana kerja sedangkan sebelum mula bekerja susu memang sangat meriah.
   Baiklah. Nanti kita akan bincangkan pula tentang perkara lain melibatkan penyusuan ibu. Semoga sedikit maklumat ini dapat menambahkan pengetahuan anda semua.
Salam kasih sayang..NAdia
Wassalam.
  

Sunday, October 6, 2013

Permata hatiku

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Sejak kebelakangan ini, hati saya meronta-ronta untuk menjadi seorang WAHM. Pagi ini, bangun sahaja dari tidur, saya memandang Zara. Selalunya dia turut terjaga bersama-sama saya. Hari ini, dia tersengih sambil melihat saya. Hati saya bagai dicarik-carik melihat pandangannya meminta saya jangan bangun dan terus memeluknya. Apakan daya, saya perlu menyiapkan kelengkapan Adam dan Zara untuk dihantar kepada pengasuh. Saya juga perlu bersiap untuk ke pejabat.
   Kepala saya berputar-putar memikirkan keadaan pagi tadi. Sayu rasanya hati terpaksa menghantar anak-anak kepada 'orang asing'. Masa saya juga amat terhad dengan anak-anak. Sebab itu, jika ada masa bersama saya cuba untuk luangkan masa bersama Adam dan Zara walaupun badan terlalu letih minta direhatkan.
   Bahagianya insan-insan terpilih yang mampu menjaga dan melihat sendiri anak-anak mereka membesar di depan mata. Mungkin rezeki saya masih belum tiba. Tak mengapalah. Saya akan sentiasa berdoa dan akan berusaha menuju ke arahnya sebelum umur saya menjangkau 30 tahun. Saya harap sebelum Adam bersekolah saya sudah ada di rumah bersama mereka. Dalam masa yang sama saya juga masih ada sumber pendapatan yang stabil. InsyaAllah.

Salam kasih sayang..Nadia
Wassalam.

Peniaga pasar

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Pernah tak anda terfikir tentang masalah yang dihadapi oleh peniaga pasar malam/minggu? Sebagai pembeli sudah pasti anda tidak pernah terfikir kesusahan peniaga pasar malam/minggu sebelum memulakan perniagaannya. Yang anda tahu sebagai  pembeli, apabila tiba di pasar mata akan mencari-cari apa yang diingini dan membelinya sekiranya anda berkenan.
   Dulu saya juga seperti anda. Datang pasar hanya memikirkan diri saya sendiri. Tidak pernah pula terfikir tentang bagaimana peniaga berniaga, bagaimana memperolehi tapak, bagaimana dengan bayaran tapak dan macam-macam lagi. Cuma kadang-kadang bila terlihat makcik tua menjual ulam-ulaman timbul rasa kasihan kerana masih lagi berniaga walaupun usia sudah senja. Saya memang tabik pada makcik-makcik ini. Dalam keadaan begitu masih lagi mencari rezeki sedangkan golongan-golongan yang sihat hanya tahu meminta-minta.
   Kembali kepada cerita asal. Selepas saya mengambil keputusan nak berniaga di pasar minggu barulah saya mula belajar selok belok menjadi peniaga pasar malam/minggu ini. Saya cuma berniaga siang hari. Bezanya jika berniaga malam anda perlu pula kelengkapan pencahayaan. Jika berniaga siang tidak perlu fikir tentang sumber cahaya lagi.
   Selepas saya mendapatkan stok baju baby dan kanak-kanak saya mendaftarkan perniagaan saya dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM). Di Setiu, tiada pejabat SSM. Sekiranya saya hendak mendaftar saya perlu ke Kuala Terengganu kerana pejabatnya ada di sana. Saya mula membuka internet untuk mencari sekiranya ada jalan lain yang tak memerlukan saya ke Kuala Terengganu kerana saya bekerja di pejabat pada hari biasa. Nak dijadikan rezeki saya, pada bulan berikutnya pihak SSM akan datang membuka kaunter di Setiu. Alhamdulillah. Seingat saya, itu adalah yang terakhir pada tahun berkenaan dan sekarang mereka tidak lagi membuka kaunter bergerak sebegitu.
   Urusan pendaftaran SSM telah selesai. Kemudian, saya mula merisik-risik untuk mendaftar dengan pihak Majlis Daerah pula. Disebabkan tapak kekal telah habis, saya hanya akan dapat berniaga di tapak yang tidak kekal. Pembayaran pula dilakukan setiap kali datang berniaga sahaja. Sekiranya tidak berniaga pada hari tersebut, makan saya tidak perlu membayarnya. Istilahnya adalah permit. Walaubagaimanapun, di satu lagi tapak saya perlu mendaftar dan membayar yuran untuk setahun sekaligus.
    Untuk peniaga yang hanya berniaga di tapak tidak kekal, saya perlu juga bertolak -ansur sekiranya ada peniaga yang datang lebih awal dan mengambil tapak saya sebelum ini. Paling dirisaukan apabila tiba musim perayaan. Ramai peniaga sementara (hanya ada ketika musim perayaan) yang akan turut datang berniaga dan akan berlaku perebutan tapak berniaga. Semua ini adalah kesulitan yang harus peniaga seperti saya lalui. Ketika itu, baru saya faham kesusahan yang dihadapi peniaga-peniaga pasar malam/minggu.
   Walaubagaimanapun, semua kesusahan itu dapat dilupakan dengan hasil yang berpatutan. Kadang-kadang kepenatan membuka khemah hanya dibayar dengan jumlah yang sanagt sedikit. Tidak padan dengan peluh yang keluar mencurah-curah. Juga tidak padan dengan pengorbana yang dilakukan si ibu untuk anaknya, si ayah untuk keluarganya dan mungkin si abang untuk adik-adiknya. Sejak saya menjadi peniaga saya mula mengahargai peniaga lain.

Salam kasih sayang.. Nadia
Wassalam

Bisnes Online

Teks : Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Malam ini saya cuma mahu bersembang-sembang dan bercerita pendapat saya mengenai bisnes online. Sepertimana yang kita ketahui, sudah menjadi trend zaman ini berniaga secara online. Bisnes online ini selalunya melibatkan suatu urusan jual beli hanya di hadapan komputer tanpa perlu bersua muka. Bagi saya ini satu kelebihan bagi individu yang pemalu tetapi mempunyai produk yang hebat.
   Selain itu, bisnes online banyak dipelopori oleh golongan muda belia. Mereka mempunyai pengetahuan yang lebih dalam urusan melibatkan penggunaan komputer dan internet. Walaubagaimnapun, tidak bermakna golongan yang lebih tua tidak mampu membuat bisnes online kerana kini banyak sumber yang boleh didapati untuk belajar bisnes secara online contohnya ebook.
   Bisnes online juga dapat dilakukan tanpa adanya sekatan atau tekanan dengan masa. Sekiranya kita ada masa terluang bila-bila masa sahaja kita boleh berniaga. Semuanya di hujung jari. Yang penting ada laptop dan juga talian internet. Kadang-kadang sambil menyusu anak pun masih boleh menjana pendapatan. Oh...bahagia sungguh rasanya hidup.
   Walaubagaimanapun, selepas kita ambil keputusan untuk berniaga sama ada online atau offline kita perlulah memberi sepenuh komitmen dan perhatian untuk menjaga serta mengembangkan bisnes kita. Maknanya, walaupun bisnes hanya secara online, tiada siapa yang pantau kita, kita tetap perlu berdisiplin menguruskan bisnes kita. Kita perlu ada jadual, perlu ada dokumen-dokumen perniagaan, perlu ada buku stok atau apa-apa sahaja perkara yang menunjukkan bisnes yang kita jalankan adalah bisnes yang profesional.
   Bahagian akaun juga perlu kita titikberatkan. Dropship juga kita istilahkan sebagai bisnes juga. Walaupun keuntungan yang diperolehi dari bisnes dropship tidak sebanyak mana, kita tetap perlu ada satu akaun. Selalunya, bisnes dropship ini tidak memerlukan kita mengeluarkan modal. Kalau ada pun mungkin sekali seumur hidup atau dalam tempoh tertentu sebagai wang pendaftaran. Itupun sebagai perjanjian komitmen terhadap bisnes dropship kita. Kalau bisnes kita sendiri lagilah kita perlu ada akaun yang lebih terperinci dan lebih kemas. Sudah tentu akaun kita melibatkan banyak keluar masuk wang. Walaupun hanya secara online dan kecil-kecilan kita tetap perlu ada sisem untk bisnes kita.
   Inilah sedikit sebanyak pendapat saya mengenai bisnes online ini. Secara kesimpulannya, bisnes online ini sangat mudah untuk kita mulakan tetapi jangan kita pandang ringan dengan istilah bisnes online ini. Sekali pelanggan tidak puas hati dengan kita, kita tidak akan mampu lagi memujuknya. Jagalah bisnes anda seperti anda menjaga pelanggan anda.

Salam kasih sayang..Nadia.
Wassalam.

Permata hatiku

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.

Inilah buah hati pengarang jantung saya. Setiap hari sebelum ke pejabat saya akan menghantar mereka ke rumah pengasuh. Pukul 5 petang selepas habis habis kerja baru saya ambil anak-anak. Kadang-kadang saya terpaksa ambil lewat kerana urusan kerja.
   Hari Jumaat dan Sabtu pula, saya akan tinggalkan mereka pada metua di sebelah pagi kerana pergi berniaga di pasar minggu. Dulu saya pernah membawa Adam berniaga pada awal perniagaan tapi metua lebih suka jika tinggalkan mereka pada metua semasa berniaga.
   Ini bermakna masa saya dengan anak-anak amat terhad. Jadi, jika saya ada masa terluang seboleh-bolehnya saya nak luangkan masa sepenuhnya bersama mereka seperti hari ini. Saya selalu berangan yang saya menjadi suri rumah sepenuh masa dan dalam masa yang sama mampu menjana pendapatan sendiri. Saya nak lihat anak-anak saya membesar di depan mata saya sendiri. Doakan semoga saya mampu lakukannya sebelum anak semakin membesar.

Salam kasih sayang..Nadia
Wassalam.

Saturday, October 5, 2013

Ikan Keli Masak Cili

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Baru sudah makan tengah hari berlaukkan Ikan Keli Masak Cili dari Kedai Kak Ni Jelira Rasa. Memang buatkan air liur meleleh bila datang sahaja kedai Kak Ni. Lauk-lauk disusun di depan kedai. Lauk diletak dalam rak hidangan makanan. Bertutup dan bersih.Walaupun banyak lauk lain, mata saya hanya tertumpu lauk ikan keli masak cili Kak Ni. Memang sedap tak terkata. Pedas tapi manis-manis.
   Selama saya makan di Kedai Kak Ni , jarang sekali tak ada pelanggan. Kadang-kadang terpaksa menunggu giliran nak makan di situ dan akhirnya bungkus sahaja bawa pulang. Tapi, lauk ikan keli jugalah yang saya bawa pulang.
   Apa yang saya perhatikan, Kak Ni mesra pelanggan. Tempahan diambil segera dan siap pun cepat. Lauk memang sedap dan yang penting dimasak waktu itu. Makanan yang dihidang panas-panas. Senyuman tak lekang di bibir. Senyuman tu pun sebenarnya pembawa rezeki juga ye.Bahn mentah juga segar-segar sahaja. Ingat lagi, Kak Ni kata ikan kembung yang dimasak pada hari itu ikan segar dan baru naik dari laut. Saya pun cuba sebab nak tahu apa rasa ikan segar. MasyaAllah, lain rasanya dengan ikan yang beli kat pasar. Manis.(Manis ikan)
   Sekarang memang pelanggan setia Kedai Kak Ni Jelira Rasa. Sebenarnya, pelanggan setia lauk ikan keli masak cilinya. Esok nak makan lagi lauk ikan keli masak cili. Hehe.

Salam kasih sayang.. Nadia
Wassalam.
 

Strategi Pemasaran

Teks: Nurnadia Md Jaini
Sumber : Urus Sendiri SOHO Anda

Bismillahirrahmanirrahim.
   Alhamdulillah. Hari ini masih berpeluang meneruskan tugasan yang masih terbengkalai. Baiklah. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit apa yang saya baca dari buku Urus Sendiri SOHO Anda mengenai Strategi Pemasaran.
   Dalam apa-apa sahaja bidang perniagaan kita ceburi, kita perlulah merancang dengan teliti dan strategi pemasaran merupakan salah satu perkara yang perlu kita titikberatkan. Strategi pemasaran ini penting untuk kita mengangkat pernigaan kita dan mempromosikannya kepada bakal-bakal pelanggan kita nanti.
   Dalam buku ini, terdapat 2 kaedah pemasaran yang boleh diaplikasikan olleh kita. Kaedah-kaedahnya adalah seperti berikut :
1. PEMASARAN INTERNET
    Contoh pemasaran internet adalah seperti laman web, blog (seperti apa yang saya cuba aplikasikan untuk perniagaan saya), Forum online, laman web sosial dan pemasaran melalui email.

2. PEMASARAN KONVENSIONAL
    Contoh pemasaran Konvensional pula adalah pasar malam, ekspo atau pesta, kad bisnes, networking dan melantik agen.

   Bagi contoh strategi perniagaan yang kita hendak lakukan tidak perlu diterangkan dalam rancangan perniagaan. Kita boleh terangkan secara terperinci selepas kita pilih strategi pernigaan kita. Contohnya, sekiranya kita  pilih  untuk memasarkan perniagaan kita melalui internet kita boleh menyediakan manual ringkas cara untuk untuk kita pasarkan produk kita. Dalam manual tersebut kita boleh nyatakan langkah-langkah untuk kita promosi produk kita secara lebih terperinci tetapi mudah difahami. Jadi, setiap kali kita mahu memasarkan produk kita dengan medium tersebut kita boleh rujuk kembali manual yang telah kita buat.
   Semoga perkongsian ini dapat membantu anda memulakan perniagaan anda.

Salam kasih sayang..NAdia
Wassalam

Friday, October 4, 2013

Sejuk mata.

Teks: Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Hari ini saya menghadiri satu seminar perniagaan yang bertempat di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu. Saya berkenalan dengan seorang rakan bisnes di alam maya dan berjanji ingin bertemu dengannya di seminar tersebut. Seminar bermula pukul 10 pagi. Saya tiba di perkarangan hotel lebih kurang jam 9.30 pagi. Disebabkan masih belum bersarapan saya dan suami mencari kedai makan yang terdekat untuk menjamu selera. Saya whatsapp sahabat saya untuk tahu dia ada di mana. Rupanya dia telah lama tiba.
   Apa yang menyebabkan saya terharu, sahabat yang saya tidak pernah jumpa itu menawarkan diri untuk mendaftarkan nama saya dahulu dan mendapatkan tempat duduk di dalam dewan. Baiknya dia. Alhamdulillah.
   Sampainya saya di seminar tersebut saya agak terkejut kerana ramai antara peserta seminar membawa anak-anak mereka. Anak-anak mereka terdiri daripada baby sehingga la berumur sehingga 7 atau 8 tahun saya anggarkan. Apa yang saya kagum adalah semangat mereka untuk berniaga dan belajar walaupun terpaksa menjaga anak-anak dalam masa yang sama. Saya faham kerana ada di antara mereka adalah suri rumah sepenuh masa yang turut menjalankan perniagaan bagi membantu keluarga.
   Setiap orang, Tuhan beri kekuatan dan kelebihan tertentu. HAnya diri kita sendiri yang akan tahu dan gali apa kelebihan yang kita ada. Selain itu, kita juga berpeluang membina sendiri kebolehan dan kelebihan kita. Pengalaman amat penting untuk membina kelebihan dan kemahiran ini. Ini yang saya nampak dari apa yang saya perhatikan.

Salam kasih sayang..NAdia
Wassalam.

Lahirnya Zara..Part 1

Teks: Nurnadia Md JAini

Bismillahirrahmanirrahim.
   Usia Adam ketika itu sudah 1 tahun setengah. Adam sukakan baby. PAntang nampak baby dia akan peluk dan cium. Seolah-olah terlalu sayang dengan baby dan terlalu inginkan teman bermain di rumah. Dari situ, saya berhajat untuk menambah seorang lagi zuriat sebagai teman si abang.
   Alhamdulillah, selepas membuat dua kali ujian kehamilan ia menunjukkan keputusan positif. Setiap hari saya bercakap-cakap dengan baby dan minta Adam bercakap dengan adiknya didalam perut saya. Adam bukan sahaja bercakap malah dia akan peluk dan cium perut saya seperti dapat melihat adiknya bermain dalam perut saya.
   Kandungan kali ini agak mudah dijaga. Semuanya sihat-sihat belaka. Hb saya, kenaikan berat, paras gula semuanya terkawal. Alahan juga tidak seteruk semasa mengandungkan Adam. 9 bulan mengandungkan Zara rasa sangat sekejap. Tak pernah lagi ditahan di wad. BErjalan pun laju sahaja ke hulu kehilir dengan kerja yag banyak.
   Naluri saya sejak mula membawa zuriat ini, jantinanya adalah sama seperti saya. Saya juga berangan-angan untuk ada teman. NAnti boleh pergi shopping sama -sama, boleh solat sama-sama, boleh berpakaian sama di hari raya dan macam-macam lagi. Bila scan doktor tidak dapat menjangkakan jantina secara pasti. Tapi doktor meramalnya sebagai perempuan. Hati sangat berbunga-bunga.
   Si adik ni juga sama seperti abang. Walaupun sudah tiba tarikh jangkaannya untuk melihat dunia masih belum mahu keluar. Zara dijangkakan akan lahir pada 6 Jun 2013 bersamaan denga tarikh ulangtahun perkahwinan saya dan suami. Tapi nampaknya Zara tak mahu keluar lagi. Adam pula sudah tinggal dengan neneknya sejak seminggu sebelum tarikh jangkaan Zara dilahirkan. Waktu itu, rindu bukan kepalang lagi pada Adam. Rasa nak paksa Zara keluar segera supaya saya tak jauh dari Adam dan Zara.
   10 Jun 2013 saya membuat pemeriksaan perut di klinik swasta. doktor mengesahkan air ketuban saya sangat sedikit dan menyarankan saya ke hospital. Saya masih bekerja waktu itu.(Tidak pohon cuti awal sebab pengalaman lahirkan Adam lewat)Saya pergi ke hospital pada hari yang sama dan ditahan di wad. Walaubagaimanapun, bukaan hanya 1cm. Pada malam pertama sakit memang ada tapi masih dapat tahan. Malam itu saya hanya pergi ke katil-katil pesakit lain dan menenangkan mereka yang sudah ada tanda untuk bersalin.

Bersambung..

Online ke Offline?

Teks : Nurnadia Md Jaini

Bismillahirrahmanirrahim.
  Bagaimana anda berhadapan dengan pelanggan anda yang cerewet? Pernah tak terjadi di mana semasa anda mempromosi produk anda kepada pelanggan anda dan dia menolaknya?
  Saya juga pernah mengalami keadaan ini semasa saya mempromosi secara online mahupun offline. Semasa saya berniaga di pasar, saya ada mempromosi sehelai baju kepada pelanggan saya, Puan X. Ketika itu, saya agak kecil hati dan malu apabila produk saya ditolak oleh Puan X dengan alasan produk saya mahal kerana saya hanya berniaga di pasar. Walaubagaimanapun, saya hanya tersenyum dengan kata-katanya. Setelah hampir masa untuk berkemas Puan X datang semula pada saya dan ingin membeli baju yang pernah saya promosikan kepadanya. Saya tetap menjualnya walaupun malu dengan kata-katanya yang agak kuat semasa menolak cadangan saya pagi itu.
   Saya juga pernah ditolak dalam perniagaan secara online. Tapi malunya sudah tentu tidak seberapa berbanding semasa cadangan saya ditolak oleh Puan X. Ini kerana, saya hanya membaca kata-kata pelangga saya secara online berbanding saya mendengar kata-kata pelanggan saya secara offline. Saya boleh membaca kata-kata pelanggan saya menggunakan nada yang lebih bershaja walaupun sebenarnya pelanggan saya menyindir saya. Saya tidak perlu melihat wajahnya yang menolak produk saya dan saya juga tidak perlu menunjukkan muka malu saya apabila produk saya ditolak. Jadi, saya lebih suka berniaga secara online berbanding secara offline walaupun konsepnya lebih kurang sama.
Anda bagaimana?
   Oh ya. Kepuasan perniagaan online dan offline adalah berbeza. Kedua-duanya punya kelebihan dan kelemahan masing-masing. Semuanya atasa individu itu sendiri. Ada yang pemalu lebih gemar berniaga secara online dan ada yang banyak cakap lebih suka berniaga secara offline. YAng penting, kita perlu tahu kelebihan kita sendiri.

Salam kasih sayang..NAdia
Wassalam.

SOHO

Teks: Nurnadia Md Jaini
Sumber : Urus Sendiri SOHO Anda oleh Mohd Zulfadli dan Malina J.

Bismillahirrahmanirrahim.
   Apa itu bisnes secara SOHO? Dari maksud SOHO itu sendiri kita dapat terjemahkan konsen bisbes secara SOHO itu sendiri. SOHO adalah Small Office Home Office. SOHO merupakan satu konsep bisnes yang dilakukan secara fleksibel di rumah. Mungkin juga dengan menyediakan sedikit ruang kecil sama ada di ruang tamu, bilik tidur atau mana-mana ruang di rumah untuk dijadikan mini pejabat untuk kita jalankan bisnes kita. Selalunya SOHO ini merupakan bisnes yang kecil atau sederhana dengan bilangan pekerja yang minimum serta modal pusingan yang kecil sahaja.
   Dengan menjalankan bisnes secara SOHO, kita dapat beroperasi dengan keadaan yang selesa dan santai di rumah. Di sini saya rumuskan beberapa kelebihan perniagaan SOHO ini:
1) Tidak perlu nak sewa pejabat
     Perniagaan secara SOHO tidak perlu berdepan dengan masalah untuk menyewa pejabat. Ini kerana, perniagaan ini boleh sahaja dijalankan di rumah. Jadi, kita tak perlulah pening-pening untuk fikir tentang kos-kos bulanan yang melibatkan premis perniagaan.

2) BErisiko Rendah
    Selalunya bisnes SOHO ini merupakan bisnes yang tidak berisiko tinggi. Modal yang dikeluarkan juga kecil atau sederhana sahaja. Sekiranya berlaku kerugian jumlahnya hanya sedikit..

3) Boleh mulakan dengan apa yang ada sahaja
    Dengan peralatan dan kelengkapan yang minimum anda tetap boleh memulakan perniagaan. Contohnya, dengan adanya laptop, line internet dan satu ruang anda sudah boleh mula berniaga produk SHAKLEE.(Kena daftar dululah sebelum berniaga. Tapi semua hanya di hujung jari)

4) Kebebasan masa
    Walaupun anda sedang bekerja anda juga boleh berehat bila-bila masa anda inginkan. Anda bebas menentukan masa seharian anda. Anda tidak terikat dengan mana-mana pihak kerana ini bisnes anda.

5) Menjimatkan tenaga dan wang
     Dengan bisnes secara SOHO ini anda mampu menjimatkan tenaga dan wang anda. Anda tidak perlu ke hulu ke hilir untuk menjual produk SHAKLEE anda. Anda hanya perlu berkongsi di alam maya sahaja. Tidak perlu mengangkut stok ke hulu ke hilir. Anda juga telah jimat dari segi kewangan anda. Dokumen-dokumen pula anda cuma perlu menghantanya melalui email sahaja. Tidak perlulah anda ke pejabatnya atau ke pejabat pos untuk mengepos surat atau barang. Semuanya di hujung jari.

6) Berpakaian Bebas
    Bangun pagi anda tak perlu kelam kabut menyiapkan pakaian  ke pejabat. Tiada siapa yang akan memarahi anda sekiranya anda masuk pejabat anda hanya berbaju tidur. BAgus kan.

7) Tida batasan pencapaian
    Anda sendiri yang tentukan tahap mana yang anda ingin capai. Adakah dengan mendapat RM100 sebulan sudah cukup buat anda atau anda ahu lebih lagi. Semuanya atas kehendak anda.

Seronokkan bekerja dengan diri sendiri. Walaubagaimanapun, disiplin perlu kita patuhi. Janganlah disebabkan itu bisnes kita, kita mahu mula kerja pukul 12 tengah hari. Kita perlu buat yang terbaik buat bisnes kita walaupun hanya bisnes kecil-kecilan.
Salam kasih sayang.. Nadia
Wassalam